Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini mengisytiharkan bahawa penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.
Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today juga memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta.
Hakim juga memerintahkan Raja Petra dibawa ke mahkamah sebelum 4 petang hari ini sebelum beliau dibebaskan segera.
Penulis blog ditahan polis pada 12 September di suatu tempat yang tidak didedahkan sebelum dibawa ke kem tahanan Kamunting di Taiping pada 23 Sept.
Mungkin ini yg dinamakan hasil dari reformasi sistem keadilan di Malaysia. Jarang sekali kita dengar ada tahanan ISA dibebaskan atas arahan mahkamah terutama jika diera TDM dulu. Mungkin masa tu, hakim yg membuat keputusan terpaksa tanggung risiko samada di 'transfer' atau dinasihatkan ber'sara' awal dgn paksaan.
Pehal pun tahniah pada RPK dan terima kasih kepada PakLah kerana tidak mencampuri urusan kehakiman negara yg semenjak 2menjak ni terserlah ke'lompongan'nya akibat keputusan durjana hakim terdahulu yg terang2 mem'bogel'kan keadilan di Malaysia ini.
Keputusan pembebasan ini juga boleh digunapakai sbg bahan rujukan dimana gomen tidak boleh sewenang2nya menggunakan akta ISA sesukahati 'mak-ayah' dorang selepas ini lagi. Tiada lagi yg mungkin akan hidup merana ditangkap tanpa dibicarakan atau hidup terkurung tanpa ketahui kesalahannya. Semuanya boleh dibawa ke mahkamah dan dibebaskan jika terbukti 'tiada sebab' utk ditahan di bawah ISA lagi.
Tapi, xkan RPK jer yg dibebaskan? Apakah keistimewaan beliau sehingga berjaya dikeluarkan dari perangkap ISA sedangkan masih ada yang dok berjuang bertahun2 tuk tunggu kebebasan mutlak dari gomen? Bagaimana dgn yg lain termasuk 17 tahanan ISA dari Selangor dan beberapa tahanan dari Hindraf yg cukup menanggung penderitaan selama dikurung tanpa bicara ini? Malah ada yg sudah bertahun2 ditahan oleh akta 'rimba' ini. Macamana dgn nasib mereka? Keluarga mereka? Dan anak2 mereka? Siapa mau jawab tu?
Mungkin ini adalah 'permulaan' dari episod pembebasan tahanan ISA yang lain. Mungkin.... Kita doakan sahaja lah.
Dan adakah gomen akan bertindak men'diam'kan diri terhadap keputusan hakim terhadap RPK ini? Atau menyokong kerana hormat keptusan mahkamah? Kalau itulah 'stail'nya, maka tidak mustahil tahanan2 lain pun boleh dibebaskan dgn menggunakan rujukan keputusan diatas. Makna 'tidak mustahil' itu tetap sudah berlaku dgn bukti kebebasan RPK walaupun mungkin dalam masa terdekat ini penulis blog itu akan 'rela' ditahan semula.
Atau, mungkinkah ada sebab 'tersembunyi' disebalik pembebasan tersebut? Mungkin ada 'skrip' yang tersirat atas 'wayang' yg akan dimainkan oleh pihak tertentu. Dan ironinya, pembebasan tersebut berlaku pulak bilamana RPK mungkin akan hadir sebagai saksi dalam kes bela diri 2 ekor 'wayang kulit' terhadap pembunuhan Altantunya yg akan bersidang tidak lama lagi. Kebetulan yang membawa kepada ke'aneha'an terhadap pembebasan tersebut.
Mungkin ini juga adalah 'permulaan' sebuah episod drama yang baru.
Mungkin ya atau mungkin tidak. Jadi, kita saksikanlah apa kesudahannya nanti.