Rabu, 29 Oktober 2008

Kontroversi PKNS - Yang Panas, Yg Pedas!


Pergerakan Pemuda Umno Selangor hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak istana bagi mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil perhatian serius terhadap perasaan tidak puas hati berikutan isu pelantikan pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pergerakan itu juga menolak sekeras-kerasnya pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun PKNS Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS selepas tempoh persaraan beliau (Low) dilanjutkan setahun oleh Menteri Besar.

Pemuda Umno Selangor juga menyelar tindakan Abdul Khalid yang didakwa biadap kerana memecah tradisi dan mengetepikan kemampuan orang Melayu menerajui tampuk tertinggi pengurusan dan pentadbiran PKNS yang ditubuhkan sejak 1964.


Hehehe... Kelakarnya. Macam xde mende lain nak dibantah oleh puak2 kat atas ni. Apa yg dibuat oleh kerajaan PR kat Selangor sumanya x betul dari pandangan mata 'kepala lutut' dorang. Mungkin dorang bertndak mengikut perasaan atau mungkin juga dek kerana nak publisiti murahan. Almaklumlah, mgkin dgn cara ini menjadikan dorang antara pemuda melayu yg lantang dan 'gantang' dalam memperjuangkan hak orang melayu. Konon2nyalah....

Bagi aku yang mungkin kaki bisnes kecil2an ni, mesti pandang dari sudut yang berbeza dlm hal perniagaan ni. Matlamat dlm berniaga ni cuma ada satu shaja. Pusinglah tang mana dan larilah ke hujung dunia skali pun, objektifnya tetap satu iaitu: 'Membuat keuntungan semaksima yang termampu'. Dan sebagai Islam, utk mencapainya, hendaklah melalui lunas2 yg dibenarkan atau dlm erti kata lain : 'Matlamat tidak menghalalkan cara'. Contohnya bagi bisnes yang bersifat judi (atau yang ada bau2annya), keuntungan mmg 'world' tapi adakah cara mencapainya bersifat halal? Sbb itu dari pandangan aku, melayu susah nak kejar keuntungan dunia sbb cara itu sendiri yang menyekatnya. Kalaulah (diibaratkan), melayu dibenarkan berjudi (bayangkan...), nescaya GohTong & Vincent Tan pasti x tercium bau kekayaan dan kemewahan. Genting bukan cina yang punya dan kedai magnum, toto, kuda, pasti yang jaga kaunternya org melayu. Aci potong jari pun aku boleh bayangkan mende ni pasti berlaku! Sebab melayu la katakan.....

Tapi ada bisnes lain yg boleh jana keuntungan (yg dibenarkan oleh Islam), bagi menjana profit yg tinggi. Dalam penubuhan syarikat, menjaga kepentingan pemegang saham adalah matlamat kedua penting selepas matlamat menjana keuntungan tadi kerana disebabkan mereka inilah yg memberi modal utk kelangsungan perniagaan. Dan dilantik pula pengarah urusan (MD) bagi menjalankan urusniaga harian syarikat. MD inilah yg bertanggungjwb jika terjadi sesuatu kepada syarikat. Pun begitu, tempoh kuasa MD tertakluk kepada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yg akan dilakukan dgn kehadiran shareholders dan director yang lain setiap tahun bagi membincangkan prestasi beliau. Kalu ok, boleh kasi terus, kalau x, sendiri mau ingat! Kasi ganti sama org lain. Abih citer!

Dlm hal PKNS ni, aku x nampak mana hal silapnya. Madam Low yg dilantik sbg pemangku pengurus besar hanya sekadar jawatan lantikan atas paper dimana beliau pasti terikat dgn peraturan dan gerak kerja yg digariskan oleh org atasan. Suma itu bagi merencanakan kebaikan PKNS itu sendiri. Bukan sekadar suka2 lantik dan perjudikan utk bangsa lain. Lagipun tempoh beliau memegang jawatan sekadar utk satu tawoon jer... Abih kontrak, kalau ok, mgkn leh sambung asalkan tidak lari dari matlamat asal. Apa ada hal beb!

Aku kalau MB nak handover saham PKNS ke bangsa lain, memang aku x setuju langsung sbb dah ganggu gugat kepentingan umat melayu. Tapi, sekadar lantik utk mengurus bagi mencapai matlamat asal, aku sokong sesangat sbb kuasanya hanya terhad kepada beberapa perkara shj dan segala urusan dibawahnya akan di'monitor' oleh PKNS. Jadi, apa yg perlu mamat2 tu takutkan?

Cuba buka minda tu luas2 skit. Dalam bab mengurus ni, cuba jgn pandang siapa org tu. Yg penting, dia boleh memastikan keuntungan pd syarikat. Melayu pun bukan suma baik2 pun. Aku sendiri dah byk kali kena 'kencing' dgn bangsa sendiri. Mgkin sbb org akn kata aku 'bodoh' sbb kena main tapi jgn lupa yg ' pandai' menipu & 'menggoreng' bangsa tu gak kan? MB mungkin dah jelik dgn kerugian yg ditanggung oleh PKNS sblm ini yg diuruskan oleh 'bapak2' melayu. Asyik rugi jer... bisnes apa ke mende camni?

Patutnya puak2 pemuda harapan bangsa tu jgn terlalu taksub dgn 'ketuanan melayu' sampai jumud bab2 yg lain. Byk lagi perkara penting yg boleh dibawa ketengah. Kalau berani, pergilah jumpa PakLah dan antar memorandum membantah penamatan kontrak 50,000 org kakitangan awam yg rata2nya org melayu. Ini lagi isu penting dan genting. Kalau benar2 terjadi, apa dorang nak makan nanti?

Jgn sebab nak tunjuk garang, lupa yang sebenarnya diri tu nak diparang!