
Aku x tau nak kata apa. Budaya lompat parti dah jadi cam biasa la pulak.
Tapi, bab jadi katak ni sememangnya di'benar'kan oleh ras undang2 negara. Sesiapapun x boleh nak nafikan hak YB2 tersebut kalau dorang nak kemana sekalipun. Cuma effect kat negeri Perak ni terlalu besar sehingga pemerintahan negeri boleh 'swing' ke arah BN yang sememangnya dok tak malu tunggu peluang camni. Dan bagi PR pula, inilah dugaan paling hebat yang semestinya sedikit sebanyak mengugat penyatuan semua parti dalam keluarga Pakatan Rakyat.


Aku kalau bab tentang pertukaran kerajaan negeri memang x kisah kalau kena gayanya. MB Perak YB Nizar mempunyai pecaturan sendiri dalam meneruskan survival politik dan salahsatu cara adalah dengan membubarkan DUN Perak seterusnya mengadakan pilihanraya khas utk negeri Perak. Itulah rancangan politik paling bijak kerana kuasa yang ada pada MB digunakan sebaik mungkin agar Perak terus diterajui oleh PR. Bab mantan YB2 PR nak alih arah, itu adalah

Dalam demokrasi berpelembagaan, suara rakyat adalah segala-galanya. Istana sebenarnya mempunyai hak juga dalam menentukan arah tuju pemerintahan tetapi dalam mengelakkan pergolakkan, maka istana hanya dijadikan simbol pada pemerintahan itu sendiri. Dalam erti kata lain, tanggungjawab sultan hanya diatas kertas setelah mendapat nasihat dari MB sendiri. Jika Sultan sendiri mempunyai 100% authority utk menentukan arah tuju kerajaan negeri, maka
buat apa kita hendak adakan pilihanraya peringkat DUN? Baik kita suruh sultan sendiri membuat keputusan siapa MB yang akan dilantik. Xyah susah2 membazir duit rakyat yang ntah berapa juta dihabiskan hanya untuk pilihanraya tersebut. Dan rakyat pun x ralat sangat seperti situasi yang terjadi sekarang. Siapa yang x benggang kalau tetiba sedang enak tidur dirumah sewa (yg bayaran sewa x pernah miss), diganggu oleh tuan rumah yang minta pindah dan-dan tu juga hanya kerana penyewa minta tukarkan cat rumah saja kan? So, inilah yang menjadi isu utama yang membuat rakyat semakin panassssss.....

BN pun pasti tentang perkara ni. Aku pasti sesangat jika tiada campurtangan BN, perkara ini xkan terjadi. BN menggunakan pelbagai cara utk memerangkap
PR di Perak dengan menarik DUN PR beralih arah tetapi lupa bahawa MB Perak mempunyai kuasa untuk membubarkan DUN mengikut undang2 tubuh negeri. Dan setelah terperangkap dengan cara tersebut, maka khidmat Sultan (yg sudah terlalu lama dipendam) dieksplotasikan, agar BN kembali memerintah Perak. Inilah cara berpolitik paling busuk sehingga bau loyanya sampai kelangit ke-7!! Paling Jijik dan paling memualkan yang pernah aku saksikan.

Umum tahu bahawa Sultan adalah merupakan simbol tentang ketuanan melayu dibumi Malaysia ini. PR tahu, BN tahu, semua rakyat Malaysia pun tahu. Percayalah! Hanya orang melayu sahaja yang benar2 menghormati sultan sehingga sanggup bermandi darah jika tuanku diusik atau dicerca. Jika tanya pada kaum lain, mereka hanya menghormati sultan disebabkan penghormatan dari org melayu sendiri. Lebih dari itu, jangan mengharap apa2 dari kaum tersebut. Malah ada yang nakal turut mempersoalkan kedudukan
sultan yang dari azali dah hidup senang tidak seperti orang lain yang bertungkus lumus meneruskan perjalanan hidup masing2. Hanya org melayu sahaja yang akan mati2an menyelamatkan institusi mulia ini kerana hormatkan Sultan yang memahami kehendak rakyat sendiri dalam segala hal termasuk bab berpolitik. Itu dari dulu lagi tidak dapat dinafikan kronologi nya..

Tetapi kenapa BN harus menggalakkan Sultan membuat keputusan tersebut? Sepatutnya dorang kena paham impact nya pada rakyat khususnya orang melayu. Kalau betul gentle, nasihatkan Sultan agar menghormati keputusan rakyat dalam membuat pilihan, bukannya mengapi2kan baginda agar mudah nak amikalih kerajaan. Ini bukan cara terhormat beb! Ini cara bangsat!!! Korang membuat orang melayu hilang sedikit rasa hormat pada sultan hanya kerana ingin memenuhi matlamat 'haramjadah' korang. Bagi aku, biarlah sultan dengan tugas2 khas baginda dan kita dengan tugas kita dalam merencanakan negara. Jangan sesekali libatkan Sultan atau Raja atau Agong dalam perkara ni kerana effect jangkapanjangnya amat2 menakutkan terutama perasaan hormat rakyat khususnya orang melayu pada baginda. Buktinya, belum pernah dalam sejarah, orang melayu berhimpun di depan istana menunjuk perasaan pada sultan. Adakah ini yang BN inginkan?
Tapi aku percaya. Niat buruk BN ni akan terpalit kat muka sendiri. Kita ada ramai Sultan dan adakah BN sedar bahawa tidak semua Sultan berpihak pada mereka? Satu hari nanti jika sultan membuat keputusan yang tidak memihak BN, adakah semua kaki bodek terutama media arus perdana akan menyokong sultan? Nak xnak, kena hadap dulu semua yang korang dah mulakan. Satu hari nanti. IsyaAllah. Tuhan tu Maha Berkuasa.... Masa ni kita lihat sapa penderhaka sebenarnya.
Dan aku sebenarnya dah malas nak pikir tentang isu ni lagi. Bila kita berlebih-lebihan nanti d
ikatakan menderhaka pada sultan pulak. Bila menyokong, nampak sangat tiada keadilan pada rakyat. Yang mengundi kita, yang membuat keputusan orang lain. Orang luar cam aku pun terasa peritnya, apatah lagi orang negeri Perak sendiri. Undang2 dah jadi alat permainan bagi mereka yang mementingkan kuasa bukan pada rakyat yang menentukan. Jadi, sebagai rakyat, apa yang boleh kita lakukan adalah berdoa agar selamatkanlah raja kita dari dipermainkan golongan 'giler' yang 'kencing' kuat ni...
Dan pada PR, kalau ditakdirkan sudah tiada kuasa, nasihat teman, biarlah puak BN terus kembali memerintah. Susun strategi untuk hadapi pilihanraya ke13 nanti. Percayalah! Rakyat amat berdendam dengan cara 'nounsense' ini dan x sabar untuk pangkah terus BN agar lenyap dimuka bumi Perak nanti. Pada BN pula, xyahlah nak sombong dan riak tentang peralihan kuasa tu. Hang tunggulah saat nya nanti. Ketika itu baru sedar langit sapa yang paling tinggi dan suara sapa yang paling berkuasa....

Dan pada PR, kalau ditakdirkan sudah tiada kuasa, nasihat teman, biarlah puak BN terus kembali memerintah. Susun strategi untuk hadapi pilihanraya ke13 nanti. Percayalah! Rakyat amat berdendam dengan cara 'nounsense' ini dan x sabar untuk pangkah terus BN agar lenyap dimuka bumi Perak nanti. Pada BN pula, xyahlah nak sombong dan riak tentang peralihan kuasa tu. Hang tunggulah saat nya nanti. Ketika itu baru sedar langit sapa yang paling tinggi dan suara sapa yang paling berkuasa....