Isnin, 22 Disember 2008

Antara Hudud dan Jumud

Politik Malaysia digegarkan lagi dengan isu hudud yang dibawa oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dimana kenyataannya "....akan dilaksanakan jika PAS memerintah negara." Dan serentak dgnnya, spt yang diduga, maka bergemalah suara2 'sumbeng' yang terang2an membantah cadangan tersebut. Datuk Seri Najib menyarankan supaya hudud dilaksanakan dulu di Kelantan manakala 'taiko' parti2 lain yang bukan melayu turut menentang keras cadangan tersebut. Malah, ada yang menggangap isu hudud ini semata2 hanya untuk dijadikan modal politik sementelahlah bila dah nak sampai detik pilihanraya kecil Parlimen KT bulan Januari nanti.

Aku sebenarnya heran gak. Apasal bila sebut hudud, makhluk2 'sepesyen' seperti kat atas ni bukan main membantah lagi. Apa yg ditakutkan jika hudud dilaksanakan? Aku x heran sangat kalau bukan Islam yang menentang. Kira standardlah kalau dorang menyekat hukum hudud sebab mungkin rasa tercabar bila diberi keutamaan terhadap agama lain selain agama sendiri. Seakan2 hukum agama mereka tidak sesempurna hudud yang datang dari agama Islam. Dalam erti kata lain, ego menjadi batu penghalang dari terlaksananya hukum tersebut. Biasa.. dan aku xnak komen jika ia datang dari orang bukan Islam sebab bagi aku dorang ni kurang paham dan tidak didedahkan secara ilmiah tentang hudud. Aku pernah tanya kat seorang member cina tentang hukum ni. Apa yang dia tahu adalah bila laksana hudud, maka ramai orang Malaysia hidup cacat sebab xde tangan. Ramai yang jadi balu sebab laki mati kena rejam. Dan paling best, orang cina akan duduk merempat sebab harta suma akan dirampas oleh orang Islam. Wah! Aku dengar pun seram beb. Bila aku tanya mana tahu, selamba je dia jawab " Itu Mahathir sulah worning dulu oooo...." Alahai, sampai camtu sekali kau....

Yang menjadi aku ralat ialah bila pemimpin2 beragama Islam sendiri yang terang2an menentang hukum hudud ni. Aku paham, mungkin sebab kerana dok mengikut jejak politik masing2, dan mungkin juga untuk dptkan publisiti murahan, maka isu ini akan cuba diutarakan dgn suara bangkangan. Tapi, sedarkah mereka bahawa dengan penentangan tersebut membuktikan yang mereka lebih hebat, lebih berkuasa dan lebih 'power-ranger' dari Allah SWT?

Hudud tu kan hukum dari Allah melalui kalamnya iaitu Al-Quran. Sepatutnya, sebagai umat Islam, secara logiknya, rasa amat berbangga bila Tuhan sendiri, yang hari2 dok sembah tu menurunkan perintah dalam bentuk yang 'straight to the point' dalam Al-Quran. Agama lain mana ada bai! Dan berdasarkan kajian, hudud merupakan undang2 yang cukup sempurna dan adil berbanding hukuman ciptaan manusia sendiri yang nyata banyak ke'lompong'an. Buktinya, bila dilaksanakan akta baru jer sekarang ni, jenayah makin tetap berleluasa malah makin naik pula statitiknya. Camne tu? Oh ye, manusia mana pernah sempurna kan...?

Jadi, persoalannya, kenapa makhluk Allah kat atas ni perlu takut dengan perlaksanaan hukum tersebut? Mana cacatnya peraturan hukum ini? Kalau ada yang tidak sesuai, apa salahnya terangkan pada kawan2 dan rakyat sebab musababnya. Bukan main langgar jer dengan kenyataan membantah tanpa guna akal pikiran. Kalau sebab tak sesuai dilaksanakan atas reason masyarakat majmuk, huraikan dengan teliti atau adakan debat ker, apa ker, untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Ini belum apa2 lagi, dah dok pukul canang menentang hukum tersebut. Macam Tuhan tu x wujud jer dibuatnya....

Kalau x suka, bak kata orang, diam jer sudahlah. Itu adalah jalan terbaik jika ragui tentang hukum tersebut. Bukan apa, takut2 nanti org keliling kita terutama yang bukan Islam dok api2kan kita. Ibarat kalau ada masalah rumahtangga, selesaikanlah cara diam2 dulu, ini belum apa2, dah pasang 'tempayan' kat mulut dengan buletin keburukan 'bawah selimut' sendiri. Mana orang nak 'suspek' lu orang.

Bab orang bukan Islam tu sebenarnya perkara kecil jer. Kalau undang2 tu dah dilaksanakan, nak xnak suma kena ikut. X kiralah orang melayu ker, orang cina ker, india ker, kalau dah duduk kat Malaysia memang kena ikut undang2 kerajaan aturkan. Kalau langgar, sendiri mau ingat, sendiri makan pengat lah kan. Yang penting adalah penguatkuasaannya. Jadi, soal orang bukan Islam x terima hudud adalah soal yang bukan keutamaan. Apatah lagi jika sebelum perlaksanaan, diterangkan dulu secara dedikasi kebaikannya. Ala.. macam penguatkuasaan perlaksanaan pemasangan talipinggang belakang kereta. Xde pun yang nak membantah padahal ada yang kena top-up duit buat renovate sit belakang kereta masing2. Sebab? Dah nama peraturan kan... Langgarlah kalau berani!

Kadang2 aku terpikir. Adilkah kita ini? Tuhan dah bagi kita kemewahan, dah bagi kita cukup sifat, dan bagi kita menumpang kat dunia ni menikmati segala sumber yang ada, kita cuma tahu bersyukur tapi bila suruh ikut peraturannya yang sudah sedia ada, kita x mahu ikut. Makan tau, minum tau, tidur tau, tapi bila suruh buat kerja. Hmmm... awal2 dah angkat bendera putih. Jujurlah... Adilkah kita pada Tuhan?

Aku pun sebenarnya bukan alim sangat. Hidup pun kekadang hu-ha-hu-ha gak. Maklumlah, darah mudalah katakan. Tapi, dalam bab agama ni aku xleh nak bantah sebab sejahat2 aku pun, aku tetap ada tuhan yang kena sembah. Dan luckynya aku adalah kerana tuhan dah tetapkan peraturan untuk manusia cam aku. Dan aku paham bahawa, benda yang boleh diubah tetap tidak akan sesempurna benda yang kekal selamanya. Sama juga dengan hukum manusia dan hukum dari tuhan ni. Yang tetap perfect adalah dari Tuhan dan yang buruk dari manusia sendiri. Jadi, jangan salahkan tuhan jika diri sendiri yang cari penyakit. Elok2 dah ada trek jalan, hangpa dok ikut jalan lain dalam hutan. Kalau sesat, menyusahkan diri sendiri je xpe. Ini karang, x pasal2 org lain pun tumpang susah. Sapa mau jawab nanti....?


Jumaat, 19 Disember 2008

Oh! Menteriku.....



Baru-baru ini aku terima email bergambar yang memaparkan kelakuan anak seorang menteri iaitu menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang terang2an berpoya-poya dengan 'syurga dunia' ciptaannya.

Aku malas nak komen lelebih tapi yelah... dah nama menteri tu maknanya tentulah dah lengkap serba-serbi dalam mengetuai keluarga sendiri sebelum jadi ketua masyarakat kan?

Mungkin anak melayu lain pun ada yang seperti 'mangkuk' yang sekor tu, tapi harus diingat bahawa bila jadi anak menteri, kelakuan kenalah jaga kerana setiap langkah tu bawa sekali nama makbapak. Kena pulak ayah awak tu jenis orang yang 'mulut xde insurans' , hmmm.. lagilah kisah ni jadi sensasi. Ha! Skarang satu dunia sudah tau, camna mau sorok?
Mr Menteri Nazri Aziz, nasihat teman : Jagalah keluarga sendiri dulu dari dok cari kesalahan orang lain. Kalau darah daging sendiri pun xleh nak control, janganlah ada hati nak bertelagah terutama dengan pemimpin2 PAS. Malu aku bila ada menteri taraf camni. Dalam parlimen bukan main lagi bersuara tentang negara, tentang rakyat tapi kat luar, anak dok berpeluk, bercium dengan perempuan berambut karat. Nasib baik jadi menteri tahap kecik jer. Kalau tetiba dok jadi PM nanti? Isk... Minta jauhkan ler............

Inikah gaya menteri yang mengikut cogankata 'Kepimpinan melalui teladan'? Uh! Dah xde makna dah..... Ntah2, 'like father, like son'. Sapa tau?



























Jumaat, 5 Disember 2008

Reformis yang Poyo!

Seperti yang suma sudah maklum bahawa pasukan Gerakan Reformis Rakyat (Reformis) yang diketuai oleh saudara Ramlan Abu Bakar akan mengadakan perhimpunan aman dengan cara berbogel kononnya sebagai bantahan terhadap tuntutan supaya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dikaji semula.

Awal minggu ini, Ramlan dilaporkan berkata, skuad berani bogelnya akan meneruskan bantahan, termasuk mengejar menteri besar Selangor, yang juga ketua perhubungan PKR, di majlis-majlis yang dihadirinya.

Aku susah nak tafsirkan melayu sorang ni, atau lebih sadis kepada suma melayu yang terlibat dalam pertubuhan ini. Kenapalah cetuskan kontroversi yang mengarut dan kelakar sampai camni skali. Kalau nakkan publisiti skalipun janganlah sampai berniat nak berbogel2. Buatlah dgn cara logik sikit atau cara lain yang dipikirkan okey. Orang lain pun ada yg x puashati gak tapi xdelah sampai nak tayang 'anu' kat org lain. Dulu masa kemuncak reformasi dimana melibatkan negara skalipun, x pernah terlintas walma satu habuk pun kaum2 tu berniat nak bukak zip seluar, apalagi kalau nak bertelanjang bulat. Alahai... Statement lu orang para reformis bagai standard manusia yang tak bertamaddun langsung....! Buat malu kaum jer.

Tapi percayalah, bagi aku puak2 reformis ni sebenarnya sekadar 'gempak' jer. Potong jarilah kalau mamat2 dalam tu sanggup nak berdemontrasi bogel. Kalau takat pegang sepanduk dan boo sana, boo sini, aku percayalah tapi yang pasti x lebih dari itu pun. Ingat Malaysia ni xde undang2 ker? Sedangkan perhimpunan aman yang bertertib dan berpakaian pun ramai yang kena hentam, inikan pula perhimpunan bogel. Apa la korang, kalau nak 'kincing' pun janganlah over2 sngt. Karang bila org tuntut secara serius kang, ha! Baru gelabah cam cacing duduk atas cerek panas. Tak buat nanti, bukan main 'poyo' bersuara nak buat. Kalau buat jugak, hmmm.... sanggup ker korang dikelaskan bawah sikit dari darjat lembu? atau monyet? atau siamang?

Dan yang paling kelakar bila pengerusinya akan minta premit polis untuk adakan perhimpunan tersebut. Mak aih.. Nak kata banggang, puak2 tu pun dah tua2 belaka. Polis nak bagi ker bro? Walaupun dah terbukti hangpa tu jenis xde otak tapi pikirkah guna akal skit. Belum minta pun suma dah tahu yang polis mesti x luluskan. Dan dengan itu, korang pun pasti akan kuar statement untuk tangguhkan perhimpunan tersebut sebab x dapat kebenaran polis. Plezla, suma dah ada dalam poketlah brader.

Aku sebenarnya malas nak amik port sangat pasal kes ni. Tapi, hari2 keluar statemnt yang sama, hati ada sikit hangin ler. Kalau beriya2 nak buat gak, xyahlah berapi2 sangat . Buat jer... Barulah org akan respek dan aku sendiri akan 'salute' lu org. Part korang nak kena tahan ker, kena dakwa ker, itu soal no 2. Tapi, ke'berania'an korang pasti akan disebut sampai bila-bila. Ini tak, hari2 kuar statement asyik nak bogel - bogel - bogel. Tapi habuk pun tarak.. Buang masa dan ruang dalam suratkhabar jer. Ke'poyo'an korang buat org menyampah dan menyumpah!

Dan ini sekadar kenyataan aku untuk pertama kali dan terakhir kali khas tentang puak reformis ni. Malas nak amik pusing lagi dah. Dan kepada sesiapa yang beriya2 nak tengok kaum tu berbogel, lupakanlah hajat suci dan mulia tu. Kepada pemerintah negeri, jangan layan kehendak puak reformis ni. Daripada buang masa, lebih baik tumpukan perhatian terhadap tugas mentadbir dan me'rakyat'kan Selangor. Anggaplah cerita dorang tu sekadar cerita donggeng rakyat. Seperti cerita BN yang beriya2 nak rampas Permatang Pauh, sudahnya terkulai macam ikan terpukul dek batang sauh. Baik layan ESPN, ada gak faedahnya.

Jumaat, 7 November 2008

RPK bebas ISA? Apakah ada agenda sebaliknya?

Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini mengisytiharkan bahawa penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.
Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today juga memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta.
Hakim juga memerintahkan Raja Petra dibawa ke mahkamah sebelum 4 petang hari ini sebelum beliau dibebaskan segera.
Penulis blog ditahan polis pada 12 September di suatu tempat yang tidak didedahkan sebelum dibawa ke kem tahanan Kamunting di Taiping pada 23 Sept.

Mungkin ini yg dinamakan hasil dari reformasi sistem keadilan di Malaysia. Jarang sekali kita dengar ada tahanan ISA dibebaskan atas arahan mahkamah terutama jika diera TDM dulu. Mungkin masa tu, hakim yg membuat keputusan terpaksa tanggung risiko samada di 'transfer' atau dinasihatkan ber'sara' awal dgn paksaan.

Pehal pun tahniah pada RPK dan terima kasih kepada PakLah kerana tidak mencampuri urusan kehakiman negara yg semenjak 2menjak ni terserlah ke'lompongan'nya akibat keputusan durjana hakim terdahulu yg terang2 mem'bogel'kan keadilan di Malaysia ini.

Keputusan pembebasan ini juga boleh digunapakai sbg bahan rujukan dimana gomen tidak boleh sewenang2nya menggunakan akta ISA sesukahati 'mak-ayah' dorang selepas ini lagi. Tiada lagi yg mungkin akan hidup merana ditangkap tanpa dibicarakan atau hidup terkurung tanpa ketahui kesalahannya. Semuanya boleh dibawa ke mahkamah dan dibebaskan jika terbukti 'tiada sebab' utk ditahan di bawah ISA lagi.

Tapi, xkan RPK jer yg dibebaskan? Apakah keistimewaan beliau sehingga berjaya dikeluarkan dari perangkap ISA sedangkan masih ada yang dok berjuang bertahun2 tuk tunggu kebebasan mutlak dari gomen? Bagaimana dgn yg lain termasuk 17 tahanan ISA dari Selangor dan beberapa tahanan dari Hindraf yg cukup menanggung penderitaan selama dikurung tanpa bicara ini? Malah ada yg sudah bertahun2 ditahan oleh akta 'rimba' ini. Macamana dgn nasib mereka? Keluarga mereka? Dan anak2 mereka? Siapa mau jawab tu?

Mungkin ini adalah 'permulaan' dari episod pembebasan tahanan ISA yang lain. Mungkin.... Kita doakan sahaja lah.

Dan adakah gomen akan bertindak men'diam'kan diri terhadap keputusan hakim terhadap RPK ini? Atau menyokong kerana hormat keptusan mahkamah? Kalau itulah 'stail'nya, maka tidak mustahil tahanan2 lain pun boleh dibebaskan dgn menggunakan rujukan keputusan diatas. Makna 'tidak mustahil' itu tetap sudah berlaku dgn bukti kebebasan RPK walaupun mungkin dalam masa terdekat ini penulis blog itu akan 'rela' ditahan semula.
Atau, mungkinkah ada sebab 'tersembunyi' disebalik pembebasan tersebut? Mungkin ada 'skrip' yang tersirat atas 'wayang' yg akan dimainkan oleh pihak tertentu. Dan ironinya, pembebasan tersebut berlaku pulak bilamana RPK mungkin akan hadir sebagai saksi dalam kes bela diri 2 ekor 'wayang kulit' terhadap pembunuhan Altantunya yg akan bersidang tidak lama lagi. Kebetulan yang membawa kepada ke'aneha'an terhadap pembebasan tersebut.
Semuanya masih samar-samar. Apakah ada agenda terselindung disebaliknya?Atau adakah ini sebahagian dari konsparasi bagi menjatuhkan DS Najib dari menduduki kerusi empuk presiden bulan March nanti?

Mungkin ini juga adalah 'permulaan' sebuah episod drama yang baru.

Mungkin ya atau mungkin tidak. Jadi, kita saksikanlah apa kesudahannya nanti.



Khamis, 6 November 2008

Ex-gratia atau 'cover-line'?

Kerajaan memberikan ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas serta lima lagi hakim kanan yang ditamatkan perkhidmatan ketika krisis kehakiman 1988. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata kerajaan memutuskan membayar RM5 juta kepada Salleh manakala Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Datuk George Edward Seah Kim, masing-masing mendapat RM2 juta. Tan Sri Mohamed Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh pula masing-masing memperoleh ex-gratia RM500,000.

Aku x persoalkan tentang bakti yg telah dicurahkan oleh hakim2 terbabit sepanjang perkhidmatan mereka sebelum di'pecat' secara ganazz oleh TDM dulu. Jasa mereka dalam menegakkan kebenaran hingga diri sendiri terpaksa di'korban'kan memang patut dibalas dgn sesuatu. Jika diikutkan sejarah iaitu semua ini berlaku ketika Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 yg satu siri peristiwa yang dicetuskan oleh pemilihan (UMNO) pada tahun 1987 yang berakhir dengan penggantungan perkhidmatan dan kemudiannya penyingkiran Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh Perlembagaan Malaysia. Penyingkiran dari jawatannya oleh PM ketika itu, TDM telah diperlihatkan sebagai satu penyekatan terhadap kebebasan kehakiman negara Malaysia yg berdaulat ini.

Walupun sudah 2 dekad berlalu, namun ia xleh dipertikaikan kesahihannya kerana sejarah mana pernah 'lencong dan belok' dari kenyataannya kan?

Yg menjadi persoalannya adalah 'Perlukah bayaran ex-gratia tersebut diberi kepada kelima2 hakim terbabit dgn jumlah yg begitu besar?' Dan jika perlu, kenapakah dgn jumlah yang begitu tinggi sekali hingga hampir mencecah belasan juta hinggit sedangkan mereka ini telah dan masih menerima bayaran pencen (5-6 ribu sebulan)yang berterusan sejak dipecat 20 tahun dahulu?

Bukan nak 'argue' mende tu tetapi dalam keadaan sekarang dimana rakyat masih terhimpit dgn pelbagai masalah kewangan mengundang banyak perasaan x puashati bila mendengar ini story. Kalau bekas2 hakim tersebut tidak menerima apa2 pencen atau bayaran lain sepanjang tempoh penyingkiran, mungkin rakyat akan berasa 'lega dan reda' sedikit dgn pembayaran ex-gratia itu. Mana rasionalnya gomen dalam membuat keputusan tentang ex-gratia ini? Rujukan pada apa dan siapa dan kreateria yg camna menbenarkannya?

Lagi pelik, kenapa bayaran ex-gratia berbeza2 dari setiap hakim yg terbabit. Atas dasar apa? Mak aih.. Banyak betul persoalan kat sini. Lagi pening, bila menteri 'Penjaga Parlimen', Nazri Aziz mengatakan bahawa hakim tersebut bukan dipecat cuma di'tamatkan awal dari perkhidmatan'. X kiralah kalau pecat ker, tamat ker, apa ker, soalnya perlukah pembayaran ex-gratia dgn jumlah yang besar ini diberikan?

RM10.5 juta bukan sikit beb! Mungkin bagi gomen dan KJ, nilai tersebut kat celah gigi jer. Tapi bagi rakyat? Kerja tertunggang tunggeng, sampai lebam biji mata dan naik pangkat berpuluh kalipun belum tentu dapat bau RM1 juta dlm simpanan. Dan nilai tersebut boleh membina hampir 260 rumah kos rendah tuk 260 keluarga yg memerlukan. Diulang! 260 rumah tau!

Aku x salahkah hakim yg menerima ex-gratia tersebut. Org dah bagi, amik je lah kan. Tapi aku cuma tertanya2 soal pemberian tersebut oleh pihak gomen tajaan BN ni yg nilainya bukan kecik anak. Dan kenapa ia tidak dihebahkan sebelum diberi kepada bekas2 hakim terbabit? Nak 'cover' sesuatu ker?

Sepatutnya gomen kena tau punca bekas2 hakim itu dipecat dan cari 'pengarah layar' sebaliknya. Buat dakwaan dan kasi hukum ini orang, bukannya dok jolok dgn imbuhan wang supaya boleh buat hakim2 ni diam. Kita bicara tentang 'Intitusi Kehakiman' yg diletakkan paling atas dalam 'anarki' kedaulatan negara bukannya perihal tentang 'kedai mamak dan teh tarik'. Ingat! Ini bukan perkara remeh-temeh. Hal melibatkan keadilan ni mana ada kompromi bro.

Kesimpulannya, kenapa perlu salahkan pelakon jika filem kurang sambutan? Patutnya, salahkan saja pengarah kerana membuat cerita yg 'ntah apa-apa ntah'. Pengarah ini yang perlu jawab segala2nya.


Dan ini secara x langsung menunjukkan pemerintahan gomen masa zaman TDM dulu telah ter'guris' dek kerana kes ungkitan bekas2 hakim ini. Dan secara x langsung gak membuatkan TDM lebih malu kerana beliaulah 'pengarah' sebenar dalam ini wayang gambar. Tapi, peliknya, masih tiada siapa yg berani bersuara terhadap mantan PM tersebut. Semuanya, suruh rakyat 'sendiri mau ingat!'

Dan kes tersebut turut menunjukkan kelemahan pentadbiran PakLah dlm menyelesaikan perkara yg 'kritikal' ini. Rakyat cuma nak keadilan ditegakkan disebalik kontroversi ini. Selesaikan dgn mencari yg salah dan hadapkan ke mahkamah. Bukan terang2an menutup kes lampau dgn bayaran ex-gratia la, ex-girlfren ker, apa ker.. Ingat duit boleh membeli kepercayaan orang ker?




Orang dah potong 'double-line'. Hangpa pulak dok sibuk2 'cover-line'.






Selasa, 4 November 2008

Sistem tender senyap-senyap


Calon Naib Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Syed Hussein Al-Habshee yang tewas dalam pemilihan parti itu berkata, UMNO perlu berani menerima realiti bahawa berlaku rasuah politik secara 'sistem tender senyap-senyap' di kebanyakan bahagian.
Ketua UMNO Cawangan Kampung Baru itu mendakwa, melalui sistem itu calon-calon yang bertanding akan berlumba-lumba menawarkan suapan dengan jumlah wang tertinggi kepada para perwakilan bagi mendapatkan undi.
Dalam sistem ini, perwakilan akan bertemu dengan calon-calon secara sendirian dan biasanya dia (calon) akan tanya berapa pesaing dia beri. Kalau pesaing bagi RM300, maka calon itu akan beri RM600 kepada seorang perwakilan melalui ejen,'' katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pemimpin politik yang menggunakan ejen atau orang tengah sebagai pelobi dalam kempen pemilihan UMNO Mac depan boleh menyebabkan politik wang berleluasa dalam parti.
Azalina berkata, gejala itu jika tidak dibanteras akan mewujudkan sesuatu yang tidak sihat dalam parti. Baru-baru ini, Syed Hussein tewas dalam pertandingan tiga penjuru untuk merebut jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Pulai apabila hanya meraih 80 undi.
Dakwa beliau, tawar menawar itu akan berterusan dengan jumlah wang yang semakin meningkat seperti 'melelong barang.' Katanya, sistem tender secara senyap itu biasanya akan berlarutan hingga ke malam terakhir sebelum hari pengundian dan ada tawaran yang mencecah RM1,000 seorang.
Beliau berkata, amalan tersebut bukan lagi rahsia kerana berlaku pada hampir semua bahagian di negara ini walaupun ia tidak berani diakui oleh sesetengah pemimpin.
''Ini adalah rahsia terbuka yang berlaku di mana-mana bahagian,'' katanya sambil menyifatkan amalan tersebut perlu dihalang bagi menyelamatkan parti


Inilah realiti yang terjadi pd UMNO sekarang. Xleh nak diselamatkan lagi dah. Mana2 yg nak berjuang secara ikhlas dalam UMNO tu bawak2lah lupakan hajat mulia dan suci tu. UMNO dah rosak dgn rasuah dan suapan. Kalau xde wang besar, jgn harap dpt duduk kerusi empuk dalam UMNO.

Aku pelik bila lihat gelagat org UMNO seluruh Malaysia. Lagi pelik bila tahu yg 'si abang pendek' - Isa Samad cukup kuota bertanding Naib Presiden UMNO nanti. Dan lagi bertambah-tambah-tambah pelik bila Mat Taib turut diundi oleh bahagian bagi calon jawatan Timbalan Presiden. 'Track record' dua2 dah terbukti cacat satu ketika dulu. Dan kenapa perlu calonkan dorang lagi? Nak bagi UMNO lingkup lagi ker?

Aku pasti ini x lari dari politik wang yg digerakkan oleh puak 3P (Pengurus kempen, Pelobi & Peraih undi) masing2. Gerakan bawah tanah inilah yg bagi sogokan 'tanpa bunyi' pd pewakilan supaya undi calon mereka walaupun dah terbukti mempunyai rekod hitam. Apa ada hal! Melayu Mudah Lupa kan? Mudah betul masa depan org melayu dibeli dengan beberapa keping kertas yang 'diperakui oleh nilai' ini.

UMNO dah terbiasa menggunakan 2 cara bg memikat pengundi melayu. Pertama : Wang dan kedua: Isu Ketuanan Melayu (yg hangat baru2 ini). Bagi aku soal yg kedua tu masih belum kukuh dijadikan alasan supaya org melayu sokong UMNO semula kerana kita masih ada pemimpin melayu dalam PAS dan PKR yg masih tegar menyokong hak istimewa org melayu. Camna cara nak buang asas ketuanan pun masih sukar kerana majoriti org melayu xkan menyokong sesekali agenda tersebut. UMNO cuma dpt menakut2kan org melayu dgn hujah yg 'lintang-pukang' ttng isu terbabit dimana tiada dasar teguh menyokongnya selain dari isu PKNS dan isu papan tanda yang dianggap remeh dan masih boleh didefinasikan jauh dari menyentuh tentang ketuanan melayu itu sendiri.

Tetapi isu WANG menjadikan 'gunting dalam lipatan' berlegar dalam rumahtangga UMNO sendiri. Rasuah dan sogokan dah jadi satu fenomena 'kebocoran gas' dimana hanya satu percikan api sahaja sudah cukup meranapkan istana UMNO. Wang juga menyebabkan yg layak mengetuai akan duduk rebah terjunam setelah undi kepunyaannya mudah dijualbeli. Tiada lagi yang benar2 jujur, amanah dan bersih berjuang dalam UMNO selain yang mengaut keuntungan dari kelemahan sistem UMNO itu sendiri. Inilah virus yg 'very2 dangerous' yang akan membawa UMNO ke alam kemusnahan dari kalender politik negara! Bayangkan, dari peringkat tertinggi sampai ke peringkat 'tukang gantung poster' pun akan pantas berkerja jika diberi imbuhan. Kalau x, jgn harap kaum tu nak bergerak seinci barang pun. Suma tu aku dah tengok depan mata tika PRU12 dulu. Ada duit, ada kerja- Perjuangan dah jadi soal nombor dua!

Bahaya dah menanti UMNO! Sepatutnya UMNO dah kena pasang bendera 'terbalik' sebagai simbolik menunjukkan parti itu dalam keadaan kritikal dan perlu diselamatkan. Selagi mende ni berjalar seluruh parti dan urat sarafnya, janganlah dok nak cerita tentang perjuangan lagi. Semua itu dah x berguna ibarat 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri' - Dengar boleh, Percaya? Sori naik lorilah beb!





Ketuanan Melayu-UMNO?

Sebelum ini semasa Karpal Singh mempertikai titah Sultan Perak, Anwarlah yang menjadi penyokong kuat Karpal. Sebab itulah Kapal Karam ni besar kepala. Sebagai balasan semasa kerajaan memberi amaran kepada Uncle Sam kerana menyebelahi Anwar, Kapal Karam pula menyokong Anwar dengan mengatakan yang kerajaan Malaysia tidak ada hak untuk mencampuri hal ehwal Palestin.
Sekarang bila " Zaid Komunis " berkata konsep Ketuanan Melayu adalah satu kegagalan, Anwar tanpa segan silu menyokong kenyataan Zaid Komunis. Mungkin selepas ini Anwar pula berharap Zaid Komunis akan menyokongnya melaung-laungkan Ketuanan Rakyat yang cuba dipeloporinya. Kedua-duanya adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu. Sudahlah orang Melayu cuma tinggal " Kuasa Politik "sahaja, mereka berdua cuba untuk menidakkannya.
Kalau Ketuanan Melayu sudah mula terhakis, apa yang tinggal untuk orang Melayu. Nak mengharapkan pada ekonomi, siapa yang menguasainya. Siapa yang nak menghapuskan DEB kalau bukan Anwar dan koncu-koncunya. Adakah Anwar lupa semasa dia menjadi Menteri Kewangan, segelintir Melayu mana yang telah diperkayakannya? Siapa tidak kenal segelintir "Melayu Kaya" yang lupa daratan ini.
Siapa tidak kenal Kamaruddin Jaafar, Abdul Rahim Ghaus, Azmin Ali, Saifuddin Nasution dan lain-lain lagi. Berapa ramai rakyat miskin yang terbiar di Permatang Pauh. Adakah Anwar perdulikan mereka? Adakah Anwar lupa orang Melayu begitu baik sehingga memberikan kerakyatan Malaysia kepada orang Cina dan India agar mereka dapat hidup aman dan damai di bumi bertuah ini. Apakah balasan mereka kepada kebaikan orang Melayu dahulu.
Sebenarnya sikap Anwar tidak ubah macam seorang penyangak. Cuba menjuarai Ketuanan Rakyat yang sememangnya sudah melukai hati orang Melayu dengan menidakkan Ketuanan Melayu. Anwar cuba untuk memenangi hati Cina dan India tetapi pada masa yang sama menjadi pengkhianat kepada orang Melayu. Tak tahulah apa yang akan terjadi jikalau Anwar menjadi PM. Rasanya orang Melayu akan menjadi pengemis ditanah air mereka sendiri. Ingatlah Anwar , orang Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Sedarlah Anwar. Berpijaklah dibumi yang nyata.

Jangan panik!! Kenyataan ni aku dpt dari salah sorang penyokong Kelab ‘Gerbang Tempur Maya’ iaitu satu kumpulan penyokong UMNO (tapi x suka PakLah) dan condong ke arah me’lebih2’kan Tun Dr Mahathir. Mamat blogger yg diberi nama ‘belantan’ ni bukan main semangat dok mengutuk DSAI ttg kenyataan ketuanan melayunya.

Aku dulu pernah gak ‘gempur’ web ni tapi sejak dah ada blog sendiri dan mungkin byk ‘statement’ aku yg bersifat cili api, maka nama aku pun terus di’gam’ tanpa sebab. Aku juga pernah di’halau’ keluar dari memberi sebarang kenyataan kerana komen aku byk membuat kaum2 kat dalam tu x puashati. Atau dalam kata lain, banyak komen aku yg menentang arus komentar mereka. Biasalah, dah nama forum pun kan? Dah ada hulu, mesti ada hilirnya.

Tapi aku pun bukan kisah sangat pun. Kerana rata2 yg memasuki Kelab ini memang berat sebelah dan x mkn dek saman. Asyik2 nak monang! Bila dah xleh nak jawab, cecepat buang nama dari forum takut ada yg terbaca statement kat dlm pulak. Depa ni sebenarnya jenis yg suka berperang tapi tak suka pegang senapang. Jenis harimau yg menyalak gadang tapi dok terkurung dalam kandang. Jenis takut hadapi kenyataan dan suka mengelamun dgn fantasi buatan fikiran (Pergh.. ayat……)

Berbalik kepada asas ayat yang si belantan tu cuba utara kan. Persoalannya adalah adakah ketuanan melayu benar2 merubah bangsa melayu itu sendiri. Meningkatkan taraf hidup org melayu dan dpt bersaing peringkat tinggi dgn bangsa lain?

Sehingga kini walaupun dah tetapkan ekuiti 30% tuk bumiputra, masih ada balance 14% kuota belum dipenuhi walaupun dah lebih separuh abad Malaysia merdeka. Dan jika diurutkan dgn peningkatan kaum lain dgn melayu, suka x suka bhw melayu sudah ketinggalan jauh dari pelbagai segi terutama ekonomi. Berapa kerat yg mampu bersaing dgn taikun2 cina yg telah lama meungguli carta org terkaya di Malaysia? Tuan pekebende kalau ekuiti pun x sampai separuh dari yg ditetapkan.

DEB pun bukan dpt dinikmati oleh org melayu sepenuhnya. Hanya segelintir kroni & proxi yg tumpang tuah terhadap dasar tersebut. Melayu lain? Terpaksa hidup dgn membiarkan harta rakyat dihentam oleh ‘penyangak’ kerajaan. Kalau ada melayu lain yg nak bersaing, sediakanlah modal yg banyak, kalau x, jgn harap nak sentuh satu sen pun duit kerajaan. Jelas! Yang kaya makin kaya, yg miskin makin miskin. Jadi, mana konsep ‘ketuanan’ disini?

Bagi aku, tiada istilah ketuanan melayu. Tapi lebih pada ‘Ketuanan UMNO’. Kita cuma perlu tahu bahawa sebab tuanlah yg merobohkan tugu UMNO dan rombongan PakLah dari PRU12 dulu. Sebabnya, bila dah jadi tuan, UMNO pikir dia ‘bos’ segala2nya sehingga bersikap bongkak, takbur dan berlagak tahap cipan terhadap rakyat yang terang2an dianggap pengemis di bumi sendiri. Dan ternyata kerana tuanlah rakyat menghukum UMNO secukup rasa sampai nak beriadah dan bercuti pun dah xde masa.

UMNO pikir ia tuan melayu dan segala yang menganggugugat UMNO, otomatik dikatakan mengusik melayu. Sebab itulah puak2 kat dalam ni mati2 perjuangkan ketuanan melayu sbb pikirkan kelangsungan riwayat UMNO sendiri. Kalau PAS boleh dpt sokongan dari umat Islam berlainan bangsa yang lain manakala PR boleh dapat sokongan dari bangsa lain selain melayu. Maka, kalau x dapat sokongan dari bangsa melayu sendiri, dari mana UMNO nak dapat lagi? Sedarilah! inilah politik perkauman paling jijik pernah aku saksikan…….!

UMNO je yg sibuk dgn konsep tersebut dan gunakan sebagai senjata setelah sokongan rakyat hampir2 membawa rebah. Dulu, kenapa xnak pejuang pulak perkara ni? Kenapa sekarang bersikap ‘extremely racist’ terhadap PR sedangkan dlm BN pun dah ada parti bangsa lain bersuara sumbang menuntut yg bukan2 dan mengarut2 belaka. Kenapa dah terduduk, dah terkulai, dah nak mampus, baru terhegeh2 mengatakan bumi Malaysia ni tuan dia Melayu? Apa? Ingat Negara takde perlembagaan ker?

Perlembagaan Malaysia dah tetapkan hak2 istimewa org melayu. Itu memang tidak boleh dinafikan oleh sesapa. Tapi melayu jangan jadi sombong dan bongkak dgn hak tersebut sehingga menyebabkan kaum lain rasa dipinggirkan. Dalam masyarakat majmuk ni, nak xnak kena juga hadap bangsa lain yg mempunyai hak sebagai rakyat. Konsep tolenrasi tu kena ada lah beb! Dan, dalam masa yg sama, melayu x perlu risau dan gelisah tentang hak sendiri sebab perlembagaan yg telah ditetapkan bukan sesenang gitu je nak diubah atau diusik. Dah sekian lama termaktub dan tiada sesiapa yg boleh nafikan. Jadi apa yg perlu melayu takutkan?

Jgn kita taksub sgt dgn ketuanan kita sehingga lupa bhw kita duduk sebumbung dgn org yang makan pakai chopstick dan minum dgn cawan alumunium. Ingatlah! Negara dah maju dan ini bukan zaman penjajah lagi. Tiada kekuatan utk beradu tenaga dan tiada keris utk menentang manusia!









Isnin, 3 November 2008

'Sub' kat rakyat, 'Bagi' kat gomen


Harga minyak turun lagi. Kali ini harga bahan api diturunkan lagi sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel, iaitu penurunan kali ketiga dalam tempoh hampir tiga bulan. Bermakna harga petrol RON97 telah menjadi jatuh ke paras RM2.30 seliter berkuatkusa pd 15/10/08.

Oh! Bagi sesetngah pihak nampaknya telah menjangkakan senario ini. Sumanya berdasarkan harga minyak mentah sedunia yg merundum 'rebah' sehingga ke paras kurang USD100.00 / tong. Kalau diamik kira pada harga dimana pengumuman tersebut disebarkan, harga minyak cuma USD77.70 / tong sahaja. Jadi, pengumuman kali ini tidaklah mengejutkan rakyat, terutamanya golongan kiri yg sentiasa meng'update'kan info pasal minyak ni. Memang 'dah lama dah' tunggu tapi.. hmmm.. xdelah heran sangat pun kan?

Tapi jangan kita lupa bertanya. Adakah dgn penurunan harga minyak ini, rakyat akan menikmati subsidi spt yg diwar2kan? Kalau dilihat fakta melalui kira2 : Jika harga satu tong minyak bersamaan RM77.70 maka harga seliter akan jatuh dalam lingkungan harga ke RM1.76 / liter. Dan jika menjadi kenyataan akan janji gomen pd rakyat, maka harga minyak sepatutnya berada dalam paras RM1.46 / liter (setelah ditolak dgn subsidi RM0.30).

Tetapi lain pulak halnya sekarang. Harga terkini bg seliter minyak adalah RM2.30. Maka, nak xnak kena hadapi logik akal bhw rakyat telah membayar lebih pd harga yg sepatutnya. RM2.30 - RM1.76 bersamaan RM0.54 kita 'bagi' pada gomen utk kegunaan 'koridor ntah apa2 ntah' mereka.

Dan subsidi yg dijanjikan hanya tinggal nama jer. Dimana realitinya gomen sengaja 'sub' kat rakyat untuk ditanggung. Sedar x sedar, kita ter'bagi' sebanyak 33% dari nilai sebenar harga minyak tanpa subsidi. Kalau beli minyak dgn harga RM50.00 bermakna RM16.50 di'zakat'kan untuk PakLah dan org2nya. Dahlah kat Malaysia ni bersepah pelantar minyak, x merasa subsidi pulak pastu kena tanggung lebihan harga. Wow! Orang Malaysia memang mewah! Amerika pun pening kepala nak settlekan hal ekonomi mereka, yg kita seselamber je boleh beli barang pada harga yg lebih mahal dari harga sebenarnya. Otak PakLah dan konco2nya dalam bab menipu tang harga minyak ni 1st class! 'Two Thumb Up!' (ibu jari tau, bukan jari tengah..)

Tapi jgn lupa, rakyat perhatikan apa yg gomen cuba lakukan. 'Information' kan dihujung jari. Ini bukan zaman batu beb! Lepas ni kalau turun tapi x melepasi sekurang2nya paras syiling (iaitu harga tanpa subsidi), jgn nanti tuduh rakyat bongkak kerana x reti berterima kasih pulak. Mana ada org nak ber'thank you- thank you' kalau hak sendiri diragut depan mata. Sudah terang lagi bersuluh, yang lemang dikatakan buluh! Takkan nak diamkan jer kan?
Sekarang is no subsidi! Dah tukar jadi 'sub-bagi'

Alahai......!

Jumaat, 31 Oktober 2008

Razak Baginda terlepas : Siapa 'tok dalang' nya?


Selepas menempuh perbicaraan selama 151 hari, akhirnya Razak Baginda didapati tidak bersalah dan beliau bebas dari tuduhan besubahat membunuh model sensasi Mongolia Cik Altantuya.

Yang diarah membela diri cuma 2 org yang di'upah' utk melaksanakan hukuman 'lutup' pada model berkenaan iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan itu pada pukul 9.54 malam, 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam, 19 Oktober 2006 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Aku xnak komen tentang keputusan hakim, Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin yg memutuskan sedemikian di akhir kes pendakwaan setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap Abdul Razak sebab keputusan dari institusi 'suci' tertinggi negara ini harus dihormati. Bukan senang nak buat satu keputusan yg melibatkan hukuman mati sesenang gitu je kecuali kalau ada bukti yg benar2 kukuh.

Tapi, aku risau gak. Bukan sbb Abd Razak terlepas atau tidak. Tapi, kalau ikut kronologi perbicaraan sebelum ini didapati bhw 2 ekor mamat polis tu cukup bukti berada ditempat kejadian dan membunuh model tu. Kalau ikut logik akal, soalan pertama yg muncul adalah: "Apahal pulak minah tu kena bunuh?" atau ikut citer CSI dipanggil 'motif pembunuhan'. Mana ada org bunuh sesaja jer kan?

Apa motif kedua2 polis tu sampai sanggup menamatkan riwayat nyawa org lain? Yang pasti, ini bukan pasal hal 'Trilogi cinta tiga segi'. Jadi, kalau bukan hal tersebut, mesti ada motif lain yg berkaitan. Dan tup2 nama Razak Baginda tetiba terpancul dan sekaligus dituduh bersubahat membunuh minah tu. Ingat! Bersubahat bukan bermakna membunuh walaupun hukuman tetap sama. Yg menjadi hujah terpenting disini adalah 'tangan' yang sebenar mengambil nyawa Altantunya tu. Itu baru dikira bunuh dan selayaknya dijatuhkan hukuman setimpal walaupun terima arahan dari pihak lain.

Seterusnya bila sudah dpt sipembunuh, pasti polis akan jalankan siasatan. Bila 2 ekor mamat tu dah kantoi dan dibawa ke bilik soalsiasat, maka muncullah nama Razak Baginda yang merupakan sahabat baik dan ber'komisen' Najib Tun Razak yang dikatakan mengarah mereka membunuh model tersebut. Polis Malaysia kalau bab2 soalsiasat ni jgn buat main2 beb. Sampai lubang cacing kaum tu korek dan yg tertutup suma terbuka sesenang gitu jer. Memang x dinafikan kecekapannya dan diiktiraf peringkat antarabangsa. 'World Class PDRM!' (Camna dorang jalankan soalsiasat tu? Paham2 jer lah...)

Kalau xde angin, masakan pokok boleh bergoyang kan? Maknanya mesti ada 'tok dalang' yang bersembunyi dibelakang tabir mengarahkan wayang kulit bernama Azilah dan Sirul melakukan agenda jahat tersebut. Maknanya, mereka di'arah'kan bukan sesaja jer nak biarkan badan minah tu berkecai dengan C4. Kalau Razak Baginda terlepas, siapa yg memandai pulak? Tulah dia persoalan utama kat sini.... Siapa? Siapa? Siapa?

Law kat Malaysia ni byk rujuk kpd keputusan yg dibuat oleh hakim terdahulu. Aku takut ada yg menggunakan kes ini sbg cara tuk lepaskan diri. Takut2 nanti, sampai ada yang bersuara: "Kalau nak membunuh kat Malaysia, arahkan jer org lain buat, nescaya boleh selamat". Parah kalau jadi camtu nanti. Ingat nyawa boleh dibeli ker?

Nyawa bukan mende main2 beb! X kiralah sapa yg membunuh samada 'somebody' atau 'nobody', kalau dah amik keje Tuhan tu, kenalah tanggung hukuman kat dunia kalau bersalah. Dan perkara ni mesti mencabar kredibiliti polis kerana nak cari 'pengarah utama' tu pasti temui jalan berliku. Razak dah x boleh didakwa atas tuduhan yg sama pulak tu. Dlm erti kata lain, kawan tu dah totally bebas dari apa2 pertuduhan yg berkaitan dgn pembunuhan tersebut selama-lamanya kecuali pihak pendakwa membuat rayuan dan itu pun kalau berjaya.


Jadi, kita tunggu episod pembelaan diri dgn akuan bersumpah Azilah dan Sirul nanti. Masa ni mungkin terbongkar siapa 'tok dalang' yang sebenarnya.


Khamis, 30 Oktober 2008

Harga Minyak : Antara subsidi dan si pencuri?


Harga minyak sedunia merundum jatuh ke tahap sehingga lebih kurang USD66 / tong. Dan jika diamik kira melalui matematik mudah (dimana budak darjah 5 pun boleh kira), harga minyak sepatutnya adalah dalam lingkungan RM1.45 seliter (tanpa subsidi dari PakLah dan konco2nya)

Aku cuba generate formulanya disini utk tatapan kekawan semua:
Harga bagi setong minyak : USD66.00 / tong
Isipadu bagi setong minyak : 159 liter / tong
Kadar tukaran wang USD ke RM : USD1.00 = RM3.50
Formula : (USD66.00 x 3.5) /159 liter = RM1.45 seliter**

**Itu cuma berdasarkan harga pasaran dalam lingkungan diatas tetapi harganya mungkin dijangka merundum lagi berdasarkan situasi semasa.


Wow! Minyak sudah manyak murah wooo... Tapi apasal gomen yg dulunya janji nak bagi subsidi berdasarkan harga minyak dunia sebanyak RM0.30 seliter gagal melunaskan janjinya? Kalau benar nak tunjuk 'gentleman', patutnya harga minyak sudah menjadi RM1.15 / liter! Diulang, RM1.15 / liter (setelah ditolak nilai subsidi dari kerajaan). Oh Paklah, mana janji-janjimu?

Sekarang harga minyak RM2.30 seliter. Bermakna kalau ditolak dgn harga 'janji manismu' diatas, kita telah memberi 'sedekah amal jariah' kepada gomen sebanyak RM1.15 seliter lagi iaitu peningkatan sehingga 100%!

Atau dalam erti kata lain, kalau kita beli minyak seliter, kita akan bagi free satu liter lagi pada gomen untuk kegunaan 'mereka dan keluarga mereka'. Atau kalau kita bayar dengan harga RM50.00 tuk isian minyak, kita sebenarnya mempunyai 'hak' untuk membayar pada harga cuma RM25.00 jer bagi isian yg sama. Kalau RM50.00 boleh digunakan tuk kegunaan 3 hari, kita sepatutnya boleh gunakan tuk 6 hari berdasarkan harga sekarang. Apa dah jadi ni? Bak kata boss SDBC : PakLah!! hang tidoq karrr???

Aku pun kurang pasti stail apa yg gomen cuba utarakan dulu. Naik melambung2 pastu janji nak 'reduce'kannya jika harga minyak turun pada masa depan. Malah, turut bagi jaminan utk memberi subsidi RM0.30 berdasarkan harga minyak sedunia. Sekarang keadaan makin kusut. Org sekarang bukan macam dulu lagi dok menung tunggu minyak turun harga 10, 20 sen. Rakyat dah maju dgn segala 'information' diujung jari. Tup-tap-tup-tap, dah tau nilai sebenar. Sekarang bila nak tuntut hak, dok diam mcm siput babi tertelan kapur barus. Dan tuntutan hak tu bukan hanya melihat apa nilai gomen cuba turunkan tetapi berdasarkan fakta kiraan diatas. Kiraan matematik bukan boleh bohong kan? Pusing tang mana pun jawapan tetap sama. Tak taulah kalau pakar gomen kira 1+2 = 8. Parah kalau camni.......!

Now, kita cuba tanya pada pihak berkenaan. Apa kesudahan cerita ni. Kalau dulu inginkan kita tolong negara disebabkan kenaikan melampau minyak dipasaran dunia, kita sudah tunaikan walaupun dgn jangkitan kenaikan harga barang lain yg turut 'gembira' melambung tinggi. Kini, kita inginkan hak sebenar sbg warganegara Malaysia terhadap kata2 indah gomen yg berjanji tuk lunaskannya, plez lah.. amiklah perhatian serius terhadap perkara ni.

Rakyat bukan minta sedekah, bukan minta hak orang lain dan bukan merayu tuk sesuatu yg bukan kepunyaannya. Terang sudah rakyat sudah pasti sepatutnya menikmatinya. Kenapa perlu ditangguh lagi? Takkan nak tunggu sampai me'lotup' baru nak terhegeh2 kurangkan kot?

Kini, subsidi sudah tiada! Zero! Yellek Pucit! Kosong! Nothing at all!

Yang Tinggal? Pencuri yang merompak keistimewaan rakyat! Si keparat yg asyik 'kencing' rakyat sampai berkarat!!!!


Rabu, 29 Oktober 2008

Kontroversi PKNS - Yang Panas, Yg Pedas!


Pergerakan Pemuda Umno Selangor hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak istana bagi mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil perhatian serius terhadap perasaan tidak puas hati berikutan isu pelantikan pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pergerakan itu juga menolak sekeras-kerasnya pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun PKNS Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS selepas tempoh persaraan beliau (Low) dilanjutkan setahun oleh Menteri Besar.

Pemuda Umno Selangor juga menyelar tindakan Abdul Khalid yang didakwa biadap kerana memecah tradisi dan mengetepikan kemampuan orang Melayu menerajui tampuk tertinggi pengurusan dan pentadbiran PKNS yang ditubuhkan sejak 1964.


Hehehe... Kelakarnya. Macam xde mende lain nak dibantah oleh puak2 kat atas ni. Apa yg dibuat oleh kerajaan PR kat Selangor sumanya x betul dari pandangan mata 'kepala lutut' dorang. Mungkin dorang bertndak mengikut perasaan atau mungkin juga dek kerana nak publisiti murahan. Almaklumlah, mgkin dgn cara ini menjadikan dorang antara pemuda melayu yg lantang dan 'gantang' dalam memperjuangkan hak orang melayu. Konon2nyalah....

Bagi aku yang mungkin kaki bisnes kecil2an ni, mesti pandang dari sudut yang berbeza dlm hal perniagaan ni. Matlamat dlm berniaga ni cuma ada satu shaja. Pusinglah tang mana dan larilah ke hujung dunia skali pun, objektifnya tetap satu iaitu: 'Membuat keuntungan semaksima yang termampu'. Dan sebagai Islam, utk mencapainya, hendaklah melalui lunas2 yg dibenarkan atau dlm erti kata lain : 'Matlamat tidak menghalalkan cara'. Contohnya bagi bisnes yang bersifat judi (atau yang ada bau2annya), keuntungan mmg 'world' tapi adakah cara mencapainya bersifat halal? Sbb itu dari pandangan aku, melayu susah nak kejar keuntungan dunia sbb cara itu sendiri yang menyekatnya. Kalaulah (diibaratkan), melayu dibenarkan berjudi (bayangkan...), nescaya GohTong & Vincent Tan pasti x tercium bau kekayaan dan kemewahan. Genting bukan cina yang punya dan kedai magnum, toto, kuda, pasti yang jaga kaunternya org melayu. Aci potong jari pun aku boleh bayangkan mende ni pasti berlaku! Sebab melayu la katakan.....

Tapi ada bisnes lain yg boleh jana keuntungan (yg dibenarkan oleh Islam), bagi menjana profit yg tinggi. Dalam penubuhan syarikat, menjaga kepentingan pemegang saham adalah matlamat kedua penting selepas matlamat menjana keuntungan tadi kerana disebabkan mereka inilah yg memberi modal utk kelangsungan perniagaan. Dan dilantik pula pengarah urusan (MD) bagi menjalankan urusniaga harian syarikat. MD inilah yg bertanggungjwb jika terjadi sesuatu kepada syarikat. Pun begitu, tempoh kuasa MD tertakluk kepada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yg akan dilakukan dgn kehadiran shareholders dan director yang lain setiap tahun bagi membincangkan prestasi beliau. Kalu ok, boleh kasi terus, kalau x, sendiri mau ingat! Kasi ganti sama org lain. Abih citer!

Dlm hal PKNS ni, aku x nampak mana hal silapnya. Madam Low yg dilantik sbg pemangku pengurus besar hanya sekadar jawatan lantikan atas paper dimana beliau pasti terikat dgn peraturan dan gerak kerja yg digariskan oleh org atasan. Suma itu bagi merencanakan kebaikan PKNS itu sendiri. Bukan sekadar suka2 lantik dan perjudikan utk bangsa lain. Lagipun tempoh beliau memegang jawatan sekadar utk satu tawoon jer... Abih kontrak, kalau ok, mgkn leh sambung asalkan tidak lari dari matlamat asal. Apa ada hal beb!

Aku kalau MB nak handover saham PKNS ke bangsa lain, memang aku x setuju langsung sbb dah ganggu gugat kepentingan umat melayu. Tapi, sekadar lantik utk mengurus bagi mencapai matlamat asal, aku sokong sesangat sbb kuasanya hanya terhad kepada beberapa perkara shj dan segala urusan dibawahnya akan di'monitor' oleh PKNS. Jadi, apa yg perlu mamat2 tu takutkan?

Cuba buka minda tu luas2 skit. Dalam bab mengurus ni, cuba jgn pandang siapa org tu. Yg penting, dia boleh memastikan keuntungan pd syarikat. Melayu pun bukan suma baik2 pun. Aku sendiri dah byk kali kena 'kencing' dgn bangsa sendiri. Mgkin sbb org akn kata aku 'bodoh' sbb kena main tapi jgn lupa yg ' pandai' menipu & 'menggoreng' bangsa tu gak kan? MB mungkin dah jelik dgn kerugian yg ditanggung oleh PKNS sblm ini yg diuruskan oleh 'bapak2' melayu. Asyik rugi jer... bisnes apa ke mende camni?

Patutnya puak2 pemuda harapan bangsa tu jgn terlalu taksub dgn 'ketuanan melayu' sampai jumud bab2 yg lain. Byk lagi perkara penting yg boleh dibawa ketengah. Kalau berani, pergilah jumpa PakLah dan antar memorandum membantah penamatan kontrak 50,000 org kakitangan awam yg rata2nya org melayu. Ini lagi isu penting dan genting. Kalau benar2 terjadi, apa dorang nak makan nanti?

Jgn sebab nak tunjuk garang, lupa yang sebenarnya diri tu nak diparang!