Jumaat, 27 Jun 2008

Kenapa politik dan Islam tak harus dipisahkan?

Ada 3 cara bagi mencapai impian untuk memerintah negara iaitu yg pertama melalui peperangan, kedua melalui rampasan kuasa dan ketiga melalui politik. Jadi, cara mana yg sesuai diamalkan di negara ini? Sudah semestinya cara yg ketiga sbb negara kita negara demokrasi dan kuasa menentukn pemimpin adalah di tangan rakyat sendiri. Cara pertama dan kedua amat2 x sesuai kerana bkn sekadar menyusahkan rakyat tp boleh melingkupkn negara. Dan PAS x pernah gunakan pendekatan tersbut dan berlawan melalui lunas2 politik yg dibenarkan. Sebab itu kita xleh katakan Islam dan politik itu harus dipisahkan. Memang berkait 100%! Kalau x, camna nak memerintah negara kan?Utk berjuang bkn main sehari dua boleh berjaya. PAS dah berjuang hampir sama tempohnya dgn UMNO. Cuma, matlamat adalah berbeza2 dimana UMNO lebih pd Melayu dan PAS lebih pd Islam. Dan dr dulu lagi dua puak ni x pernah sepakat walaupun pemimpin sama2 melayu. Sbb apa? Sebb matlamat perjuangan berbeza2 antara satu sama lain. Itu jer. X kurang, x lebih. X tawar, x masin. suma secukup rasa...

Disbbkn politik xleh dipisahkn dgn Islam, maka, cara pendekatn juga berbeza. Negara kita bkn suma org Islam, tetapi majoritinya melayu Islam. Kalau nk dikatakn berkerjasama dgn org bkn Islam tu haram, kenapa UMNO boleh duduk semeja dgn MIC,MCA,PBS, dll? Itu nak katakn kategori apa? Makruh?

Malaysia pun bkn besar sgt pun. Kalau x tubuh PR, sampai bila2 pun BN xkan kalah. Politik Malaysia ni unik, suma boleh bertanding jadi YB kalau cukup syarat sampaikan nenek pun boleh joint skali. Jadi, dgn penubuhn PR, maka undi xkan dpt dipecahkan dan kebanyakannya fight satu lwn satu. Resultnya, kuasa rakyat pangkah parti selain dari BN. Bukankah itu percaturan bijak?Bila ada pakatan, maka pemimpin boleh duduk semeja, x mcm dulu yg masing2 bergerak solo - sampai x tau apa yg jiran sebelah nak buat. Dan bila duduk semeja, masa inilah segala perkra yg melibatkan masadepan negara akn dibincngkn secara matang sbb sama2 berjuang utk kemenangan PR. Kesempatn inilah yg akan digunakan oleh PAS utk menerangkn kebaikan Islam itu sendiri kpd DAP. Contoh mudah, kalau kita x tau mengira, kita akn kata matematik itu susah padahal kalau kita paham dan belajar, silap2 kita boleh jadi pakar matematik. Tapi dgn syarat, kita kena bersedia utk belajar sbb jawapannya adalah fakta bukan rekaan semata2. Sama juga ngan DAP ni. Dorang ingat Islam tu menyusahkn tapi kalau terang secara ilmiah, x mustahil DAP boleh terima kebaikan Islam itu sendiri kan? Kalau hukum itu dpt memberi kebaikan, kenapa DAP nk menolak pulak? Dan jika ini antara jalan supaya DAP paham ttg Islam, kenapa PAS xleh berkerjasama dan duduk semeja? Mimpi mmg lain2, tapi boleh digabungkn jadi satu yg terbaik utk rakyat. Kenapa perlu soalkan JV tu? PAS bkn pentingkan diri sendiri....

Nak bagi org paham bkn makan sehari dua. Kena byk sabar dan kena banyak berbincang. Kalau UMNO memperjuangkn Islam dari dulu, nescaya PAS akn bubar dan join UMNO. Buat apa nak berjuang lagi kalau matlamat sama kan? Tp UMNO lebih pd sekular yg letakkan Islam sekadar pd hal2 tertentu je. Dan buat apa PAS berpenat lelah, bertarung dlm pilihanraya kalau bkn kerana berjuang menegakkan syiar Islam? Dan kenapa cina kelantan boleh bagi sokongan semula pd PAS jika x kerana cara pentadbirannya? Dan kenapa UMNO perlu takut2kan org bkn Islam tentang hukum Islam yg dikatakan kejam tu? Perubahan yg dtang bukan boleh ditukar dgn serta merta.

Sabar! Dan Tuhan suka pada orang yang penyabar..........