Calon Naib Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Syed Hussein Al-Habshee yang tewas dalam pemilihan parti itu berkata, UMNO perlu berani menerima realiti bahawa berlaku rasuah politik secara 'sistem tender senyap-senyap' di kebanyakan bahagian.
Ketua UMNO Cawangan Kampung Baru itu mendakwa, melalui sistem itu calon-calon yang bertanding akan berlumba-lumba menawarkan suapan dengan jumlah wang tertinggi kepada para perwakilan bagi mendapatkan undi.
Dalam sistem ini, perwakilan akan bertemu dengan calon-calon secara sendirian dan biasanya dia (calon) akan tanya berapa pesaing dia beri. Kalau pesaing bagi RM300, maka calon itu akan beri RM600 kepada seorang perwakilan melalui ejen,'' katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pemimpin politik yang menggunakan ejen atau orang tengah sebagai pelobi dalam kempen pemilihan UMNO Mac depan boleh menyebabkan politik wang berleluasa dalam parti.
Azalina berkata, gejala itu jika tidak dibanteras akan mewujudkan sesuatu yang tidak sihat dalam parti. Baru-baru ini, Syed Hussein tewas dalam pertandingan tiga penjuru untuk merebut jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Pulai apabila hanya meraih 80 undi.
Dakwa beliau, tawar menawar itu akan berterusan dengan jumlah wang yang semakin meningkat seperti 'melelong barang.' Katanya, sistem tender secara senyap itu biasanya akan berlarutan hingga ke malam terakhir sebelum hari pengundian dan ada tawaran yang mencecah RM1,000 seorang.
Beliau berkata, amalan tersebut bukan lagi rahsia kerana berlaku pada hampir semua bahagian di negara ini walaupun ia tidak berani diakui oleh sesetengah pemimpin.
''Ini adalah rahsia terbuka yang berlaku di mana-mana bahagian,'' katanya sambil menyifatkan amalan tersebut perlu dihalang bagi menyelamatkan parti
Dakwa beliau, tawar menawar itu akan berterusan dengan jumlah wang yang semakin meningkat seperti 'melelong barang.' Katanya, sistem tender secara senyap itu biasanya akan berlarutan hingga ke malam terakhir sebelum hari pengundian dan ada tawaran yang mencecah RM1,000 seorang.
Beliau berkata, amalan tersebut bukan lagi rahsia kerana berlaku pada hampir semua bahagian di negara ini walaupun ia tidak berani diakui oleh sesetengah pemimpin.
''Ini adalah rahsia terbuka yang berlaku di mana-mana bahagian,'' katanya sambil menyifatkan amalan tersebut perlu dihalang bagi menyelamatkan parti
Inilah realiti yang terjadi pd UMNO sekarang. Xleh nak diselamatkan lagi dah. Mana2 yg nak berjuang secara ikhlas dalam UMNO tu bawak2lah lupakan hajat mulia dan suci tu. UMNO dah rosak dgn rasuah dan suapan. Kalau xde wang besar, jgn harap dpt duduk kerusi empuk dalam UMNO.
Aku pelik bila lihat gelagat org UMNO seluruh Malaysia. Lagi pelik bila tahu yg 'si abang pendek' - Isa Samad cukup kuota bertanding Naib Presiden UMNO nanti. Dan lagi bertambah-tambah-tambah pelik bila Mat Taib turut diundi oleh bahagian bagi calon jawatan Timbalan Presiden. 'Track record' dua2 dah terbukti cacat satu ketika dulu. Dan kenapa perlu calonkan dorang lagi? Nak bagi UMNO lingkup lagi ker?
Aku pasti ini x lari dari politik wang yg digerakkan oleh puak 3P (Pengurus kempen, Pelobi & Peraih undi) masing2. Gerakan bawah tanah inilah yg bagi sogokan 'tanpa bunyi' pd pewakilan supaya undi calon mereka walaupun dah terbukti mempunyai rekod hitam. Apa ada hal! Melayu Mudah Lupa kan? Mudah betul masa depan org melayu dibeli dengan beberapa keping kertas yang 'diperakui oleh nilai' ini.
UMNO dah terbiasa menggunakan 2 cara bg memikat pengundi melayu. Pertama : Wang dan kedua: Isu Ketuanan Melayu (yg hangat baru2 ini). Bagi aku soal yg kedua tu masih belum kukuh dijadikan alasan supaya org melayu sokong UMNO semula kerana kita masih ada pemimpin melayu dalam PAS dan PKR yg masih tegar menyokong hak istimewa org melayu. Camna cara nak buang asas ketuanan pun masih sukar kerana majoriti org melayu xkan menyokong sesekali agenda tersebut. UMNO cuma dpt menakut2kan org melayu dgn hujah yg 'lintang-pukang' ttng isu terbabit dimana tiada dasar teguh menyokongnya selain dari isu PKNS dan isu papan tanda yang dianggap remeh dan masih boleh didefinasikan jauh dari menyentuh tentang ketuanan melayu itu sendiri.
Tetapi isu WANG menjadikan 'gunting dalam lipatan' berlegar dalam rumahtangga UMNO sendiri. Rasuah dan sogokan dah jadi satu fenomena 'kebocoran gas' dimana hanya satu percikan api sahaja sudah cukup meranapkan istana UMNO. Wang juga menyebabkan yg layak mengetuai akan duduk rebah terjunam setelah undi kepunyaannya mudah dijualbeli. Tiada lagi yang benar2 jujur, amanah dan bersih berjuang dalam UMNO selain yang mengaut keuntungan dari kelemahan sistem UMNO itu sendiri. Inilah virus yg 'very2 dangerous' yang akan membawa UMNO ke alam kemusnahan dari kalender politik negara! Bayangkan, dari peringkat tertinggi sampai ke peringkat 'tukang gantung poster' pun akan pantas berkerja jika diberi imbuhan. Kalau x, jgn harap kaum tu nak bergerak seinci barang pun. Suma tu aku dah tengok depan mata tika PRU12 dulu. Ada duit, ada kerja- Perjuangan dah jadi soal nombor dua!
Bahaya dah menanti UMNO! Sepatutnya UMNO dah kena pasang bendera 'terbalik' sebagai simbolik menunjukkan parti itu dalam keadaan kritikal dan perlu diselamatkan. Selagi mende ni berjalar seluruh parti dan urat sarafnya, janganlah dok nak cerita tentang perjuangan lagi. Semua itu dah x berguna ibarat 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri' - Dengar boleh, Percaya? Sori naik lorilah beb!