Rabu, 22 Oktober 2008

UMNO - United Melayu Non Older!

Generasi muda diperlukan bagi membantu memulihkan semula penyakit tua UMNO yang kini sudah menginjak usia 61 tahun, kata bekas Timbalan Presiden UMNO Tun Musa Hitam.

Penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang tua-tua, jadi maksud saya mereka yang hendak bertanding pada pemilihan UMNO Mac depan, yang ingin memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang mempunyai idea-idea yang baru,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Biarpun ramai yang beranggapan untuk memulihkan UMNO, kombinasi antara generasi tua dan muda merupakan satu tindakan yang bijak, namun Musa berpendapat dalam keadaan UMNO yang sudah berusia 61 tahun adalah lebih baik generasi muda mengambil alih.

“Kalau kita lihat dalam senarai peringkat tertinggi, kita melihat calon Presiden dan Timbalan Presiden, yang senior menjadi pilihan, tetapi jawatan lebih bawah daripada itu saya lebih suka golongan muda yang mengambil bahagian,” katanya.

Musa berkata, UMNO harus sedar bahawa sokongan rakyat terhadap parti itu kini telah menurun berikutan isu-isu yang ada kaitan dengan persepsi rakyat.

“Persepsi rakyat ialah UMNO begitu lama berkuasa dan pada pendapat mereka dari hasil pilihan raya Mac lalu, ada kelemahan-kelemahan yang begitu serius yang UMNO tidak dapat mengatasinya termasuk isu rasuah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, generasi kini merupakan orang terpelajar yang boleh berfikir dan tidak mahu lagi menerima amalan rasuah serta mendambakan akauntabiliti serta kredibiliti yang baik pada seorang pemimpin.

“Kini kebanyakan masyarakat, orang terpelajar yang tidak mahu amalan rasuah, apa juga yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin jika pemimpin tersebut tidak ada kredibiliti, maka apa jua yang diperkatakan pemimpin itu tidak mahu mereka terima,” katanya.



Ehem... Aku xnak komen lelebih bab ni. Hehehe... Siapa makan cili, dialah rasa pedasnya ye tak? Tapi, Tun Musa Hitam kenalah bagitau rank bagi umur yang dikatakan tua tu. Maksudnya, adakah umur melebihi 50 tahun atau 60 tahun keatas baru diiktiraf tua oleh beliau?

Bukan apa.. Takut2 PakLah ingat dia masih muda sebab maklumlah dah beristeri baru katakan... Dan Najib pun ingat dia masih muda sebab walaupun rambut dah kurang dan nampak keputihannya, namun bini dia masih cam nampak muda sampai xde sehelai uban pun melekat kat kepala. Siap tayang lagi gitu!

Satu perangai UMNO dari dulu lagi ialah: 'Tak Sedar Diri' dalam segala hal sekali pun- termasuklah dalam hal bab2 umur ni. Maknanya, amat susah nak takrifkan ke'tua'an tu. Selagi mata boleh nampak, kaki boleh berjalan, mulut boleh bersuara, selagi itulah depa dok ngaku leh jadi pemimpin kita. Silap2 bila dah jalan merangkak pun masih mengaku muda. Selagi bernyawalah kata orang...

Dan Syed Hamid Albar pun mencelah : "Mana ada saya cam org tua, tengok betul2 - Bukan ker rupa saya ada ala-ala baby face?"

Hehehe... Konfius, konfius....


P/s : Nasib baik Samy Vellu dan Chua Sok Lek bukan orang UMNO.