Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membentangkan Bajet 2009 Selangor yang bersifat seimbangantara pendapatan dan perbelanjaan negeri.
Bagi Bajet 2009, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.4 bilion untuk dibelanjakan daripada unjuran kutipan hasil pada tahun hadapan berjumlah RM1.4 bilion, katanya semasa membentangkan Bajet 2009 itu di Sidang Dewan Undangan Negeri yang bermula dari hari ini sehingga Jumaat ini.
Hasil pendapatan tersebut iaitu RM1.4 billion adalah spt berikut:
Kutipan hasil cukai sebanyak RM463 juta
Kutipan bukan cukai sebanyak RM530 juta
Terimaan bukan hasil berjumlah RM407 juta
Dan pengagihan pendapatan tersebut adalah spt dibawah:
RM689.4 juta akan diperuntukkan bagi belanja mengurus
RM710.6 juta bagi belanja pembangunan
Dari peruntukan perbelanjaan mengurus 2009 (RM689.4 juta), agihan adalah spt dibawah:
RM256.8 juta adalah bagi perbelanjaan emolumen (dijangka meningkat berikutan kenaikan harga minyak yang memberi kesan terhadap kenaikan harga barangan lain.)
RM432.6 juta pula diperuntukkan dalam perbelanjaan lain iaitu perkhidmatan dan bekalan serta pembelian aset.
Dari peruntukan perbelanjaan pembangunan 2009 (RM710.6 juta), agihan adalah spt dibawah:
RM235.2 juta untuk pelbagai projek perkhidmatan masyarakat, pembangunan luar bandar, perbandaran, industri, sosial, perikanan, mergastua, usahawan, insan, kajian-kajian, program merakyatkan ekonomi Selangor dan program-program dalam Jawatankuasa Tetap (Exco).
RM190.1 juta diperuntukkan kepada Jabatan Kerja Raya bagi membina dan menaik taraf jalan dan jambatan
RM65.2 juta untuk Jabatan Pengairan dan Saliran membiayai projek tebatan banjir, membangunkan kawasan pertanian dan pelbagai projek pengairan serta menaik taraf sistem saliran perumahan dan perindustrian.
RM103.5 juta (diperuntukkan utk JAIS) bagi membiayai projek membina dan menaik taraf sekolah rendah agama, pejabat agama dan masjid.
RM36 juta pula untuk projek Perbendaharaan Negeri (RM1.0 juta untuk menaik taraf sistem komputernya dan membiayai pelbagai projek am berjumlah RM35 juta)
Fakta menarik:
RM1.4 billion income setahun yg dpt bersamaan penjimatan pembelian Eurocopter Cougar EC725.
Khir Toyo masih x puashati sbb katanya xde apa yg berubah cuma yang beza tabung TAWAS jer. (Ok lah tu, Dari hang dulu dok dapat penyapu jer.................)