Isnin, 22 Disember 2008

Antara Hudud dan Jumud

Politik Malaysia digegarkan lagi dengan isu hudud yang dibawa oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dimana kenyataannya "....akan dilaksanakan jika PAS memerintah negara." Dan serentak dgnnya, spt yang diduga, maka bergemalah suara2 'sumbeng' yang terang2an membantah cadangan tersebut. Datuk Seri Najib menyarankan supaya hudud dilaksanakan dulu di Kelantan manakala 'taiko' parti2 lain yang bukan melayu turut menentang keras cadangan tersebut. Malah, ada yang menggangap isu hudud ini semata2 hanya untuk dijadikan modal politik sementelahlah bila dah nak sampai detik pilihanraya kecil Parlimen KT bulan Januari nanti.

Aku sebenarnya heran gak. Apasal bila sebut hudud, makhluk2 'sepesyen' seperti kat atas ni bukan main membantah lagi. Apa yg ditakutkan jika hudud dilaksanakan? Aku x heran sangat kalau bukan Islam yang menentang. Kira standardlah kalau dorang menyekat hukum hudud sebab mungkin rasa tercabar bila diberi keutamaan terhadap agama lain selain agama sendiri. Seakan2 hukum agama mereka tidak sesempurna hudud yang datang dari agama Islam. Dalam erti kata lain, ego menjadi batu penghalang dari terlaksananya hukum tersebut. Biasa.. dan aku xnak komen jika ia datang dari orang bukan Islam sebab bagi aku dorang ni kurang paham dan tidak didedahkan secara ilmiah tentang hudud. Aku pernah tanya kat seorang member cina tentang hukum ni. Apa yang dia tahu adalah bila laksana hudud, maka ramai orang Malaysia hidup cacat sebab xde tangan. Ramai yang jadi balu sebab laki mati kena rejam. Dan paling best, orang cina akan duduk merempat sebab harta suma akan dirampas oleh orang Islam. Wah! Aku dengar pun seram beb. Bila aku tanya mana tahu, selamba je dia jawab " Itu Mahathir sulah worning dulu oooo...." Alahai, sampai camtu sekali kau....

Yang menjadi aku ralat ialah bila pemimpin2 beragama Islam sendiri yang terang2an menentang hukum hudud ni. Aku paham, mungkin sebab kerana dok mengikut jejak politik masing2, dan mungkin juga untuk dptkan publisiti murahan, maka isu ini akan cuba diutarakan dgn suara bangkangan. Tapi, sedarkah mereka bahawa dengan penentangan tersebut membuktikan yang mereka lebih hebat, lebih berkuasa dan lebih 'power-ranger' dari Allah SWT?

Hudud tu kan hukum dari Allah melalui kalamnya iaitu Al-Quran. Sepatutnya, sebagai umat Islam, secara logiknya, rasa amat berbangga bila Tuhan sendiri, yang hari2 dok sembah tu menurunkan perintah dalam bentuk yang 'straight to the point' dalam Al-Quran. Agama lain mana ada bai! Dan berdasarkan kajian, hudud merupakan undang2 yang cukup sempurna dan adil berbanding hukuman ciptaan manusia sendiri yang nyata banyak ke'lompong'an. Buktinya, bila dilaksanakan akta baru jer sekarang ni, jenayah makin tetap berleluasa malah makin naik pula statitiknya. Camne tu? Oh ye, manusia mana pernah sempurna kan...?

Jadi, persoalannya, kenapa makhluk Allah kat atas ni perlu takut dengan perlaksanaan hukum tersebut? Mana cacatnya peraturan hukum ini? Kalau ada yang tidak sesuai, apa salahnya terangkan pada kawan2 dan rakyat sebab musababnya. Bukan main langgar jer dengan kenyataan membantah tanpa guna akal pikiran. Kalau sebab tak sesuai dilaksanakan atas reason masyarakat majmuk, huraikan dengan teliti atau adakan debat ker, apa ker, untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Ini belum apa2 lagi, dah dok pukul canang menentang hukum tersebut. Macam Tuhan tu x wujud jer dibuatnya....

Kalau x suka, bak kata orang, diam jer sudahlah. Itu adalah jalan terbaik jika ragui tentang hukum tersebut. Bukan apa, takut2 nanti org keliling kita terutama yang bukan Islam dok api2kan kita. Ibarat kalau ada masalah rumahtangga, selesaikanlah cara diam2 dulu, ini belum apa2, dah pasang 'tempayan' kat mulut dengan buletin keburukan 'bawah selimut' sendiri. Mana orang nak 'suspek' lu orang.

Bab orang bukan Islam tu sebenarnya perkara kecil jer. Kalau undang2 tu dah dilaksanakan, nak xnak suma kena ikut. X kiralah orang melayu ker, orang cina ker, india ker, kalau dah duduk kat Malaysia memang kena ikut undang2 kerajaan aturkan. Kalau langgar, sendiri mau ingat, sendiri makan pengat lah kan. Yang penting adalah penguatkuasaannya. Jadi, soal orang bukan Islam x terima hudud adalah soal yang bukan keutamaan. Apatah lagi jika sebelum perlaksanaan, diterangkan dulu secara dedikasi kebaikannya. Ala.. macam penguatkuasaan perlaksanaan pemasangan talipinggang belakang kereta. Xde pun yang nak membantah padahal ada yang kena top-up duit buat renovate sit belakang kereta masing2. Sebab? Dah nama peraturan kan... Langgarlah kalau berani!

Kadang2 aku terpikir. Adilkah kita ini? Tuhan dah bagi kita kemewahan, dah bagi kita cukup sifat, dan bagi kita menumpang kat dunia ni menikmati segala sumber yang ada, kita cuma tahu bersyukur tapi bila suruh ikut peraturannya yang sudah sedia ada, kita x mahu ikut. Makan tau, minum tau, tidur tau, tapi bila suruh buat kerja. Hmmm... awal2 dah angkat bendera putih. Jujurlah... Adilkah kita pada Tuhan?

Aku pun sebenarnya bukan alim sangat. Hidup pun kekadang hu-ha-hu-ha gak. Maklumlah, darah mudalah katakan. Tapi, dalam bab agama ni aku xleh nak bantah sebab sejahat2 aku pun, aku tetap ada tuhan yang kena sembah. Dan luckynya aku adalah kerana tuhan dah tetapkan peraturan untuk manusia cam aku. Dan aku paham bahawa, benda yang boleh diubah tetap tidak akan sesempurna benda yang kekal selamanya. Sama juga dengan hukum manusia dan hukum dari tuhan ni. Yang tetap perfect adalah dari Tuhan dan yang buruk dari manusia sendiri. Jadi, jangan salahkan tuhan jika diri sendiri yang cari penyakit. Elok2 dah ada trek jalan, hangpa dok ikut jalan lain dalam hutan. Kalau sesat, menyusahkan diri sendiri je xpe. Ini karang, x pasal2 org lain pun tumpang susah. Sapa mau jawab nanti....?


Jumaat, 19 Disember 2008

Oh! Menteriku.....



Baru-baru ini aku terima email bergambar yang memaparkan kelakuan anak seorang menteri iaitu menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang terang2an berpoya-poya dengan 'syurga dunia' ciptaannya.

Aku malas nak komen lelebih tapi yelah... dah nama menteri tu maknanya tentulah dah lengkap serba-serbi dalam mengetuai keluarga sendiri sebelum jadi ketua masyarakat kan?

Mungkin anak melayu lain pun ada yang seperti 'mangkuk' yang sekor tu, tapi harus diingat bahawa bila jadi anak menteri, kelakuan kenalah jaga kerana setiap langkah tu bawa sekali nama makbapak. Kena pulak ayah awak tu jenis orang yang 'mulut xde insurans' , hmmm.. lagilah kisah ni jadi sensasi. Ha! Skarang satu dunia sudah tau, camna mau sorok?
Mr Menteri Nazri Aziz, nasihat teman : Jagalah keluarga sendiri dulu dari dok cari kesalahan orang lain. Kalau darah daging sendiri pun xleh nak control, janganlah ada hati nak bertelagah terutama dengan pemimpin2 PAS. Malu aku bila ada menteri taraf camni. Dalam parlimen bukan main lagi bersuara tentang negara, tentang rakyat tapi kat luar, anak dok berpeluk, bercium dengan perempuan berambut karat. Nasib baik jadi menteri tahap kecik jer. Kalau tetiba dok jadi PM nanti? Isk... Minta jauhkan ler............

Inikah gaya menteri yang mengikut cogankata 'Kepimpinan melalui teladan'? Uh! Dah xde makna dah..... Ntah2, 'like father, like son'. Sapa tau?



























Jumaat, 5 Disember 2008

Reformis yang Poyo!

Seperti yang suma sudah maklum bahawa pasukan Gerakan Reformis Rakyat (Reformis) yang diketuai oleh saudara Ramlan Abu Bakar akan mengadakan perhimpunan aman dengan cara berbogel kononnya sebagai bantahan terhadap tuntutan supaya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dikaji semula.

Awal minggu ini, Ramlan dilaporkan berkata, skuad berani bogelnya akan meneruskan bantahan, termasuk mengejar menteri besar Selangor, yang juga ketua perhubungan PKR, di majlis-majlis yang dihadirinya.

Aku susah nak tafsirkan melayu sorang ni, atau lebih sadis kepada suma melayu yang terlibat dalam pertubuhan ini. Kenapalah cetuskan kontroversi yang mengarut dan kelakar sampai camni skali. Kalau nakkan publisiti skalipun janganlah sampai berniat nak berbogel2. Buatlah dgn cara logik sikit atau cara lain yang dipikirkan okey. Orang lain pun ada yg x puashati gak tapi xdelah sampai nak tayang 'anu' kat org lain. Dulu masa kemuncak reformasi dimana melibatkan negara skalipun, x pernah terlintas walma satu habuk pun kaum2 tu berniat nak bukak zip seluar, apalagi kalau nak bertelanjang bulat. Alahai... Statement lu orang para reformis bagai standard manusia yang tak bertamaddun langsung....! Buat malu kaum jer.

Tapi percayalah, bagi aku puak2 reformis ni sebenarnya sekadar 'gempak' jer. Potong jarilah kalau mamat2 dalam tu sanggup nak berdemontrasi bogel. Kalau takat pegang sepanduk dan boo sana, boo sini, aku percayalah tapi yang pasti x lebih dari itu pun. Ingat Malaysia ni xde undang2 ker? Sedangkan perhimpunan aman yang bertertib dan berpakaian pun ramai yang kena hentam, inikan pula perhimpunan bogel. Apa la korang, kalau nak 'kincing' pun janganlah over2 sngt. Karang bila org tuntut secara serius kang, ha! Baru gelabah cam cacing duduk atas cerek panas. Tak buat nanti, bukan main 'poyo' bersuara nak buat. Kalau buat jugak, hmmm.... sanggup ker korang dikelaskan bawah sikit dari darjat lembu? atau monyet? atau siamang?

Dan yang paling kelakar bila pengerusinya akan minta premit polis untuk adakan perhimpunan tersebut. Mak aih.. Nak kata banggang, puak2 tu pun dah tua2 belaka. Polis nak bagi ker bro? Walaupun dah terbukti hangpa tu jenis xde otak tapi pikirkah guna akal skit. Belum minta pun suma dah tahu yang polis mesti x luluskan. Dan dengan itu, korang pun pasti akan kuar statement untuk tangguhkan perhimpunan tersebut sebab x dapat kebenaran polis. Plezla, suma dah ada dalam poketlah brader.

Aku sebenarnya malas nak amik port sangat pasal kes ni. Tapi, hari2 keluar statemnt yang sama, hati ada sikit hangin ler. Kalau beriya2 nak buat gak, xyahlah berapi2 sangat . Buat jer... Barulah org akan respek dan aku sendiri akan 'salute' lu org. Part korang nak kena tahan ker, kena dakwa ker, itu soal no 2. Tapi, ke'berania'an korang pasti akan disebut sampai bila-bila. Ini tak, hari2 kuar statement asyik nak bogel - bogel - bogel. Tapi habuk pun tarak.. Buang masa dan ruang dalam suratkhabar jer. Ke'poyo'an korang buat org menyampah dan menyumpah!

Dan ini sekadar kenyataan aku untuk pertama kali dan terakhir kali khas tentang puak reformis ni. Malas nak amik pusing lagi dah. Dan kepada sesiapa yang beriya2 nak tengok kaum tu berbogel, lupakanlah hajat suci dan mulia tu. Kepada pemerintah negeri, jangan layan kehendak puak reformis ni. Daripada buang masa, lebih baik tumpukan perhatian terhadap tugas mentadbir dan me'rakyat'kan Selangor. Anggaplah cerita dorang tu sekadar cerita donggeng rakyat. Seperti cerita BN yang beriya2 nak rampas Permatang Pauh, sudahnya terkulai macam ikan terpukul dek batang sauh. Baik layan ESPN, ada gak faedahnya.