Rabu, 29 Oktober 2008

'Bertuahnya' Tun!


Tun ialah anugerah gelaran tertinggi di Malaysia yang hanya boleh dikurniakan oleh Yang Di Pertuan Agong yang setaraf dengan gelaran "Lord" di United Kingdom.

Penerima anugerah ini akan menerima Darjah Seri Maharaja Mangku Negara
(SMN) atau Darjah Seri Seta Mahkota (SSM). Penerima kedua-dua anugerah tersebut membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.

Anugerah ini dihadkan hanya kepada 25 orang penerima sahaja. - diulang - 25 orang sahaja! Kalau sesapa yg pasang hajat nakkan gelaran tersebut, terpaksa tunggu salah sorang jadi 'arwah' baru boleh pasang angan2. Bukan senang oooo nak bergelar Tun ni.

Kelebihannya? Mereka diberi kekebalan terutama dari segi perundangan. Mereka tidak boleh didakwa di mahkamah terhadap kesalahan yang dilakukan pada masa lepas. Sesiapa yg mendapat gelaran tersebut amat2 bertuah kerana gelaran tersebut membawa seribu makna pada sesiapa yg mendaptnya. Malah 'Perisai hikmat' yg diterima dari YDP Agong benar2 menjadikan mereka 'somebody' yg disanjung tanpa boleh diusik oleh mana2 pihak. Dan penerima anugerah tersebut sememangnya antara manusia yang amat2 layak memakainya.

Antaranya penerimanya adalah mantan PM kita, Tun Dr Mahathir (TDM).
Tidak dinafikan, TDM mendapat anugerah tersebut kerana jasa beliau selama menerajui M'sia menjadi negara yang disegani diperingkat antarabangsa. Tetapi pemerintahan ala2 diktator beliau selama 22 tahun dgn menjadi kepala kerajaan membuatkan beliau bukan disegani tetapi ditakuti oleh musuh sekeliling. Sesiapa yg berbeza pandangan dgnnya, akan rasailah langkah 'pancungan' dari beliau. Hal ini telah terbukti dari zaman KuLi, Musa Hitam malah DSAI sendiri. Mereka2 ini menjadi mangsa2 kerakusan TDM dalam merencanakan agenda tersendiri. Sejarah tidak pernah menipu kita, cuma kekadang 'Melayu Mudah Lupa' dgn apa yang telah terjadi.

TDM cukup lantang dalam bersuara, malah selepas meletakkan jawatan pun, beliau masih tetap dengan suara sindiran yang tajam memprotes kerajaan yang sedia ada pimpinan PakLah sehingga menjadi antara faktor besar kekalahan BN dalam PRU12 yang lepas. Dalam hal ini, TDM telah mencetuskan fenomena 'Dilemma Melayu' iaitu perpecahan antara 2 puak iaitu satu menyokong dan satu pihak lagi menentang PakLah. Dan beliaulah yang mencetuskan rasa benci umat manusia kepada BN khususnya UMNO sehingga tertumbangnya 5 negeri diamikalih PR.

Kenapakah begitu berani TDM bersuara? Adakah kerana gelaran Tun yang diterima membuatkan beliau tidak gentar dgn halangan dihadapan? Atau mungkinkah beliau benar2 tidak puashati dgn cara pentadbiran PakLah? Atau mungkin kerana ingin mengingatkan semua orang bahawa suara beliau tetap berguna dlm mempengaruhi perjalanan negara selepas persaraannya?

Percaya x jika masa PRU12 dulu, jika TDM bertindak menyokong PakLah dan BN dgn sepenuh jiwaraga, maka tidak mustahil BN akan menang besar dan bukannya 'malu besar' spt sekarang ini. Rata2 pengikut TDM masih ramai yg menyokong beliau secara diam2 walaupun dok membatu takut nak bersuara dek kerana bimbang periuk nasi terjejas atau risaukan perut yang akan tetiba kempis diteranjang oleh puak2 UMNO sendiri. Biasalah, sapa yg sanggup dok pertaruhkan cita2 politik sendiri kan? Contoh terdekat bila TDM letakkan jawatan dalam UMNO. Berapa keratlah yang follow org tua tu kuar sekali? Boleh dikira dgn jari dan boleh dihitung dengan lidi. Inilah politik melayu.........


Berbalik kepada tajuk asal tadi, kenapakah TDM mendapat gelaran Tun sebaik selepas persaraannya? Mungkin beliau risau segala yang dilakukan dulu di'korek' semula oleh pihak lain dan seterusnya mengaibkan beliau ke mahkamah. Atau mungkin juga kerana kerana beliau ingin terus kebal bila bersuara lantang mengutuk kerajaan pimpinan UMNO dan orang akan lupakan sejarah pentadbiran kuku besinya satu ketika dahulu.

Usah risau Tun. Spt yang Tun war2kan sebelum ini : 'Melayu Mudah Lupa'. Buatlah apa yg Tun rasakan sesuai selagi umur masih dipanjangkan, selagi hayat tiada sempadan dan selagi tubuh belum dikapankan.



Buatlah................