Exconya, Datuk Idris Haron berkata kenyataan Khairy sebelum ini bukanlah menafikan hak biasiswa kaum lain tetapi mahukan kuota biasiswa bagi Melayu dan bumiputera tidak dikurangkan selari dengan pertambahan hak biasiswa bukan Melayu.
Menurut beliau, gesaan tersebut mencerminkan Pemuda MCA tidak mempunyai modal dalam usaha meraih kembali sokongan kaum Cina di negara ini selepas pilihan raya umum Mac lalu.
Kata beliau lagi, jika Pemuda MCA berjaya memenangi kembali kerusi-kerusi yang dirampas oleh DAP di bandar-bandar besar, barulah suara mereka boleh diterima.
Berhubung isu yang sama, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria pula menyifatkan tindakan Pemuda MCA Perak itu sebagai contoh parti komponen yang mahu membuli UMNO terutama selepas pilihan raya 8 Mac lalu.
Bagi beliau, suara pemimpin kecil itu yang mahu menjadi wira bagi kaum Tionghua tidak perlu diberikan perhatian. Pergerakan Pemuda MCA Sabtu lalu meluluskan usul meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap segelintir pemimpin politik Melayu yang berfikiran sempit dan tidak menunjukkan perasaan hormat kepada kaum lain.
Menurut usul itu, tindakan pemimpin berkenaan seperti Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yang mendakwa bukan bumiputera telah mengambil kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bumiputera adalah bercanggah dengan keputusan kerajaan dan bersifat perkauman. - Sumber umno-online.com
Hahahaha..... Inilah dia suara dari puak UMNO. Kalau bab orang sendiri yang nak dikenakan, bukan main lagi pertahankan tapi kalau puak pembangkang (atau kerajaan PR) buat hal skit, alamat terus sokong kalau di 'ISA' kan tanpa usul periksa perlu atau tidak. Mungkin inilah dia yang dikatakan 'keadilan' oleh puak mereka padahal kaum tu cuma usulkan jer, belum tentu diluluskan. Baru camtu, dah melenting macam dunia nak kiamat!
Ini secara x langsung menunjukkan bahawa UMNO telah menyalahgunakan ISA itu sendiri. Bagi dorang ISA hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja dan sesuai hanya dikenakan pada puak yg x sehaluan dengan mereka. Walaupun ancaman kurang terhadap isu keselamatan - spt isu YB Theresa Kok, mereka mendabik dada tanda setuju dgn keputusan kerajaan BN padahal apalah sangat yang YB tu buat sampai terpaksa dikurung dan diberi makan 'baik sedikit' dari makanan anjing.
Come on la bro! Jgn jadi pengikut yg dicucuk idung jer. Sepatutnya korang sbg bakal pemimpin negara (mudah2an lah...), turut sama menentang undang2 rimba camni. Atau mungkin buat kajian sikit samada ISA ini sesuai digunakan untuk apa dan pada siapa. Bukan kerana hal politik, atau digunakan semata2 kerana ia menggugat kedududukan korang atau pemimpin korang. Jangan esok bila dah terkena batang hidung sendiri, baru nak kata mende ni kejam..... Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat!!!
Sebab itu ramai pihak menentang undang2 yahudi ni. Baik PR maupun NGO2 yang lain. Sbb undang2 ni terlalu kejam sesangat. Xde ruang nak membela diri langsung, tup2 dah kantoi duk kat Kemunting. Abih, anakbini dorang sapa nak tanggung? X kesian ker dgn bebudak tu? Yealah.. Mcm aku katakan tadi, x kena batang hidung sendiri kan......
Aku dari dulu mmg cukup anti dgn ISA ni. Kalau betul salah, dakwalah kat mahkamah. Manusia pun ada hak nak pertahankan pendirian masing2. Baru nak tegakkan ruang kebenaran, dah kena pancung sumbat kat dalam. No court, No Lawyer, No witness.... Adil ke tu??
Mansuhkanlah ISA tu. Atau buat lain punya undang2 yang sedikit sama dgn ISA tapi dgn syarat adil bagi kedua2 belah pihak. Macamana Malaysia nak capai tahap negara maju camni kalau undang2 pun ikut cara yang x bertamaddun? Kita ada KLCC, Airport canggih KLIA, LRT, monorel, litar F1, tapi sbb ada ISA ni, hilang rasa hormat orang luar kat kita. Hidup kat bandar tapi undang2 ikut peraturan hutan belantara..... Malu ooooo......
Ah! Malaslah nak pikir lagi...............