Tanggal 7hb Mei 2009 (bakal dikenali sebagai 'Black 75') menyaksikan satu lagi peristiwa sejarah hitam dalam sistem demokrasi berperlembagaan negara. Persidangan DUN Perak benar2 membuat rakyat yang sememangnya ber'bulu' dgn cara pemerintahan itu diamikalih oleh juak2 BN, benar2 teruji kesabarannya. Apa tak nya, cara ADUN BN dalam menyingkirkan Speaker yang dilantik ketika PRU12 dulu terang2an mencabuli malah me'rogol' hak rakyat sendiri dalam menentukan arah tuju pentadbiran kerajaan negeri. Mungkin inilah yang dinamakan konsep 'liberalisasi' yang diwar2kan oleh PM baru kita, bekas kekasih model unggul mongolia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang dibayangi oleh mantan diktator terulung, Tun Dr Mahathir dalam mengekalkan kuasa 'haramjadah' beliau.
BN benar2 bermain dengan api. Kali ini lebih teruk dan dashyat kerana turut menyimbah minyak petrol dalam api tersebut. Rakyat yg sememangnya hanya memerhati kerana hormatkan undang2 dan peraturan, terasa dipermainkan dengan kronologi 'bodoh' ciptaan puak BN. Konsparasi yang dicipta tidak dapat memadamkan hangin dan perasaan rakyat terhadap perkara tersebut. Kenapa harus jadi begini? Apa salah kita sebagai antara 'tuan' dalam negara sendiri dinafikan hak dalam menentukan arah tuju pentadbiran negeri? Mana nak letak muka deme nanti yob?
Dalam undang2 tubuh negeri, speaker yg dilantik adalah berdasarkan suara majoriti yang terdapat dalam DUN itu sendiri yg biasanya lebih 'bias' kepada parti yg memerintah. Itulah kelebihannya bila dpt kuasai negeri dgn suara majoriti, tuan2 & puan2. Sebab bagi mana2 entiti yang memerintah, jawatan speaker adalah jawatan idaman pihak pemerintah kerana kuasa yg ada pada speaker dapat menjamin kehendak mereka dalam merencanakan sesuatu agenda. Tugas speaker adalah mempengerusikan persidangan dan mempunyai hak mutlak dalam membuat apa jua keputusan dalam mesyuarat tersebut. Speaker juga diberikan hak mengawal dewan persidangan dan juga memangkah sebarang usul yg dikemukakan, jika tidak bersesuaian dengan kehendak majoriti atau lebih senang, pihak pemerintah. Dan paling best, speaker ada hak untuk bubarkan Parlimen. Betapa besarnya jawatan speaker. Soal siapa dibelakang beliau, itu soal yang kedua. Tetapi yg utama adalah kuasa yang ada pada speaker itu sendiri. Kalau x, xkan ketua Adun BN Perak yg juga MB BN 'haram' Perak, Mamak Zambry begitu beria2 ingin menggantikan Speaker.
Adakah speaker boleh dipecat? Tuan2.. Speaker tidak boleh dipecat / disingkirkan dari jawatan tersebut sehingga pembubaran DUN seterusnya. Kalau nak pecat juga, kena tunggu next pilihanraya dan mulakan semula seperti cara diatas. Bukan semudah itu je nak tendang speaker dari kerusi empuk beliau. Dan lihatlah! Satu lagi ke'agung'an yg terdapat pada jawatan tersebut. BN boleh rampas negeri tetapi x boleh rampas speaker. Dua kejadian yg memporakperandakan lagi situasi politik Perak.
Itu yg menjadi persoalannya sekarang. Cuba kita perhatikan camna kejadian 'black 75' tersebut. Speaker mengarahkan kesemua ADUN BN & bebas keluar dewan tetapi dgn bongkaknya puak2 tersebut mangingkari arahan dan menyusulkan pula undi x percaya kepada beliau. Nampak x? Disini dah terbukti siapa yg salah. Bayangkan : suara rakyat negeri Perak melalui speaker yang dilantik dalam dewan tidak diikuti oleh segelintir mereka yang berlagak & bongkak hanya kerana ingin merampas kuasa. Tak keluar dewan satu hal, pastu usul pula undi x percaya pada speaker. Dan lawaknya, usul tu ditujukan pada speaker itu sendiri. Alahai! Siapa yg nak pecat diri sendiri beb! Gunalah 'dahi jendol' lu tu sikit.
Dan seperti biasa. Khidmat 'anak emas' kerajaan BN, encik polis kita ( satu situasi yang 'dah agak dah' akan berlaku) pun digunakan untuk mengheret keluar speaker dari dewan. Bermakna dengan ini suara gema rakyat negeri Perak telah diangkat keluar dengan jijik dan hina dari pentadbiran mereka sendiri. Yg tinggal, sebahagian mereka yg merupakan juak2 yang gila kuasa, gila dunia dan gila segala2nya..... Sedorlah Yob!
Dan selepas itu tetiba muncul pula wanita 'katak' terunggul, Cik Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yg juga merupakan timbalan speaker 'take-over' tugas speakar yg menggunakan ntah apa 'Fasal' ntah yg kononnya speaker lama gagal menjalankan tugas dan menjadi tugas beliau utk mengambilalih. Lu orang yang x mau ikut, kata orang salah pulak. Habis, yg cerita kat atas ni apa ma...? Haiya! Busuk punya olang!
Dan tetiba tergesa-gesa membuat mesyuarat baru melantik speaker baru pulak. Dan seterusnya, speaker baru tunggangan BN itu pun menyampaikan ucapan perasmian dengan pihak PR tetap berdiri tidak menyokong. Sehingga Raja Muda Perak melangkah masuk dan menitahkan semua ADUN PR duduk , barulah dengan rasa hormat pd baginda,kesemuanya duduk tanpa rasa ragu..... Siapa penderhaka sebenarnya?
Adakah kerajaan baru kat atas sah? Sebenarnya dari dulu lagi memang dah x sah. Iaitu dari cerita awal dimana MB dinafikan hak utk bubarkan Parlimen melalui speaker. Kalau arahan speaker mula2 dah ingkar, mana hendaknya sah mende ni sampai bila-bila.... Daki bukit mana boleh tetiba sampai puncak beb! Kena 'step-by-step' baru sampai. Kalau mula2 dah kantoi, sampai atas pun org tau korang menipu.... Ingat rakyat bodoh ker?
Tapi aku respek betul dengan ADUN PR. Sebab tetap dapat mempertahankan suara rakyat negeri Perak selama yg terdaya tanpa kekerasan. Ini dinamakan perjuangan mempertahankan hak rakyat majoriti. Walaupun terpaksa mengalah, tetapi perjuangan tetap membara dlm menegakkan kebenaran. Calang2 org kalau hilang sabar mau terbang kerusi ari tu.....
Dan adakah tindakan ADUN PR ini layak digelar 'undang2 rimba' spt yg dicanangkan oleh PM 'sibibir merah'? Kalau betul undang2 rimba, 'dah lama dah' ahli BN kena bom dengan C4 tau. Dan soalnya, siapa yg melakukan undang2 tersebut? Yang mana tidak mengikut peraturan sama sekali dan menafikan kuasa yang ada pada PR? Ini baru benar2 undang2 rimba.. Perangai macam monyet!
Dan apakah kesudahan cerita ni. Yang pasti, rakyat Perak yg kena tanggung akibatnya. Suara dah lah tenggelam, dinafikan pula hak sebagai rakyat. Pastu kuasa yang diterima dibawa keluar dengan penuh rakus. Inilah dia satu lagi 'liberalisasi' ciptaan pemimpin baru kita... Bravo! Bravo!
Dan yob... Fikirlah apa nak buat tika PRU13 nanti......