Khamis, 6 November 2008

Ex-gratia atau 'cover-line'?

Kerajaan memberikan ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas serta lima lagi hakim kanan yang ditamatkan perkhidmatan ketika krisis kehakiman 1988. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata kerajaan memutuskan membayar RM5 juta kepada Salleh manakala Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Datuk George Edward Seah Kim, masing-masing mendapat RM2 juta. Tan Sri Mohamed Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh pula masing-masing memperoleh ex-gratia RM500,000.

Aku x persoalkan tentang bakti yg telah dicurahkan oleh hakim2 terbabit sepanjang perkhidmatan mereka sebelum di'pecat' secara ganazz oleh TDM dulu. Jasa mereka dalam menegakkan kebenaran hingga diri sendiri terpaksa di'korban'kan memang patut dibalas dgn sesuatu. Jika diikutkan sejarah iaitu semua ini berlaku ketika Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 yg satu siri peristiwa yang dicetuskan oleh pemilihan (UMNO) pada tahun 1987 yang berakhir dengan penggantungan perkhidmatan dan kemudiannya penyingkiran Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh Perlembagaan Malaysia. Penyingkiran dari jawatannya oleh PM ketika itu, TDM telah diperlihatkan sebagai satu penyekatan terhadap kebebasan kehakiman negara Malaysia yg berdaulat ini.

Walupun sudah 2 dekad berlalu, namun ia xleh dipertikaikan kesahihannya kerana sejarah mana pernah 'lencong dan belok' dari kenyataannya kan?

Yg menjadi persoalannya adalah 'Perlukah bayaran ex-gratia tersebut diberi kepada kelima2 hakim terbabit dgn jumlah yg begitu besar?' Dan jika perlu, kenapakah dgn jumlah yang begitu tinggi sekali hingga hampir mencecah belasan juta hinggit sedangkan mereka ini telah dan masih menerima bayaran pencen (5-6 ribu sebulan)yang berterusan sejak dipecat 20 tahun dahulu?

Bukan nak 'argue' mende tu tetapi dalam keadaan sekarang dimana rakyat masih terhimpit dgn pelbagai masalah kewangan mengundang banyak perasaan x puashati bila mendengar ini story. Kalau bekas2 hakim tersebut tidak menerima apa2 pencen atau bayaran lain sepanjang tempoh penyingkiran, mungkin rakyat akan berasa 'lega dan reda' sedikit dgn pembayaran ex-gratia itu. Mana rasionalnya gomen dalam membuat keputusan tentang ex-gratia ini? Rujukan pada apa dan siapa dan kreateria yg camna menbenarkannya?

Lagi pelik, kenapa bayaran ex-gratia berbeza2 dari setiap hakim yg terbabit. Atas dasar apa? Mak aih.. Banyak betul persoalan kat sini. Lagi pening, bila menteri 'Penjaga Parlimen', Nazri Aziz mengatakan bahawa hakim tersebut bukan dipecat cuma di'tamatkan awal dari perkhidmatan'. X kiralah kalau pecat ker, tamat ker, apa ker, soalnya perlukah pembayaran ex-gratia dgn jumlah yang besar ini diberikan?

RM10.5 juta bukan sikit beb! Mungkin bagi gomen dan KJ, nilai tersebut kat celah gigi jer. Tapi bagi rakyat? Kerja tertunggang tunggeng, sampai lebam biji mata dan naik pangkat berpuluh kalipun belum tentu dapat bau RM1 juta dlm simpanan. Dan nilai tersebut boleh membina hampir 260 rumah kos rendah tuk 260 keluarga yg memerlukan. Diulang! 260 rumah tau!

Aku x salahkah hakim yg menerima ex-gratia tersebut. Org dah bagi, amik je lah kan. Tapi aku cuma tertanya2 soal pemberian tersebut oleh pihak gomen tajaan BN ni yg nilainya bukan kecik anak. Dan kenapa ia tidak dihebahkan sebelum diberi kepada bekas2 hakim terbabit? Nak 'cover' sesuatu ker?

Sepatutnya gomen kena tau punca bekas2 hakim itu dipecat dan cari 'pengarah layar' sebaliknya. Buat dakwaan dan kasi hukum ini orang, bukannya dok jolok dgn imbuhan wang supaya boleh buat hakim2 ni diam. Kita bicara tentang 'Intitusi Kehakiman' yg diletakkan paling atas dalam 'anarki' kedaulatan negara bukannya perihal tentang 'kedai mamak dan teh tarik'. Ingat! Ini bukan perkara remeh-temeh. Hal melibatkan keadilan ni mana ada kompromi bro.

Kesimpulannya, kenapa perlu salahkan pelakon jika filem kurang sambutan? Patutnya, salahkan saja pengarah kerana membuat cerita yg 'ntah apa-apa ntah'. Pengarah ini yang perlu jawab segala2nya.


Dan ini secara x langsung menunjukkan pemerintahan gomen masa zaman TDM dulu telah ter'guris' dek kerana kes ungkitan bekas2 hakim ini. Dan secara x langsung gak membuatkan TDM lebih malu kerana beliaulah 'pengarah' sebenar dalam ini wayang gambar. Tapi, peliknya, masih tiada siapa yg berani bersuara terhadap mantan PM tersebut. Semuanya, suruh rakyat 'sendiri mau ingat!'

Dan kes tersebut turut menunjukkan kelemahan pentadbiran PakLah dlm menyelesaikan perkara yg 'kritikal' ini. Rakyat cuma nak keadilan ditegakkan disebalik kontroversi ini. Selesaikan dgn mencari yg salah dan hadapkan ke mahkamah. Bukan terang2an menutup kes lampau dgn bayaran ex-gratia la, ex-girlfren ker, apa ker.. Ingat duit boleh membeli kepercayaan orang ker?




Orang dah potong 'double-line'. Hangpa pulak dok sibuk2 'cover-line'.