Bagi mereka yang hati kearah PR, pasti menyambut dengan tangan terbuka situasi 'tuah dari langit' ini. Bukan senang bagi YB dari UMNO nak 'swing' kearah PR. Mungkin YB berkenaan dah abih pikir panjang kerana risikonya teramat2 berat. Bagi politik, situasi ini ibarat seperti 'menurun bukit yang curam dan berliku'. Turun bukit memang senang tetapi belum tentu beliau selesa ketika melaluinya. Bila dah sampai bawah, jangan harap nak keatas semula. Kalau turun pun payah, apatah lagi kalau nak mendaki semula kan? Tiada sesiapa yang berani tahan beliau bila turun bukit tersebut tambahan pula dipimpin oleh penyokong di sekeliling, tetapi percayalah, akan ada tangan2 yang akan menentang mati2an jika beliau berniat untuk naik semula. Dalam erti kata lain, YB tersebut sudah melafazkan cerai talak 3 pada UMNO. No reverse at all... Berpatah arang, berkerat rotan lah ibaratnya.
Namun bagi mereka yg 'hardcore' UMNO/BN, sudah pasti 'hangin' dengan situasi ini. Maklumlah, keadaan ini menyebabkn kedudukan BN khususnya UMNO semakin pudar dalam kacamata rakyat sendiri. Maka, bersuaralah juak2 dari parti melayu keramat ini dengan hujah dan teori masing2. Ada yang kata YB tu kena suaplah, YB tu pengkhianatlah dan lebih berat lagi, ada juga berani bersuara mengatakan YB tu 'ada fair' dengan DS Anwar Ibrahim. Hehehe..
Bagi aku xde apa yang hendak dihairankan sangat sebab sejarah sudah membuktikan bahawa bab lompat melompat ni dah sebati dgn politik Malaysia. Dulu bila PBS keluar dari BN, maka melambak ADUN2nya turut 'jadi katak' join BN semula. Sampai dok terkulai parti tu akibat pemindahan beramai2 YB2 nya. Dan dulu ada juga tangan2 ghaib dari UMNO dan BN sendiri menggunakan taktik menarik ADUN di Kelantan agar lompat kearah UMNO supaya negeri itu dapat ditakluk oleh BN selepas PRU11 tahun 2004 dulu tika PAS hanya menang lebih sekerusi dan tika PakLah disanjung kerana imej 'Mr Clean' nya. Masa itu tiada pulak suara2 sumbang dari BN yang menentang sekeras2nya cara 'lompatan' itu. Malah ada yang mengapi2 menyokong cara tersebut supaya BN dapat takluk suma negeri di Malaysia. Kira kategori matlamat menghalalkan cara la ni. Bab lain tolak tepi dulu. Hmm.. BN kan.
Aku cuma boleh bagi 2 teori je kenapa YB tu keluar dari UMNO. Pertama adalah kerana dah muak dan jemu dengan sikap pemimpin2 UMNO yang menyebabkan tahap kesabaran beliau melebihi 'rambut terakhir' dah. Beliau juga kecewa kerana tidak dilantik sebagai ketua bahagian UMNO (yang dicampuri dengan politik wang), jawatan yang amat2 penting kerana peruntukan dari ketua (Tajol Rosli) akan diterima sekaligus dapat membantu beliau merencanakan pembangunan setempat. Mungkin ramai yang mengatakan sebab duit YB tu berpusing arah tetapi tahukah kita bahawa jika tiada peruntukkan, camne YB tersebut nak terus survive dengan sekadar menyalurkan kederat semata-mata? Mana nak tolong orang susah, nak turap jalan berlubang atau nak bina jambatan dibawah peruntukkan beliau jika duit takde? Takkan nak gunakan elaun yang x smpai pun RM5 ribu tu tuk buat suma mende diatas. Abih, YB tu nak makan apa? Anak bini nak hidup camne? Dari sini kita dapat tafsirkan bahawa UMNO Perak dibawah kelolaan Tajol Rosli langsung tidak menjaga kebajikan ADUN mereka sendiri sehingga menyebabkan YB Nasarudin Hashim berpatah arang dengan UMNO. Nak jadi YB kepebende kalau sekadar atas nama saja. Malu ooo kalau asyik makan gaji buta saja. Atau dalam erti kata lain, YB tersebut berada dalam keadaan 'kambing bersama kawanan serigala'. Silap2 belum bersuara dah kena 'ngap'. Sebelum apa2 berlaku, baik selamatkan diri dulu dengan menyertai mereka yang benar2 memahami dan setia berkhidmat untuk rakyat. Serius! Bukankah itu satu tindakan yang bijak?
Dan satu lagi teori ialah kerana tindakan tersebut dibenarkan oleh undang2. Katalah apa saja, buatlah lagu mana, lakukan apa yg terdaya, kalau perkara tersebut menjadi hak beliau, maka nak marah pun x berguna. Bagi aku itu adalah kelebihan wakil rakyat yang dipilih yang mempunyai 'authority' utk melakukannya tanpa mengganggu undang2 itu sendiri. Dan perkara ini boleh dijadikan pengajaran pada UMNO supaya 'menjaga' ADUN mereka dgn sebaik2nya. Kenapa perlu melenting hanya kerana YB tersebut menunaikan haknya sebagai wakil rakyat untuk kepentingan umum? Macam aku katakan tadi, bukan mudah YB tu nak sesenang itu je keluar dari UMNO tanpa berpikir panjang dan berkhidmat nasihat. Jgn main2 wooo.. Ini soal masadepan karier politik dimana ia telah menjadi darah daging beliau. Calang2 orang mati hidup balik, jadi katak, mati pastu hidup balik, belum tentu dapat membuat keputusan camtu. Mana ada yang berani lawan kerajaan kan?
Dan yg lawaknya, bila dah jadi camni, barulah puak2 UMNO bersuara supaya undang2 lompat parti digubal semula. Selama 50 tahun memerintah dengan penuh bergaya, tanpa ada yang bersuara, tup2 dgn hanya disebabkan satu ADUN BN melompat parti, yg entah bila boleh terjadi lagi, habih menggelabah suma agar tukar itu ini supaya akta tsebut menyebelahinya. Apa punya makhluk lah ni... Dan yang paling best, makhluk2 kat atas ni masih berangan lagi dengan menganggap bahawa sebarang akta tu boleh diubah semudah 'ikut kepala dorang' ker? Takkan x sedar diri yang awak tu dah tiada suara majoriti 2/3 lagi dalam Parlimen. Ingat sesenang itu ker gubal akta. Hmmm.. Dulu bolehlah beb!
Jadi kesimpulan yang aku dapat buat kat sini adalah UMNO/BN dah mula goyah segoyah-goyahnya. Tajol Rosli dah patut letak jawatan kerana gagal dalam mentadbir UMNO Perak. Kegagalan paling besar adalah beliau gagal dalam menyatukan rakyat khususnya orang melayu. Camne nak mengajar anak jiran sebelah kalau anak sendiri pun buat hal kan? Dan kepada UMNO sendiri, jagalah kepentingan rakyat melebihi matlamat peribadi. Ini asyik2 dok kejar jawatan dan menjaga kroni, hingga lupa bahawa ada rakyat yang memerlukan perhatian. Duduk kawasan ADUN BN, tetapi kawasan tetap mundur dan penuh cerekarama politikus. Baik sertai PR, kalau kurang maju pun rakyat boleh paham dan tak menyalahkan ADUN itu sendiri kan?
Itu cuma sekadar pendapat aku jer. Dan aku rasa majoriti mungkin menyokongnya. Jauh disudut hati sebenarnya aku kurang setuju dengan perkataan 'lompat' itu sendiri. Bagi aku, YB tersebut cuma ber'hijrah' dari yang baik kepada lebih baik lagi. Dan semuanya beliau lakukan demi rakyat dan bukan sebab peribadi. Dan aku rasa beliau membuat keputusan yang paling tepat dan benar sepanjang kerjaya politiknya. Dan semoga Allah memberkati akan keputusan beliau itu bersama rahmatnya.
-Amin