Rabu, 22 Oktober 2008

BN & BN bertekak kat Parlimen, PR pulak jadi sasaran

Smalam di dewan Parlimen berlakunya perbahasan antara pihak BN iaitu apabila Datuk Mat Sirat Abu (BN-Bukit Katil) mengenai permohonan kerajaan negeri Melaka untuk memohon memanjangkan landasan Lapangan Terbang Batu Berendam. Sesiapa yg tengok Buletin Utama pasti tahu bila ADUN berkenaan mempersoalkan peruntukkan yg diminta lambat disalurkan utk menaiktarafkan airport tersebut. Antara ayat yang dikeluarkan adalah seprti berikut (mgkn diolah sedikit) :

"Melaka negeri kubu kuat BN dan kita bersusahpayah mempertahankan negeri ini dari pihak PR, malah kerajaan pusat pun milik BN. Maknanya, takde sebab melambat2kan peruntukkan tersebut. Tapi, sehingga sekarang RM40 juta yg diminta masih tersangkut. Takkan nak tunggu kerajaan PR amikalih Melaka untuk sediakan peruntukkan tu?" - Soalan yang dijawab dgn tepukan dari pihak PR dalam Parlimen.

Soalan tersebut dijawab oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dengan nada bongkak dan xnak mengalah iaitu kerajaan BN boleh mempertimbangkan permintaan tersebut kerana jumlah peruntukan yang diperlukan tidak begitu banyak sambil mendakwa jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, tidak mungkin pakatan tersebut akan membina lapangan terbang seperti yang dilakukan kerajaan sekarang. Malah, di Kota Kinabalu kerajaan BN telah membina lapangan terbang benilai RM1.5 billion.

Pada ketika itu, Gobalakrisnan mencelah dengan mengatakan: "Tapi lebih daripada setengah rasuah." Sambil disambut dgn tepukan dari pihak PR.

Tidak berpuas hati dengan celahan itu, Lajim berkata: "Itu saya tidak tahu... ada BPR (Badan Pencegah Rasuah). Kalau dulu ketua pembangkang jadi Menteri Kewangan, tak rasuahkah? Siapa yang jadi kaya? Kroni-kroni dulu. Anda baru dalam Parlimen, anda tidak tahu. Anda ikut belakang sahaja...anda ikut buntut sahaja anda mana tau..anda ikut buntut saja."

Gobalakrisnan membantah kenyataan itu, kemudian bingkas bangun dan meminta dibacakan peraturan dan meminta Lajim menarik balik perkataan yang dikatakan kesat itu.

Suasana di dalam Dewan Rakyat terus riuh-rendah dengan anggota Parlimen bertikam lidah tanpa mengendahkan teguran Yang Dipertua Dewan Rakyat.Selepas teguran itu, Lajim akhirnya menarik balik perkataan yang telah digunakannya.


Inilah dia prangai org BN yang xnak mengalah. Sombong dan berlagak serta xleh ditegur langsung. Langsung x matang bila menjawab sesuatu pertanyaan itu. Pokok pangkalnya adalah soal Airport jer, bkn soal lain. Jadi tumpukanlah pada persoalan itu dan bila dah xleh nak konar, mulalah ubah tajuk ke arah PR padahal yg bukak cerita tu pun bkn dtg dari PR sendiri. Camnalah boleh jadi pemimpin, aku pun x tahulah.... Sianlah pada sesapa yg pilih Timb menteri tu.

Yg paling x best, Timbalan Menteri boleh men'carut' dalam Parlimen. Mak aih... Aku yg tengok Buletin Utama tu (secara x sengaja - kat kedai makan) naik malu dgn perangai puak2 tu. Nak tergelak ada, geleng kepala pun ada.... Hangpa gaduh sesama sendiri, org lain yang jadi sesaran. Dah xleh nak jawab tu jgnlah dok pusing tang lain. Malu ooo kalau jadi penyokong BN kalau perangai pemimpin sendiri camni.

Aduyai............................