Politik Malaysia digegarkan lagi dengan isu hudud yang dibawa oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dimana kenyataannya "....akan dilaksanakan jika PAS memerintah negara." Dan serentak dgnnya, spt yang diduga, maka bergemalah suara2 'sumbeng' yang terang2an membantah cadangan tersebut. Datuk Seri Najib menyarankan supaya hudud dilaksanakan dulu di Kelantan manakala 'taiko' parti2 lain yang bukan melayu turut menentang keras cadangan tersebut. Malah, ada yang menggangap isu hudud ini semata2 hanya untuk dijadikan modal politik sementelahlah bila dah nak sampai detik pilihanraya kecil Parlimen KT bulan Januari nanti.
Aku sebenarnya heran gak. Apasal bila sebut hudud, makhluk2 'sepesyen' seperti kat atas ni bukan main membantah lagi. Apa yg ditakutkan jika hudud dilaksanakan? Aku x heran sangat kalau bukan Islam yang menentang. Kira standardlah kalau dorang menyekat hukum hudud sebab mungkin rasa tercabar bila diberi keutamaan terhadap agama lain selain agama sendiri. Seakan2 hukum agama mereka tidak sesempurna hudud yang datang dari agama Islam. Dalam erti kata lain, ego menjadi batu penghalang dari terlaksananya hukum tersebut. Biasa.. dan aku xnak komen jika ia datang dari orang bukan Islam sebab bagi aku dorang ni kurang paham dan tidak didedahkan secara ilmiah tentang hudud. Aku pernah tanya kat seorang member cina tentang hukum ni. Apa yang dia tahu adalah bila laksana hudud, maka ramai orang Malaysia hidup cacat sebab xde tangan. Ramai yang jadi balu sebab laki mati kena rejam. Dan paling best, orang cina akan duduk merempat sebab harta suma akan dirampas oleh orang Islam. Wah! Aku dengar pun seram beb. Bila aku tanya mana tahu, selamba je dia jawab " Itu Mahathir sulah worning dulu oooo...." Alahai, sampai camtu sekali kau....
Yang menjadi aku ralat ialah bila pemimpin2 beragama Islam sendiri yang terang2an menentang hukum hudud ni. Aku paham, mungkin sebab kerana dok mengikut jejak politik masing2, dan mungkin juga untuk dptkan publisiti murahan, maka isu ini akan cuba diutarakan dgn suara bangkangan. Tapi, sedarkah mereka bahawa dengan penentangan tersebut membuktikan yang mereka lebih hebat, lebih berkuasa dan lebih 'power-ranger' dari Allah SWT?
Hudud tu kan hukum dari Allah melalui kalamnya iaitu Al-Quran. Sepatutnya, sebagai umat Islam, secara logiknya, rasa amat berbangga bila Tuhan sendiri, yang hari2 dok sembah tu menurunkan perintah dalam bentuk yang 'straight to the point' dalam Al-Quran. Agama lain mana ada bai! Dan berdasarkan kajian, hudud merupakan undang2 yang cukup sempurna dan adil berbanding hukuman ciptaan manusia sendiri yang nyata banyak ke'lompong'an. Buktinya, bila dilaksanakan akta baru jer sekarang ni, jenayah makin tetap berleluasa malah makin naik pula statitiknya. Camne tu? Oh ye, manusia mana pernah sempurna kan...?
Jadi, persoalannya, kenapa makhluk Allah kat atas ni perlu takut dengan perlaksanaan hukum tersebut? Mana cacatnya peraturan hukum ini? Kalau ada yang tidak sesuai, apa salahnya terangkan pada kawan2 dan rakyat sebab musababnya. Bukan main langgar jer dengan kenyataan membantah tanpa guna akal pikiran. Kalau sebab tak sesuai dilaksanakan atas reason masyarakat majmuk, huraikan dengan teliti atau adakan debat ker, apa ker, untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Ini belum apa2 lagi, dah dok pukul canang menentang hukum tersebut. Macam Tuhan tu x wujud jer dibuatnya....
Kalau x suka, bak kata orang, diam jer sudahlah. Itu adalah jalan terbaik jika ragui tentang hukum tersebut. Bukan apa, takut2 nanti org keliling kita terutama yang bukan Islam dok api2kan kita. Ibarat kalau ada masalah rumahtangga, selesaikanlah cara diam2 dulu, ini belum apa2, dah pasang 'tempayan' kat mulut dengan buletin keburukan 'bawah selimut' sendiri. Mana orang nak 'suspek' lu orang.
Bab orang bukan Islam tu sebenarnya perkara kecil jer. Kalau undang2 tu dah dilaksanakan, nak xnak suma kena ikut. X kiralah orang melayu ker, orang cina ker, india ker, kalau dah duduk kat Malaysia memang kena ikut undang2 kerajaan aturkan. Kalau langgar, sendiri mau ingat, sendiri makan pengat lah kan. Yang penting adalah penguatkuasaannya. Jadi, soal orang bukan Islam x terima hudud adalah soal yang bukan keutamaan. Apatah lagi jika sebelum perlaksanaan, diterangkan dulu secara dedikasi kebaikannya. Ala.. macam penguatkuasaan perlaksanaan pemasangan talipinggang belakang kereta. Xde pun yang nak membantah padahal ada yang kena top-up duit buat renovate sit belakang kereta masing2. Sebab? Dah nama peraturan kan... Langgarlah kalau berani!
Kadang2 aku terpikir. Adilkah kita ini? Tuhan dah bagi kita kemewahan, dah bagi kita cukup sifat, dan bagi kita menumpang kat dunia ni menikmati segala sumber yang ada, kita cuma tahu bersyukur tapi bila suruh ikut peraturannya yang sudah sedia ada, kita x mahu ikut. Makan tau, minum tau, tidur tau, tapi bila suruh buat kerja. Hmmm... awal2 dah angkat bendera putih. Jujurlah... Adilkah kita pada Tuhan?
Aku pun sebenarnya bukan alim sangat. Hidup pun kekadang hu-ha-hu-ha gak. Maklumlah, darah mudalah katakan. Tapi, dalam bab agama ni aku xleh nak bantah sebab sejahat2 aku pun, aku tetap ada tuhan yang kena sembah. Dan luckynya aku adalah kerana tuhan dah tetapkan peraturan untuk manusia cam aku. Dan aku paham bahawa, benda yang boleh diubah tetap tidak akan sesempurna benda yang kekal selamanya. Sama juga dengan hukum manusia dan hukum dari tuhan ni. Yang tetap perfect adalah dari Tuhan dan yang buruk dari manusia sendiri. Jadi, jangan salahkan tuhan jika diri sendiri yang cari penyakit. Elok2 dah ada trek jalan, hangpa dok ikut jalan lain dalam hutan. Kalau sesat, menyusahkan diri sendiri je xpe. Ini karang, x pasal2 org lain pun tumpang susah. Sapa mau jawab nanti....?