Jumaat, 24 Oktober 2008

Roda Impian Pemilihan UMNO


Mesyuarat bahagian UMNO yg sedang berlangsung sekarang menyaksikan banyak pertukaran muka2 lama ke muka2 baru. Byk sungguh persaingan sengit berlaku terutamanya dalam perebutan jawatan ketua bahagian dan jawatan2 tertinggi yang lain. Aku pernah saksikan mesyuarat ini sesekali dan jika ada perebutan jawatan, pasti meeting tu jadi hangat dek kerana masing2 menunjukkan bakat dalam menyampaikan pengaruh masing2.

Mula2 aku heran gak kerana memikirkan kenapa begitu bersungguh2 calon2 cuba mencuri atau mempertahankan jawatan masing2. Apakah ada sesuatu yg membuatkan mereka begitu taksub dengan jawatan atau memang niat nak membantu UMNO itu sendiri? Aku pun membuat penyiasatan pasal hal tersebut dari org2 tertentu yg telah lama bergelumangan dgn taik UMNO itu sendiri dan aku dapati rupa2nya sebab musabab perkara diatas terjadi hanyalah disebabkan satu faktor: DUIT!!

Ya kawan-kawan! Duitlah yg menjadi punca perebutan jawatan dalam UMNO. 'Wang Besar! Wang Besar!' Camne kronologi ini berlaku?

Bagi negeri yang dikuasai pembangkang (PR), Pengerusi Badan Perhubungan UMNO merupakan jawatan sensasi yang mempunyai pengaruh yang kuat diperingkat federal terutama dari segi peruntukkan. Segala jenis projek dari federal akan melalui beliau dahulu dan kemudian diagih2kan ke peringkat bahagian seluruh negeri.

Dan diperingkat bahagian, yang 'masyuk' pastinya ketua itu sendiri sebab beliaulah yg mempunyai kuasa mengagihkannya pulak ke mana2 kawasan yang sesuai untuk dibangunkan. Dan sudah pasti dgn kuasa yg ada, beliau akan menggunakan peruntukkan tersebut walaupun secara kasar melalui prosuder yg betul tetapi tetap juga akan makan sepersen dua (under table) dgn menggunakan kroni2 dan proxi yang dibela.

Bayangkan kalau bajet RM100juta setahun diberikan pada setiap bahagian. Komisen 5% pun sudah memadai bagi ketua bahagian utk mengaut keuntungan atas angin. Kalau pegang jawatan sepenggal pun sudah pasti jadi jutawan bila bersara nanti. Dan imagine kalau kaum tu pegang jawatan berpenggal2. Mak aih... Buncit perut dgn duit tu... Pakcik kayo!!!!

Sebab itulah kalau kita perhatikan (dan selalu kita dengar), banyak wang ditaburkan sebelum mesyuarat bagi meraih undi setiap perwakilan dalam UMNO. Sampai ada yang mencecah jutaan ringgit membeli undi. Puncanya cuma nak jawatan dan dapat terima bajet setiap tahun. Dari ketua bahagian, timbalan malah ketua puteri pun akan rasa nikmat dari bajet tersebut. Yg banggang cuma ahli akar umbi yang membabi buta menyokong bila diberi seratus dua. Padahal x sedar duit tu datang dari poket sendiri (duit rakyat lah tu...)

Walaupun mmg ada yg ikhlas berjuang tetapi x ramai yang dpt lari dari nafsu serakah tamak ini. Mula2 memang niat tu baik tetapi bila dah confirm pegang jawatan dan dah nampak peluang depan mata, abih suma niat tu terbarai jatuh berderai. Bagi dorang, bila lagi nak dapat ruang camni kan? Peluang kaut kekayaan melalui jawatan yg ada dan sekaligus menindas puak2 yang lain.

Perasan x kalau kita tgk rumah2 ketua bahagian kekadang mengalahkan rumah menteri. Atau paling lekeh pun rumah ketua cawangan itu sendiri. Sedikit sbyk mesti ada peningkatan bila dah pegang jawatan. Pelik? Mana dorang dpt duit bebanyak tu ha?

Bayangkan sampai ada yg bersuara bhw "Kalau xde duit yg banyak, jgn harap nak pegang jawatan tinggi dalam UMNO bahagian." Pergh! Sampai camtu skali kau..... Hampeh!

UMNO dah parah! Xyahlah nak citer pasal perjuangan lagi. Memang dah parah! Inilah dia rupanya politik wang yang satu ketika dulu sampai menangis merayu mantan PM bersuara supaya dihapuskan segera dari UMNO. Tapi nak buat camna kan... "Dah lama dah"... Kalau mende ni ibarat kanser, kiranya inilah kanser peringkat paling akhir sekali. Peringkat yg doktor dah suruh pulang rumah dan berdoa panjangkan umur sehari dua. Peringkat dimana makan pun terpaksa gunakan tiub getah untuk terus bernyawa!

Satu cara sahaja nak ubah mende ni. Bak kata seorg org lama dalam tong taik UMNO itu sendiri. Jalannya cuma satu : 'Ubah kerajaan persekutuan'. Diulang - 'Ubah kerajaan persekutuan' supaya dapat dijalankan agenda reform dalam pembahagian peruntukkan ke negeri2 nanti. Selagi UMNO dok pegang lagi, selagi itulah perkara ini akan terus berjalan tanpa ada 'full stop'. Amaran peringkat merah ni beb!

Dan jangan harap dapat selamatkan UMNO dari malapetaka selepas ini lagi!

"Ilmu bagi sesiapa yg tak tahu dan peringatan bagi sesiapa yang tahu."