Harga minyak turun lagi. Kali ini harga bahan api diturunkan lagi sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel, iaitu penurunan kali ketiga dalam tempoh hampir tiga bulan. Bermakna harga petrol RON97 telah menjadi jatuh ke paras RM2.30 seliter berkuatkusa pd 15/10/08.
Oh! Bagi sesetngah pihak nampaknya telah menjangkakan senario ini. Sumanya berdasarkan harga minyak mentah sedunia yg merundum 'rebah' sehingga ke paras kurang USD100.00 / tong. Kalau diamik kira pada harga dimana pengumuman tersebut disebarkan, harga minyak cuma USD77.70 / tong sahaja. Jadi, pengumuman kali ini tidaklah mengejutkan rakyat, terutamanya golongan kiri yg sentiasa meng'update'kan info pasal minyak ni. Memang 'dah lama dah' tunggu tapi.. hmmm.. xdelah heran sangat pun kan?
Tapi jangan kita lupa bertanya. Adakah dgn penurunan harga minyak ini, rakyat akan menikmati subsidi spt yg diwar2kan? Kalau dilihat fakta melalui kira2 : Jika harga satu tong minyak bersamaan RM77.70 maka harga seliter akan jatuh dalam lingkungan harga ke RM1.76 / liter. Dan jika menjadi kenyataan akan janji gomen pd rakyat, maka harga minyak sepatutnya berada dalam paras RM1.46 / liter (setelah ditolak dgn subsidi RM0.30).
Tapi jangan kita lupa bertanya. Adakah dgn penurunan harga minyak ini, rakyat akan menikmati subsidi spt yg diwar2kan? Kalau dilihat fakta melalui kira2 : Jika harga satu tong minyak bersamaan RM77.70 maka harga seliter akan jatuh dalam lingkungan harga ke RM1.76 / liter. Dan jika menjadi kenyataan akan janji gomen pd rakyat, maka harga minyak sepatutnya berada dalam paras RM1.46 / liter (setelah ditolak dgn subsidi RM0.30).
Tetapi lain pulak halnya sekarang. Harga terkini bg seliter minyak adalah RM2.30. Maka, nak xnak kena hadapi logik akal bhw rakyat telah membayar lebih pd harga yg sepatutnya. RM2.30 - RM1.76 bersamaan RM0.54 kita 'bagi' pada gomen utk kegunaan 'koridor ntah apa2 ntah' mereka.
Dan subsidi yg dijanjikan hanya tinggal nama jer. Dimana realitinya gomen sengaja 'sub' kat rakyat untuk ditanggung. Sedar x sedar, kita ter'bagi' sebanyak 33% dari nilai sebenar harga minyak tanpa subsidi. Kalau beli minyak dgn harga RM50.00 bermakna RM16.50 di'zakat'kan untuk PakLah dan org2nya. Dahlah kat Malaysia ni bersepah pelantar minyak, x merasa subsidi pulak pastu kena tanggung lebihan harga. Wow! Orang Malaysia memang mewah! Amerika pun pening kepala nak settlekan hal ekonomi mereka, yg kita seselamber je boleh beli barang pada harga yg lebih mahal dari harga sebenarnya. Otak PakLah dan konco2nya dalam bab menipu tang harga minyak ni 1st class! 'Two Thumb Up!' (ibu jari tau, bukan jari tengah..)
Tapi jgn lupa, rakyat perhatikan apa yg gomen cuba lakukan. 'Information' kan dihujung jari. Ini bukan zaman batu beb! Lepas ni kalau turun tapi x melepasi sekurang2nya paras syiling (iaitu harga tanpa subsidi), jgn nanti tuduh rakyat bongkak kerana x reti berterima kasih pulak. Mana ada org nak ber'thank you- thank you' kalau hak sendiri diragut depan mata. Sudah terang lagi bersuluh, yang lemang dikatakan buluh! Takkan nak diamkan jer kan?
Alahai......!