Aku tak boleh kata 'dah agak dah' pasal kemenangan PR dalam PPKKT ini tapi berdasarkan situasi, memang saingan untuk merebut kerusi Parlimen ini amat sengit sementelaah bila BN cuma menang hanya dengan 600 lebih undi majoriti pada PRU lepas. Dalam hal ini macam2 boleh jadi. Kira kedua2 pesaing mempunyai peluang 50-50. Dan sudahnya, PAS merampas semula kerusi dan bertambahlah kerusi MP PR dalam Parlimen nanti. Alhamdullilah...
PRKKT ini juga merupakan medan ujian pertama untuk Dato' Sri Najib mengetuai tentera bersekutu BN dalam merempuh benteng pertahanan PR di KT sebelum duduk 'kerusi panas' presiden UMNO bulan March nanti. Seperti biasa, pelbagai sumber media dan promosi digunakan oleh BN terutama saluran TV arus perdana agar dapat me'lunyai'kan PAS dari pilihanraya tersebut. Suratkhabar jangan ceritalah. Kalau bab mengampu dan membodek kerajaan, serahkan saja pada Utusan dan Berita Harian. Nescaya, 10 mukasurat saja digunakan hanya untuk cerita donggeng menaikkan nama kerajaan. Tiada berita yang tak baik, sumanya indah belaka. Macam BN ni 'perfect' dari segala segi dan tiada yang sesempurnanya lah..
Tapi, rakyat sekarang bukan banggang sangat nak percaya dengan keratan akhbar lagi. Kini rakyat sudah ada telinga yang berfungsi kiri kanan sekaligus. Dan rakyat juga ada mata yang melihat tindak tanduk bakal pemimpin mereka. Dan hari ini, rakyat sudah dapat membezakan yang mana baik - yang mana buruk dan yang mana betul - yang mana salah. Zaman sudah berubah beb! Sumanya dihujung jari kalau nakkan informasi. Taraf org biasa dulu kalau didendangkan dgn lagu yang sama, memang akan terpedaya dan pasti susah nak 'swing' ke arah pembangkang. Tapi, orang sekarang, hmm.. Jangan buat main.. Bagi free paper campur dengan percutian 3 hari 2 malam ke Mariutus pun belum tentu dorang akan pangkah BN lagi. Mcm aku katakan tadi, orang la ni dah tahu beza mana baik dan buruk. Dan faktanya, mereka takkan perjudikan nasib masa depan bangsa mereka ditangan mereka yang korupsi dan mementingkan diri sendiri. Siapa? Paham2 lah sendiri...
Dulu masa PRU12 dimana Paklah sebagai 'chief kadam' telah terbukti tidak mampu menahan arus deras reformasi rakyat. 5 negeri terkulai. Penyokong BN jadi binggung dan bila tersedar, baru tuntut perubahan terutama tukar itu 'kapla besar'. Pak Lah dihenyak kiri kanan secara terang dan senyap dari rakyat dan penyokong sendiri. Malah, ada yg terang2an menuntut agar PakLah meletakkan jawatan sebagai PM. Akibat tekanan, PakLah mengalah dan dengan hati yang 'tak ikhlas' akan menyerahkan kerusi empuk kepada Najib. Situasi yang menyebabkan Najib tersenyum lebar dan 'Imelda' Rosmah tumpang gembira. Tapi adakah dengan perubahan tersebut menyebabkan BN terus kukuh? Atau terus2an bertambah rapuh?
Takdir menentukan, PRKKT merupakan ujian pertama Najib yang mengambil jawatan 'chief kadam' dari PakLah. Inilah ujian sebenar Najib samada diterima rakyat atau tidak. Bermula dengan penamaan calon sehingga selesai PRKKT, Najib dok ber'kampung' di kawasan tersebut bagi meraih undi dari rakyat. Pelbagai janji lama dan baru ditaburkan. Macam2 insentif bakal diberikan yang lagaknya seperti ingin jadikan KT kawasan paling maju di dunia. Tak cukup dengan itu, royalti minyak yang di'kunyah' oleh puak2 BN beberapa tahun sebelumnya, akan dipulangkan semula kepada Terengganu jika menang nanti. Kesimpulannya, matlamat untuk menang adalah segala-galanya dan cara untuk menang adalah langgar apa saja yang ada. Itulah BN. Dulu, kini dan selamanya....
'BN akan menang besar' - Salah satu dari kenyataan Najib dan diikuti PakLah beberapa hari kemudian. Bunyi bukan main sombong dan tampak gagah! Tapi tak lihat pada realiti yang sebenar. Kenyataan puak BN ni adalah seperti mempromosi 'Hang Kebun'. Yang sudahnya dijawab balik dengan kenyataan : 'Ini bukan gagah, ini gelojoh, bodoh!!!' Ya, BN gelojoh dalam membuat perhitungan dengan lawan sebenarnya : Rakyat!
Kini, Najib terduduk dengan kekalahan ini. Dan popularitinya juga turut merundum. Tiada cara lain lagi untuk berjuang dengan BN kecuali membuat reform secara besar2an dalam parti itu sendiri. Walaupun PRKKT tidak sebesar PRU, namun titik tolaknya sudah ada disini kerana PAS berjaya 'merampas', bukan 'mempertahankan' kerusi MP tersebut. Kemenangan 2 kali ganda ini turut merubah landskap pemikiran rakyat secara keseluruhan. PRKKT tidak boleh sesekali disamakan dengan PRK Permatang Pauh kerana di KT, BN kecundang dinegeri taklukkannya sendiri. Terengganu adalah negeri BN dimana MBnya org BN dan barisan exconya turut disandang oleh orang BN. PR cuma ada kuasai 1 kerusi Parlimen sahaja. Kesimpulannya, Terengganu merupakan salahsatu kubu kuat BN. Dan DS Najib yang mengetuai BN bagi mempertahankan kerusi tersebut, gagal malah malu sendiri dengan jumlah majoriti yang lebih besar. Mana mau letak lu punya muka oooo....
Kini, petanda sudah jelas. BN sudah hilang populariti dan banyak yang cuba dilakukan akan makan diri sendiri. Rakyat dah tak takut bersuara lagi. Malah, BN akan mengigil ketakutan pada bayang2 sendiri jika sebelum berlangsungnya PRU13, akan ada PRK yang lain. Terutama dinegeri yang panas dan mempunyai peluang 50-50.
Dan petanda itu makin jelas bila BN sudah tiada barisan pemimpin yang berkaliber dan disukai rakyat. Yellek pucit! Kalau Najib sendiri ditolak oleh rakyat, siapa lagi yang layak? Muhyiddin? atau orang kaya Mat Taib? Khir ToyoL? Isk.. minta dijauhkan!
Dan kalau mende ni terus-terusan, nescaya next election nanti, BN dah boleh ucap bye-bye kepada Putrajaya.
p/s : 'Imelda' Rosmah sambut kekalahan suami dengan menjadi tetamu VIP dalam AJL22. Aduhai....