Seperti yang suma sudah maklum bahawa pasukan Gerakan Reformis Rakyat (Reformis) yang diketuai oleh saudara Ramlan Abu Bakar akan mengadakan perhimpunan aman dengan cara berbogel kononnya sebagai bantahan terhadap tuntutan supaya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dikaji semula.
Awal minggu ini, Ramlan dilaporkan berkata, skuad berani bogelnya akan meneruskan bantahan, termasuk mengejar menteri besar Selangor, yang juga ketua perhubungan PKR, di majlis-majlis yang dihadirinya.
Aku susah nak tafsirkan melayu sorang ni, atau lebih sadis kepada suma melayu yang terlibat dalam pertubuhan ini. Kenapalah cetuskan kontroversi yang mengarut dan kelakar sampai camni skali. Kalau nakkan publisiti skalipun janganlah sampai berniat nak berbogel2. Buatlah dgn cara logik sikit atau cara lain yang dipikirkan okey. Orang lain pun ada yg x puashati gak tapi xdelah sampai nak tayang 'anu' kat org lain. Dulu masa kemuncak reformasi dimana melibatkan negara skalipun, x pernah terlintas walma satu habuk pun kaum2 tu berniat nak bukak zip seluar, apalagi kalau nak bertelanjang bulat. Alahai... Statement lu orang para reformis bagai standard manusia yang tak bertamaddun langsung....! Buat malu kaum jer.
Tapi percayalah, bagi aku puak2 reformis ni sebenarnya sekadar 'gempak' jer. Potong jarilah kalau mamat2 dalam tu sanggup nak berdemontrasi bogel. Kalau takat pegang sepanduk dan boo sana, boo sini, aku percayalah tapi yang pasti x lebih dari itu pun. Ingat Malaysia ni xde undang2 ker? Sedangkan perhimpunan aman yang bertertib dan berpakaian pun ramai yang kena hentam, inikan pula perhimpunan bogel. Apa la korang, kalau nak 'kincing' pun janganlah over2 sngt. Karang bila org tuntut secara serius kang, ha! Baru gelabah cam cacing duduk atas cerek panas. Tak buat nanti, bukan main 'poyo' bersuara nak buat. Kalau buat jugak, hmmm.... sanggup ker korang dikelaskan bawah sikit dari darjat lembu? atau monyet? atau siamang?
Dan yang paling kelakar bila pengerusinya akan minta premit polis untuk adakan perhimpunan tersebut. Mak aih.. Nak kata banggang, puak2 tu pun dah tua2 belaka. Polis nak bagi ker bro? Walaupun dah terbukti hangpa tu jenis xde otak tapi pikirkah guna akal skit. Belum minta pun suma dah tahu yang polis mesti x luluskan. Dan dengan itu, korang pun pasti akan kuar statement untuk tangguhkan perhimpunan tersebut sebab x dapat kebenaran polis. Plezla, suma dah ada dalam poketlah brader.
Aku sebenarnya malas nak amik port sangat pasal kes ni. Tapi, hari2 keluar statemnt yang sama, hati ada sikit hangin ler. Kalau beriya2 nak buat gak, xyahlah berapi2 sangat . Buat jer... Barulah org akan respek dan aku sendiri akan 'salute' lu org. Part korang nak kena tahan ker, kena dakwa ker, itu soal no 2. Tapi, ke'berania'an korang pasti akan disebut sampai bila-bila. Ini tak, hari2 kuar statement asyik nak bogel - bogel - bogel. Tapi habuk pun tarak.. Buang masa dan ruang dalam suratkhabar jer. Ke'poyo'an korang buat org menyampah dan menyumpah!
Dan ini sekadar kenyataan aku untuk pertama kali dan terakhir kali khas tentang puak reformis ni. Malas nak amik pusing lagi dah. Dan kepada sesiapa yang beriya2 nak tengok kaum tu berbogel, lupakanlah hajat suci dan mulia tu. Kepada pemerintah negeri, jangan layan kehendak puak reformis ni. Daripada buang masa, lebih baik tumpukan perhatian terhadap tugas mentadbir dan me'rakyat'kan Selangor. Anggaplah cerita dorang tu sekadar cerita donggeng rakyat. Seperti cerita BN yang beriya2 nak rampas Permatang Pauh, sudahnya terkulai macam ikan terpukul dek batang sauh. Baik layan ESPN, ada gak faedahnya.