Selasa, 14 Oktober 2008
Bermaknakah harga petrol turun lagi?
Harga petrol dan diesel dikurangkan antara 10 sen hingga 20 sen berkuatkuasa hari ini.Bagi petrol RON92, ia dikurangkan 10 sen menjadikannya harganya kini RM2.20 seliter berbanding RM2.30 seliter, harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, manakala diesel pula dikurangkan 20 sen seliter kepada RM2.20 seliter berbanding RM2.40 sebelum ini.Itu penurunan kali ketiga yang dilakukan kerajaan selepas menurunkan harga petrol dan diesel pada 23 Ogos dan 24 September lalu.Dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini, semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata keputusan menyegerakan penurunan harga runcit bahan api itu bagi membolehkan orang ramai menikmatinya lebih awal. - Sumber Harian Metro
Aku xnak komen lelebih sgt pasal bab minyak ni. Memang bagus kalau turun sampai ke tahap lama balik. Dlm hal ni mmg aku sokong gomen. Minyak tu beb! Effect mmg banyak. Kalau dulu aku isi minyak dalam RM120.00 penuh, skarang dah boleh jimat berpuluh2 ringgit. Lepaslah buat beli susu anak ye tak?
Kelemahan manusia adalah x pernah puas dgn apa yg ada. Bagilah sebukit emas pun kalau dah ada sifat tamak tu, mau cari segunung emas yg lain. Dalam bab minyak ni aku xleh kata yg aku x puas hati. Cara PakLah dan konco2nya menurunkan harga mmg bagus dan sebgai manusia seharusnya aku kena bersyukur. Dgn rasa rendah diri, aku ucapkan terima kasih pada PakLah sbb paham (atau konon2nya paham) dgn masalah rakyat.
Yg jadi masalah problem skarang, bila minyak turun, harga barang kat pasaran masih lembab cam siput nak turun balik dari dahan pokok. Dulu barangan dapur masa minyak naik mencanak, bajet naik 30% sebulan. Walaupun dah dua kali minyak turun harga pun, bajet masih maintain tang tu gak. Maknanya, penurunan harga minyak masih x mampu memberikn sebarg kesan pada harga barang kat pasaran. Dalam bab ini yang buat aku ralat sesangat! Mana pegi anggota pemantauan harga gomen dalam bab ini? Takat minyak je turun tapi yang lain masih kekal graf harganya. Uh! Buat buang karan jer.... Turun sehinggit seliter pun belum tentu rakyat leh survive... Minyak bukan boleh proses jadi santan buat gulai!
Ingat! Ini bukan bererti aku x bersyukur. Sbg rakyat, aku nak hidup cukup sekadar boleh bayar hitu, bayar hini dan ada balance skit buat simpanan. Gaji ciput je bro. Tapi kalau dah situasi still camni. Silap2, mau simpanan pun turut lebur skali buat cover overbajet setiap bulan. Masak kalau camni selalu beb!
Patutnya Paklah jgn naikkan minyak giler2 masa mula2 dulu. Org giler pun boleh berfikir kalau minyak naik, brg lain pun 'tumpang gembira' naik skali. Kalau dah xleh cover sgt (dimana org cam aku pun paham), naikkanlah sedikit2 dan pantau cara serius harga barang kat pasaran. Bukannya naikkn mencanak2, pastu turun sikit2 cam skarang. Ingat minyak tu sama harga dengan beras ker? Hang takpalah, nasi pun orang tolong suapkan!!
Rakyat? Nak buat macamana? Makan Loti loooooo..........
Jadi, soalannya, bermaknakah harga petrol turun lagi?
Lu pikirlah sendiri!!!!