Baru2 ini kerajaan telah membuat keputusan utk membeli 12 helikpter Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis yang berharga RM2.32 billion bagi menggantikan helikopter Pra-sejarah Nuri dalam perkhidmatan tentera Malaysia. Helikopter yang nanti akan diberi kelengkapan senjata dan navigasi yang sama taraf dengan helikopter tentera Perancis termasuk sistem penerbangan malam yang sebelum ini tidak dilengkapkan kepada helikopter sedia ada dalam perkhidmatan TUDM. TUDM memerlukan sekurang-kurangnya 40 buah helikopter bagi menggantikan perkhidmatan Nuri dan yakin beberapa buah daripada helikopter EC725 yang akan diterima kelak mungkin akan diubah suai untuk menjadi helikopter Combat Search and Rescue (CSAR). Kecanggihan lain adalah termasuk mempunyai kelajuan dan perlindungan yang boleh diharapkan untuk masuk ke zon pertempuran sebagai helikopter CSAR (atau pesawat CSAR) yang mana boleh masuk dan keluar dengan selamat dari zon panas.
EC725 boleh memecut sehingga 324 kilometer sejam dan berupaya membawa 28 tentera tidak termasuk anak kapal. Jika memasuki perkhidmatan TUDM, ia dijangka mempunyai kelengkapan yang sama dengan helikopter milik Perancis seperti sistem amaran radar, alat umpan peluru berpandu, meriam 20mm, pelancar roket dan mesingan 7.62mm. Ia juga mempunyai perlindungan dari tembakan mesingan ke atas bahagian penumpang.
Pergh!! Canggih tu beb! Gua baca pun jadi seram sebab dah macam nak beli Helikopter AirWolf plak. Memang bagus kalau dapat ganti Nuri yang sepatutnya diletakkan di muzium. Tambahan pula dah berapa ramai terkorban dek penangan Nuri dulu. Bak kata orang, lebih ramai tentera yang mati terhempas helikopter dari mati berperang sebab negara.
Bab nak ganti Nuri memang aku sokong sesangat. Patutnya dari dulu dah patut tukar dah. Tapi, bila nak tukar dengan yang terlalu canggih dengan harga yang pasti menangis, part tu aku rasa musykil skit. Sebab kronologi nak dpt tender helikopter ni amat2 mencurigakan. Seperti yg dibahaskan di Parlimen oleh DSAI baru2 ini dimana Helikopter tersebut merupakan salah satu dari empat jenis helikopter yang disenarai pendek oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Keempat2 syarikat terbabit dalam bidaan tersebut menawarkan spesifikasi memenuhi kehendak Kementerian Pertahanan (Mindef).
Harga tender yang ditawarkan oleh syarikat terbabit adalah spt dibawah:
Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion
Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta
Sikorsky dari US, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion
Kalau amik yang paling rendah (Mi-172 KF) - sebab secara logiknya manusia sentiasa nak yang murah kan?Bermakna gomen dapat jimat RM1.4 billion. Sekali lagi, RM1.4 billion beb! Berapa banyak kosong terletak kat belakang nombor tu. Soalnya, adakah perlu kita beli barang yang sama tapi perlu bayar dgn harga yang melampau mahalnya? Ini dah tentu ada tangan2 ghaib yang dok tumpang buncitkan perut dengan komisen yang bakal diperolehi. Puak2 UMNO la ni.......
Lagi satu, Pengerusi Mentari Services (anak syarikat Kelowna Flightcraft) , Kapten (B) Zahar Hashim, mempersoalkan kebijaksanaan Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan meluluskan perolehan Eurocopter tanpa melalui fasa percubaan sepenuhnya. Tiada langsung diadakan ujian penerbangan (mungkin sekadar baca katalog je) dan paling menarik Letter of Intent (LOI) ditandatangani oleh seorang pegawai menengah di Kementerian Pertahanan pada 15 September 2008 berlaku dua hari sebelum Najib berpindah ke Kementerian Kewangan. Waduh! Skandal apa an ini???? Dalam erti kata lain, suma dah diatur terlebih dahulu dan segala bidaan yang dibuat sebelum itu cuma dijadikan wayang atau cukup syarat jer. Yang Masyuk? Paham2 je la..
Ada sesetengah orang melihat dan x amik port sgt pasal mende ni. Tapi, bagi aku soal ni dah melampau sangat - you cross the border la bro! Memang x terasa langsung duit kita keluar tetapi sedikit sbyak wang yg lebih tu boleh membantu rakyat yang perlukan bantuan. Atau paling x pun buat top up subsidi minyak. Malah, banyak lagi yg perlukan pertolongan dari kamu. Buat malu jer kalau rakyat hidup susah, tapi harta rakyat suma kamu selamba je belasah!!
Siapa 'kamu' tu ha? Lu pikirlah sendiri!!!!