Jumaat, 8 Mei 2009

'Black 75' : BN makin bangsat!

Tanggal 7hb Mei 2009 (bakal dikenali sebagai 'Black 75') menyaksikan satu lagi peristiwa sejarah hitam dalam sistem demokrasi berperlembagaan negara. Persidangan DUN Perak benar2 membuat rakyat yang sememangnya ber'bulu' dgn cara pemerintahan itu diamikalih oleh juak2 BN, benar2 teruji kesabarannya. Apa tak nya, cara ADUN BN dalam menyingkirkan Speaker yang dilantik ketika PRU12 dulu terang2an mencabuli malah me'rogol' hak rakyat sendiri dalam menentukan arah tuju pentadbiran kerajaan negeri. Mungkin inilah yang dinamakan konsep 'liberalisasi' yang diwar2kan oleh PM baru kita, bekas kekasih model unggul mongolia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang dibayangi oleh mantan diktator terulung, Tun Dr Mahathir dalam mengekalkan kuasa 'haramjadah' beliau.

BN benar2 bermain dengan api. Kali ini lebih teruk dan dashyat kerana turut menyimbah minyak petrol dalam api tersebut. Rakyat yg sememangnya hanya memerhati kerana hormatkan undang2 dan peraturan, terasa dipermainkan dengan kronologi 'bodoh' ciptaan puak BN. Konsparasi yang dicipta tidak dapat memadamkan hangin dan perasaan rakyat terhadap perkara tersebut. Kenapa harus jadi begini? Apa salah kita sebagai antara 'tuan' dalam negara sendiri dinafikan hak dalam menentukan arah tuju pentadbiran negeri? Mana nak letak muka deme nanti yob?

Dalam undang2 tubuh negeri, speaker yg dilantik adalah berdasarkan suara majoriti yang terdapat dalam DUN itu sendiri yg biasanya lebih 'bias' kepada parti yg memerintah. Itulah kelebihannya bila dpt kuasai negeri dgn suara majoriti, tuan2 & puan2. Sebab bagi mana2 entiti yang memerintah, jawatan speaker adalah jawatan idaman pihak pemerintah kerana kuasa yg ada pada speaker dapat menjamin kehendak mereka dalam merencanakan sesuatu agenda. Tugas speaker adalah mempengerusikan persidangan dan mempunyai hak mutlak dalam membuat apa jua keputusan dalam mesyuarat tersebut. Speaker juga diberikan hak mengawal dewan persidangan dan juga memangkah sebarang usul yg dikemukakan, jika tidak bersesuaian dengan kehendak majoriti atau lebih senang, pihak pemerintah. Dan paling best, speaker ada hak untuk bubarkan Parlimen. Betapa besarnya jawatan speaker. Soal siapa dibelakang beliau, itu soal yang kedua. Tetapi yg utama adalah kuasa yang ada pada speaker itu sendiri. Kalau x, xkan ketua Adun BN Perak yg juga MB BN 'haram' Perak, Mamak Zambry begitu beria2 ingin menggantikan Speaker.

Adakah speaker boleh dipecat? Tuan2.. Speaker tidak boleh dipecat / disingkirkan dari jawatan tersebut sehingga pembubaran DUN seterusnya. Kalau nak pecat juga, kena tunggu next pilihanraya dan mulakan semula seperti cara diatas. Bukan semudah itu je nak tendang speaker dari kerusi empuk beliau. Dan lihatlah! Satu lagi ke'agung'an yg terdapat pada jawatan tersebut. BN boleh rampas negeri tetapi x boleh rampas speaker. Dua kejadian yg memporakperandakan lagi situasi politik Perak.
Itu yg menjadi persoalannya sekarang. Cuba kita perhatikan camna kejadian 'black 75' tersebut. Speaker mengarahkan kesemua ADUN BN & bebas keluar dewan tetapi dgn bongkaknya puak2 tersebut mangingkari arahan dan menyusulkan pula undi x percaya kepada beliau. Nampak x? Disini dah terbukti siapa yg salah. Bayangkan : suara rakyat negeri Perak melalui speaker yang dilantik dalam dewan tidak diikuti oleh segelintir mereka yang berlagak & bongkak hanya kerana ingin merampas kuasa. Tak keluar dewan satu hal, pastu usul pula undi x percaya pada speaker. Dan lawaknya, usul tu ditujukan pada speaker itu sendiri. Alahai! Siapa yg nak pecat diri sendiri beb! Gunalah 'dahi jendol' lu tu sikit.
Dan seperti biasa. Khidmat 'anak emas' kerajaan BN, encik polis kita ( satu situasi yang 'dah agak dah' akan berlaku) pun digunakan untuk mengheret keluar speaker dari dewan. Bermakna dengan ini suara gema rakyat negeri Perak telah diangkat keluar dengan jijik dan hina dari pentadbiran mereka sendiri. Yg tinggal, sebahagian mereka yg merupakan juak2 yang gila kuasa, gila dunia dan gila segala2nya..... Sedorlah Yob!
Dan selepas itu tetiba muncul pula wanita 'katak' terunggul, Cik Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yg juga merupakan timbalan speaker 'take-over' tugas speakar yg menggunakan ntah apa 'Fasal' ntah yg kononnya speaker lama gagal menjalankan tugas dan menjadi tugas beliau utk mengambilalih. Lu orang yang x mau ikut, kata orang salah pulak. Habis, yg cerita kat atas ni apa ma...? Haiya! Busuk punya olang!

Dan tetiba tergesa-gesa membuat mesyuarat baru melantik speaker baru pulak. Dan seterusnya, speaker baru tunggangan BN itu pun menyampaikan ucapan perasmian dengan pihak PR tetap berdiri tidak menyokong. Sehingga Raja Muda Perak melangkah masuk dan menitahkan semua ADUN PR duduk , barulah dengan rasa hormat pd baginda,kesemuanya duduk tanpa rasa ragu..... Siapa penderhaka sebenarnya?

Adakah kerajaan baru kat atas sah? Sebenarnya dari dulu lagi memang dah x sah. Iaitu dari cerita awal dimana MB dinafikan hak utk bubarkan Parlimen melalui speaker. Kalau arahan speaker mula2 dah ingkar, mana hendaknya sah mende ni sampai bila-bila.... Daki bukit mana boleh tetiba sampai puncak beb! Kena 'step-by-step' baru sampai. Kalau mula2 dah kantoi, sampai atas pun org tau korang menipu.... Ingat rakyat bodoh ker?

Tapi aku respek betul dengan ADUN PR. Sebab tetap dapat mempertahankan suara rakyat negeri Perak selama yg terdaya tanpa kekerasan. Ini dinamakan perjuangan mempertahankan hak rakyat majoriti. Walaupun terpaksa mengalah, tetapi perjuangan tetap membara dlm menegakkan kebenaran. Calang2 org kalau hilang sabar mau terbang kerusi ari tu.....

Dan adakah tindakan ADUN PR ini layak digelar 'undang2 rimba' spt yg dicanangkan oleh PM 'sibibir merah'? Kalau betul undang2 rimba, 'dah lama dah' ahli BN kena bom dengan C4 tau. Dan soalnya, siapa yg melakukan undang2 tersebut? Yang mana tidak mengikut peraturan sama sekali dan menafikan kuasa yang ada pada PR? Ini baru benar2 undang2 rimba.. Perangai macam monyet!

Dan apakah kesudahan cerita ni. Yang pasti, rakyat Perak yg kena tanggung akibatnya. Suara dah lah tenggelam, dinafikan pula hak sebagai rakyat. Pastu kuasa yang diterima dibawa keluar dengan penuh rakus. Inilah dia satu lagi 'liberalisasi' ciptaan pemimpin baru kita... Bravo! Bravo!

Dan yob... Fikirlah apa nak buat tika PRU13 nanti......


Isnin, 9 Februari 2009

Permainan Bangsat BN!!

Apa dah jadi dengan politik negeri Perak? Pengolakkan antara kerajaan PR dan BN yang akhirnya menimbulkan kucar kacir dan ketidaktentuarah sehingga melibatkan campurtangan Sultan dalam pentadbiran negeri. Mana salahnya dan apakah puncanya? Adakah ini cara rampasan kuasa secara tak bertauliah oleh BN setelah 'lingkup' dalam 2 pilihanraya kecil sebelum ini? Atau benar rakyat keseluruhannya merestui tindak tanduk yang terjadi ini?

Aku x tau nak kata apa. Budaya lompat parti dah jadi cam biasa la pulak. Tapi, bab jadi katak ni sememangnya di'benar'kan oleh ras undang2 negara. Sesiapapun x boleh nak nafikan hak YB2 tersebut kalau dorang nak kemana sekalipun. Cuma effect kat negeri Perak ni terlalu besar sehingga pemerintahan negeri boleh 'swing' ke arah BN yang sememangnya dok tak malu tunggu peluang camni. Dan bagi PR pula, inilah dugaan paling hebat yang semestinya sedikit sebanyak mengugat penyatuan semua parti dalam keluarga Pakatan Rakyat.

Sebenarnya bab nak amikalih negeri ni adalah perkara biasa dalam sistem demokrasi negara. Cuma yang cukup membuat aku terkilan dan sangat ralat adalah 'cara' pemerintahan itu ditukar. Benarkah BN cukup layak untuk mengambil kembali tampuk pemerintahan negeri Perak? Dan ironinya, adakah dengan cara pertukaran tersebut mendapat restu dari rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Perak sendiri? Cuba kita pikir-pikirkan nya dan renung2kannya....

Aku kalau bab tentang pertukaran kerajaan negeri memang x kisah kalau kena gayanya. MB Perak YB Nizar mempunyai pecaturan sendiri dalam meneruskan survival politik dan salahsatu cara adalah dengan membubarkan DUN Perak seterusnya mengadakan pilihanraya khas utk negeri Perak. Itulah rancangan politik paling bijak kerana kuasa yang ada pada MB digunakan sebaik mungkin agar Perak terus diterajui oleh PR. Bab mantan YB2 PR nak alih arah, itu adalah persoalan lain. Dan dalam bab BN mendapat kerusi lebih hasil dari penghijrahan YB tersebut juga merupakan perkara biasa dalam politik dan bukan juga isu utama disini. Tetapi dalam bab penafian tentang kuasa yang ada pada MB dalam membuat keputusan, amat2 me'milu'kan hati rakyat terutama yang bernaungkan ketuanan rakyat. MB yang mewakili majoriti rakyat dinafikan langsung hak bersuara untuk rakyat hanya kerana campurtangan istana yang sudah semestinya ditunjangi oleh BN sendiri. Adakah itu dinamakan keadilan untuk rakyat? Gila kuasa bebenor deme ni...

Dalam demokrasi berpelembagaan, suara rakyat adalah segala-galanya. Istana sebenarnya mempunyai hak juga dalam menentukan arah tuju pemerintahan tetapi dalam mengelakkan pergolakkan, maka istana hanya dijadikan simbol pada pemerintahan itu sendiri. Dalam erti kata lain, tanggungjawab sultan hanya diatas kertas setelah mendapat nasihat dari MB sendiri. Jika Sultan sendiri mempunyai 100% authority utk menentukan arah tuju kerajaan negeri, maka buat apa kita hendak adakan pilihanraya peringkat DUN? Baik kita suruh sultan sendiri membuat keputusan siapa MB yang akan dilantik. Xyah susah2 membazir duit rakyat yang ntah berapa juta dihabiskan hanya untuk pilihanraya tersebut. Dan rakyat pun x ralat sangat seperti situasi yang terjadi sekarang. Siapa yang x benggang kalau tetiba sedang enak tidur dirumah sewa (yg bayaran sewa x pernah miss), diganggu oleh tuan rumah yang minta pindah dan-dan tu juga hanya kerana penyewa minta tukarkan cat rumah saja kan? So, inilah yang menjadi isu utama yang membuat rakyat semakin panassssss.....

BN pun pasti tentang perkara ni. Aku pasti sesangat jika tiada campurtangan BN, perkara ini xkan terjadi. BN menggunakan pelbagai cara utk memerangkap PR di Perak dengan menarik DUN PR beralih arah tetapi lupa bahawa MB Perak mempunyai kuasa untuk membubarkan DUN mengikut undang2 tubuh negeri. Dan setelah terperangkap dengan cara tersebut, maka khidmat Sultan (yg sudah terlalu lama dipendam) dieksplotasikan, agar BN kembali memerintah Perak. Inilah cara berpolitik paling busuk sehingga bau loyanya sampai kelangit ke-7!! Paling Jijik dan paling memualkan yang pernah aku saksikan.

Umum tahu bahawa Sultan adalah merupakan simbol tentang ketuanan melayu dibumi Malaysia ini. PR tahu, BN tahu, semua rakyat Malaysia pun tahu. Percayalah! Hanya orang melayu sahaja yang benar2 menghormati sultan sehingga sanggup bermandi darah jika tuanku diusik atau dicerca. Jika tanya pada kaum lain, mereka hanya menghormati sultan disebabkan penghormatan dari org melayu sendiri. Lebih dari itu, jangan mengharap apa2 dari kaum tersebut. Malah ada yang nakal turut mempersoalkan kedudukan sultan yang dari azali dah hidup senang tidak seperti orang lain yang bertungkus lumus meneruskan perjalanan hidup masing2. Hanya org melayu sahaja yang akan mati2an menyelamatkan institusi mulia ini kerana hormatkan Sultan yang memahami kehendak rakyat sendiri dalam segala hal termasuk bab berpolitik. Itu dari dulu lagi tidak dapat dinafikan kronologi nya..

Tetapi kenapa BN harus menggalakkan Sultan membuat keputusan tersebut? Sepatutnya dorang kena paham impact nya pada rakyat khususnya orang melayu. Kalau betul gentle, nasihatkan Sultan agar menghormati keputusan rakyat dalam membuat pilihan, bukannya mengapi2kan baginda agar mudah nak amikalih kerajaan. Ini bukan cara terhormat beb! Ini cara bangsat!!! Korang membuat orang melayu hilang sedikit rasa hormat pada sultan hanya kerana ingin memenuhi matlamat 'haramjadah' korang. Bagi aku, biarlah sultan dengan tugas2 khas baginda dan kita dengan tugas kita dalam merencanakan negara. Jangan sesekali libatkan Sultan atau Raja atau Agong dalam perkara ni kerana effect jangkapanjangnya amat2 menakutkan terutama perasaan hormat rakyat khususnya orang melayu pada baginda. Buktinya, belum pernah dalam sejarah, orang melayu berhimpun di depan istana menunjuk perasaan pada sultan. Adakah ini yang BN inginkan?

Tapi aku percaya. Niat buruk BN ni akan terpalit kat muka sendiri. Kita ada ramai Sultan dan adakah BN sedar bahawa tidak semua Sultan berpihak pada mereka? Satu hari nanti jika sultan membuat keputusan yang tidak memihak BN, adakah semua kaki bodek terutama media arus perdana akan menyokong sultan? Nak xnak, kena hadap dulu semua yang korang dah mulakan. Satu hari nanti. IsyaAllah. Tuhan tu Maha Berkuasa.... Masa ni kita lihat sapa penderhaka sebenarnya.

Dan aku sebenarnya dah malas nak pikir tentang isu ni lagi. Bila kita berlebih-lebihan nanti dikatakan menderhaka pada sultan pulak. Bila menyokong, nampak sangat tiada keadilan pada rakyat. Yang mengundi kita, yang membuat keputusan orang lain. Orang luar cam aku pun terasa peritnya, apatah lagi orang negeri Perak sendiri. Undang2 dah jadi alat permainan bagi mereka yang mementingkan kuasa bukan pada rakyat yang menentukan. Jadi, sebagai rakyat, apa yang boleh kita lakukan adalah berdoa agar selamatkanlah raja kita dari dipermainkan golongan 'giler' yang 'kencing' kuat ni...

Dan pada PR, kalau ditakdirkan sudah tiada kuasa, nasihat teman, biarlah puak BN terus kembali memerintah. Susun strategi untuk hadapi pilihanraya ke13 nanti. Percayalah! Rakyat amat berdendam dengan cara 'nounsense' ini dan x sabar untuk pangkah terus BN agar lenyap dimuka bumi Perak nanti. Pada BN pula, xyahlah nak sombong dan riak tentang peralihan kuasa tu. Hang tunggulah saat nya nanti. Ketika itu baru sedar langit sapa yang paling tinggi dan suara sapa yang paling berkuasa....

Khamis, 29 Januari 2009

Lompat atau Hijrah?

Umum digegarkan lagi dengan berita panas sensasi iaitu keluarnya ADUN Bota, YBNasarudin Hashim dari UMNO/BN menyertai PKR sebelum menjelangnya Tahun Baru Cina baru2 ini. Kali ini tidak perlu bersusah2 untuk adakan sebarang pilihanraya kecil lagi. Dan sudah semestinya kerusi ADUN PR di Perak bertambah dan kedudukannya pasti bertambah kukuh.

Bagi mereka yang hati kearah PR, pasti menyambut dengan tangan terbuka situasi 'tuah dari langit' ini. Bukan senang bagi YB dari UMNO nak 'swing' kearah PR. Mungkin YB berkenaan dah abih pikir panjang kerana risikonya teramat2 berat. Bagi politik, situasi ini ibarat seperti 'menurun bukit yang curam dan berliku'. Turun bukit memang senang tetapi belum tentu beliau selesa ketika melaluinya. Bila dah sampai bawah, jangan harap nak keatas semula. Kalau turun pun payah, apatah lagi kalau nak mendaki semula kan? Tiada sesiapa yang berani tahan beliau bila turun bukit tersebut tambahan pula dipimpin oleh penyokong di sekeliling, tetapi percayalah, akan ada tangan2 yang akan menentang mati2an jika beliau berniat untuk naik semula. Dalam erti kata lain, YB tersebut sudah melafazkan cerai talak 3 pada UMNO. No reverse at all... Berpatah arang, berkerat rotan lah ibaratnya.

Namun bagi mereka yg 'hardcore' UMNO/BN, sudah pasti 'hangin' dengan situasi ini. Maklumlah, keadaan ini menyebabkn kedudukan BN khususnya UMNO semakin pudar dalam kacamata rakyat sendiri. Maka, bersuaralah juak2 dari parti melayu keramat ini dengan hujah dan teori masing2. Ada yang kata YB tu kena suaplah, YB tu pengkhianatlah dan lebih berat lagi, ada juga berani bersuara mengatakan YB tu 'ada fair' dengan DS Anwar Ibrahim. Hehehe..


Bagi aku xde apa yang hendak dihairankan sangat sebab sejarah sudah membuktikan bahawa bab lompat melompat ni dah sebati dgn politik Malaysia. Dulu bila PBS keluar dari BN, maka melambak ADUN2nya turut 'jadi katak' join BN semula. Sampai dok terkulai parti tu akibat pemindahan beramai2 YB2 nya. Dan dulu ada juga tangan2 ghaib dari UMNO dan BN sendiri menggunakan taktik menarik ADUN di Kelantan agar lompat kearah UMNO supaya negeri itu dapat ditakluk oleh BN selepas PRU11 tahun 2004 dulu tika PAS hanya menang lebih sekerusi dan tika PakLah disanjung kerana imej 'Mr Clean' nya. Masa itu tiada pulak suara2 sumbang dari BN yang menentang sekeras2nya cara 'lompatan' itu. Malah ada yang mengapi2 menyokong cara tersebut supaya BN dapat takluk suma negeri di Malaysia. Kira kategori matlamat menghalalkan cara la ni. Bab lain tolak tepi dulu. Hmm.. BN kan.

Aku cuma boleh bagi 2 teori je kenapa YB tu keluar dari UMNO. Pertama adalah kerana dah muak dan jemu dengan sikap pemimpin2 UMNO yang menyebabkan tahap kesabaran beliau melebihi 'rambut terakhir' dah. Beliau juga kecewa kerana tidak dilantik sebagai ketua bahagian UMNO (yang dicampuri dengan politik wang), jawatan yang amat2 penting kerana peruntukan dari ketua (Tajol Rosli) akan diterima sekaligus dapat membantu beliau merencanakan pembangunan setempat. Mungkin ramai yang mengatakan sebab duit YB tu berpusing arah tetapi tahukah kita bahawa jika tiada peruntukkan, camne YB tersebut nak terus survive dengan sekadar menyalurkan kederat semata-mata? Mana nak tolong orang susah, nak turap jalan berlubang atau nak bina jambatan dibawah peruntukkan beliau jika duit takde? Takkan nak gunakan elaun yang x smpai pun RM5 ribu tu tuk buat suma mende diatas. Abih, YB tu nak makan apa? Anak bini nak hidup camne? Dari sini kita dapat tafsirkan bahawa UMNO Perak dibawah kelolaan Tajol Rosli langsung tidak menjaga kebajikan ADUN mereka sendiri sehingga menyebabkan YB Nasarudin Hashim berpatah arang dengan UMNO. Nak jadi YB kepebende kalau sekadar atas nama saja. Malu ooo kalau asyik makan gaji buta saja. Atau dalam erti kata lain, YB tersebut berada dalam keadaan 'kambing bersama kawanan serigala'. Silap2 belum bersuara dah kena 'ngap'. Sebelum apa2 berlaku, baik selamatkan diri dulu dengan menyertai mereka yang benar2 memahami dan setia berkhidmat untuk rakyat. Serius! Bukankah itu satu tindakan yang bijak?

Dan satu lagi teori ialah kerana tindakan tersebut dibenarkan oleh undang2. Katalah apa saja, buatlah lagu mana, lakukan apa yg terdaya, kalau perkara tersebut menjadi hak beliau, maka nak marah pun x berguna. Bagi aku itu adalah kelebihan wakil rakyat yang dipilih yang mempunyai 'authority' utk melakukannya tanpa mengganggu undang2 itu sendiri. Dan perkara ini boleh dijadikan pengajaran pada UMNO supaya 'menjaga' ADUN mereka dgn sebaik2nya. Kenapa perlu melenting hanya kerana YB tersebut menunaikan haknya sebagai wakil rakyat untuk kepentingan umum? Macam aku katakan tadi, bukan mudah YB tu nak sesenang itu je keluar dari UMNO tanpa berpikir panjang dan berkhidmat nasihat. Jgn main2 wooo.. Ini soal masadepan karier politik dimana ia telah menjadi darah daging beliau. Calang2 orang mati hidup balik, jadi katak, mati pastu hidup balik, belum tentu dapat membuat keputusan camtu. Mana ada yang berani lawan kerajaan kan?

Dan yg lawaknya, bila dah jadi camni, barulah puak2 UMNO bersuara supaya undang2 lompat parti digubal semula. Selama 50 tahun memerintah dengan penuh bergaya, tanpa ada yang bersuara, tup2 dgn hanya disebabkan satu ADUN BN melompat parti, yg entah bila boleh terjadi lagi, habih menggelabah suma agar tukar itu ini supaya akta tsebut menyebelahinya. Apa punya makhluk lah ni... Dan yang paling best, makhluk2 kat atas ni masih berangan lagi dengan menganggap bahawa sebarang akta tu boleh diubah semudah 'ikut kepala dorang' ker? Takkan x sedar diri yang awak tu dah tiada suara majoriti 2/3 lagi dalam Parlimen. Ingat sesenang itu ker gubal akta. Hmmm.. Dulu bolehlah beb!

Jadi kesimpulan yang aku dapat buat kat sini adalah UMNO/BN dah mula goyah segoyah-goyahnya. Tajol Rosli dah patut letak jawatan kerana gagal dalam mentadbir UMNO Perak. Kegagalan paling besar adalah beliau gagal dalam menyatukan rakyat khususnya orang melayu. Camne nak mengajar anak jiran sebelah kalau anak sendiri pun buat hal kan? Dan kepada UMNO sendiri, jagalah kepentingan rakyat melebihi matlamat peribadi. Ini asyik2 dok kejar jawatan dan menjaga kroni, hingga lupa bahawa ada rakyat yang memerlukan perhatian. Duduk kawasan ADUN BN, tetapi kawasan tetap mundur dan penuh cerekarama politikus. Baik sertai PR, kalau kurang maju pun rakyat boleh paham dan tak menyalahkan ADUN itu sendiri kan?
Itu cuma sekadar pendapat aku jer. Dan aku rasa majoriti mungkin menyokongnya. Jauh disudut hati sebenarnya aku kurang setuju dengan perkataan 'lompat' itu sendiri. Bagi aku, YB tersebut cuma ber'hijrah' dari yang baik kepada lebih baik lagi. Dan semuanya beliau lakukan demi rakyat dan bukan sebab peribadi. Dan aku rasa beliau membuat keputusan yang paling tepat dan benar sepanjang kerjaya politiknya. Dan semoga Allah memberkati akan keputusan beliau itu bersama rahmatnya.

-Amin

Isnin, 19 Januari 2009

NAJIB, PETANDA SUDAH JELAS!

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu (PRKKT) sudah berlalu. Keputusan sudah diketahui dan sudah tercatat dalam sejarah bahawa PAS dengan 'selamba'nya menawan semula KT dari tangan BN dengan majoriti yang lebih tinggi dari pilihanraya umum bulan March lepas.

Aku tak boleh kata 'dah agak dah' pasal kemenangan PR dalam PPKKT ini tapi berdasarkan situasi, memang saingan untuk merebut kerusi Parlimen ini amat sengit sementelaah bila BN cuma menang hanya dengan 600 lebih undi majoriti pada PRU lepas. Dalam hal ini macam2 boleh jadi. Kira kedua2 pesaing mempunyai peluang 50-50. Dan sudahnya, PAS merampas semula kerusi dan bertambahlah kerusi MP PR dalam Parlimen nanti. Alhamdullilah...

PRKKT ini juga merupakan medan ujian pertama untuk Dato' Sri Najib mengetuai tentera bersekutu BN dalam merempuh benteng pertahanan PR di KT sebelum duduk 'kerusi panas' presiden UMNO bulan March nanti. Seperti biasa, pelbagai sumber media dan promosi digunakan oleh BN terutama saluran TV arus perdana agar dapat me'lunyai'kan PAS dari pilihanraya tersebut. Suratkhabar jangan ceritalah. Kalau bab mengampu dan membodek kerajaan, serahkan saja pada Utusan dan Berita Harian. Nescaya, 10 mukasurat saja digunakan hanya untuk cerita donggeng menaikkan nama kerajaan. Tiada berita yang tak baik, sumanya indah belaka. Macam BN ni 'perfect' dari segala segi dan tiada yang sesempurnanya lah..

Tapi, rakyat sekarang bukan banggang sangat nak percaya dengan keratan akhbar lagi. Kini rakyat sudah ada telinga yang berfungsi kiri kanan sekaligus. Dan rakyat juga ada mata yang melihat tindak tanduk bakal pemimpin mereka. Dan hari ini, rakyat sudah dapat membezakan yang mana baik - yang mana buruk dan yang mana betul - yang mana salah. Zaman sudah berubah beb! Sumanya dihujung jari kalau nakkan informasi. Taraf org biasa dulu kalau didendangkan dgn lagu yang sama, memang akan terpedaya dan pasti susah nak 'swing' ke arah pembangkang. Tapi, orang sekarang, hmm.. Jangan buat main.. Bagi free paper campur dengan percutian 3 hari 2 malam ke Mariutus pun belum tentu dorang akan pangkah BN lagi. Mcm aku katakan tadi, orang la ni dah tahu beza mana baik dan buruk. Dan faktanya, mereka takkan perjudikan nasib masa depan bangsa mereka ditangan mereka yang korupsi dan mementingkan diri sendiri. Siapa? Paham2 lah sendiri...

Dulu masa PRU12 dimana Paklah sebagai 'chief kadam' telah terbukti tidak mampu menahan arus deras reformasi rakyat. 5 negeri terkulai. Penyokong BN jadi binggung dan bila tersedar, baru tuntut perubahan terutama tukar itu 'kapla besar'. Pak Lah dihenyak kiri kanan secara terang dan senyap dari rakyat dan penyokong sendiri. Malah, ada yg terang2an menuntut agar PakLah meletakkan jawatan sebagai PM. Akibat tekanan, PakLah mengalah dan dengan hati yang 'tak ikhlas' akan menyerahkan kerusi empuk kepada Najib. Situasi yang menyebabkan Najib tersenyum lebar dan 'Imelda' Rosmah tumpang gembira. Tapi adakah dengan perubahan tersebut menyebabkan BN terus kukuh? Atau terus2an bertambah rapuh?

Takdir menentukan, PRKKT merupakan ujian pertama Najib yang mengambil jawatan 'chief kadam' dari PakLah. Inilah ujian sebenar Najib samada diterima rakyat atau tidak. Bermula dengan penamaan calon sehingga selesai PRKKT, Najib dok ber'kampung' di kawasan tersebut bagi meraih undi dari rakyat. Pelbagai janji lama dan baru ditaburkan. Macam2 insentif bakal diberikan yang lagaknya seperti ingin jadikan KT kawasan paling maju di dunia. Tak cukup dengan itu, royalti minyak yang di'kunyah' oleh puak2 BN beberapa tahun sebelumnya, akan dipulangkan semula kepada Terengganu jika menang nanti. Kesimpulannya, matlamat untuk menang adalah segala-galanya dan cara untuk menang adalah langgar apa saja yang ada. Itulah BN. Dulu, kini dan selamanya....

'BN akan menang besar' - Salah satu dari kenyataan Najib dan diikuti PakLah beberapa hari kemudian. Bunyi bukan main sombong dan tampak gagah! Tapi tak lihat pada realiti yang sebenar. Kenyataan puak BN ni adalah seperti mempromosi 'Hang Kebun'. Yang sudahnya dijawab balik dengan kenyataan : 'Ini bukan gagah, ini gelojoh, bodoh!!!' Ya, BN gelojoh dalam membuat perhitungan dengan lawan sebenarnya : Rakyat!

Kini, Najib terduduk dengan kekalahan ini. Dan popularitinya juga turut merundum. Tiada cara lain lagi untuk berjuang dengan BN kecuali membuat reform secara besar2an dalam parti itu sendiri. Walaupun PRKKT tidak sebesar PRU, namun titik tolaknya sudah ada disini kerana PAS berjaya 'merampas', bukan 'mempertahankan' kerusi MP tersebut. Kemenangan 2 kali ganda ini turut merubah landskap pemikiran rakyat secara keseluruhan. PRKKT tidak boleh sesekali disamakan dengan PRK Permatang Pauh kerana di KT, BN kecundang dinegeri taklukkannya sendiri. Terengganu adalah negeri BN dimana MBnya org BN dan barisan exconya turut disandang oleh orang BN. PR cuma ada kuasai 1 kerusi Parlimen sahaja. Kesimpulannya, Terengganu merupakan salahsatu kubu kuat BN. Dan DS Najib yang mengetuai BN bagi mempertahankan kerusi tersebut, gagal malah malu sendiri dengan jumlah majoriti yang lebih besar. Mana mau letak lu punya muka oooo....

Kini, petanda sudah jelas. BN sudah hilang populariti dan banyak yang cuba dilakukan akan makan diri sendiri. Rakyat dah tak takut bersuara lagi. Malah, BN akan mengigil ketakutan pada bayang2 sendiri jika sebelum berlangsungnya PRU13, akan ada PRK yang lain. Terutama dinegeri yang panas dan mempunyai peluang 50-50.

Dan petanda itu makin jelas bila BN sudah tiada barisan pemimpin yang berkaliber dan disukai rakyat. Yellek pucit! Kalau Najib sendiri ditolak oleh rakyat, siapa lagi yang layak? Muhyiddin? atau orang kaya Mat Taib? Khir ToyoL? Isk.. minta dijauhkan!

Dan kalau mende ni terus-terusan, nescaya next election nanti, BN dah boleh ucap bye-bye kepada Putrajaya.

p/s : 'Imelda' Rosmah sambut kekalahan suami dengan menjadi tetamu VIP dalam AJL22. Aduhai....