Harga minyak sedunia merundum jatuh ke tahap sehingga lebih kurang USD66 / tong. Dan jika diamik kira melalui matematik mudah (dimana budak darjah 5 pun boleh kira), harga minyak sepatutnya adalah dalam lingkungan RM1.45 seliter (tanpa subsidi dari PakLah dan konco2nya)
Aku cuba generate formulanya disini utk tatapan kekawan semua:
Harga bagi setong minyak : USD66.00 / tong
Isipadu bagi setong minyak : 159 liter / tong
Kadar tukaran wang USD ke RM : USD1.00 = RM3.50
Formula : (USD66.00 x 3.5) /159 liter = RM1.45 seliter**
**Itu cuma berdasarkan harga pasaran dalam lingkungan diatas tetapi harganya mungkin dijangka merundum lagi berdasarkan situasi semasa.
Wow! Minyak sudah manyak murah wooo... Tapi apasal gomen yg dulunya janji nak bagi subsidi berdasarkan harga minyak dunia sebanyak RM0.30 seliter gagal melunaskan janjinya? Kalau benar nak tunjuk 'gentleman', patutnya harga minyak sudah menjadi RM1.15 / liter! Diulang, RM1.15 / liter (setelah ditolak nilai subsidi dari kerajaan). Oh Paklah, mana janji-janjimu?
Sekarang harga minyak RM2.30 seliter. Bermakna kalau ditolak dgn harga 'janji manismu' diatas, kita telah memberi 'sedekah amal jariah' kepada gomen sebanyak RM1.15 seliter lagi iaitu peningkatan sehingga 100%!
Atau dalam erti kata lain, kalau kita beli minyak seliter, kita akan bagi free satu liter lagi pada gomen untuk kegunaan 'mereka dan keluarga mereka'. Atau kalau kita bayar
dengan harga RM50.00 tuk isian minyak, kita sebenarnya mempunyai 'hak' untuk membayar pada harga cuma RM25.00 jer bagi isian yg sama. Kalau RM50.00 boleh digunakan tuk kegunaan 3 hari, kita sepatutnya boleh gunakan tuk 6 hari berdasarkan harga sekarang. Apa dah jadi ni? Bak kata boss SDBC : PakLah!! hang tidoq karrr???
Aku pun kurang pasti stail apa yg gomen cuba utarakan dulu. Naik melambung2 pastu janji nak 'reduce'kannya jika harga minyak turun pada masa depan. Malah, turut bagi jaminan utk memberi subsidi RM0.30 berdasarkan harga minyak sedunia. Sekarang keadaan makin kusut. Org sekarang bukan macam dulu lagi dok menung tunggu minyak turun harga 10, 20 sen. Rakyat dah maju dgn segala 'information' diujung jari. Tup-tap-tup-tap, dah tau nilai sebenar. Sekarang bila nak tuntut hak, dok diam mcm siput babi tertelan kapur barus. Dan tuntutan hak tu bukan hanya melihat apa nilai gomen cuba turunkan tetapi berdasarkan fakta kiraan diatas. Kiraan matematik bukan boleh bohong kan? Pusing tang mana pun jawapan tetap sama. Tak taulah kalau pakar gomen kira 1+2 = 8. Parah kalau camni.......!
Now, kita cuba tanya pada pihak berkenaan. Apa kesudahan cerita ni. Kalau dulu inginkan kita tolong negara disebabkan kenaikan melampau minyak dipasaran dunia, kita sudah tunaikan walaupun dgn jangkitan kenaikan harga barang lain yg turut 'gembira' melambung tinggi. Kini, kita inginkan hak sebenar sbg warganegara Malaysia terhadap kata2 indah gomen yg berjanji tuk lunaskannya, plez lah.. amiklah perhatian serius terhadap perkara ni.
Rakyat bukan minta sedekah, bukan minta hak orang lain dan bukan merayu tuk sesuatu yg bukan kepunyaannya. Terang sudah rakyat sudah pasti sepatutnya menikmatinya. Kenapa perlu ditangguh lagi? Takkan nak tunggu sampai me'lotup' baru nak terhegeh2 kurangkan kot?
Kini, subsidi sudah tiada! Zero! Yellek Pucit! Kosong! Nothing at all!
Yang Tinggal? Pencuri yang merompak keistimewaan rakyat! Si keparat yg asyik 'kencing' rakyat sampai berkarat!!!!